manggester

Wednesday, March 2, 2011

Keep The Blues Flag Flying High

pagi tadi dengan degupan jantung yang amat kencang aku turun ke stadium mamak untuk menonton perlawanan antara Chelsea dengan Manchester United. risau juga kerana dengan prestasi yang tidak menentu dari The Blues dan aksi mantap dari The Red Devil macam-macam boleh berlaku.

ramai juga penyokong-penyokong chelsea turun padang hari ini. tetapi ramai lagi penyokong MU disekeliling kami. penyokong-penyokong pasukan lain juga seperti turut serta memberi sokongan kepada pasukan singa biru tersebut. contohnya penyokong meriam merah dan penyokong ayam merah.

lawan siku gua la kalau berani!

pada minit ke-30, penyiku berbakat berjersi merah telahpun memeningkan kepala Ivanovic sebelum merembat leret melewati jangkauan Cech. sambil mendepangkan dada ala-ala Leonardo diCaprio dan Kate Winslet sebelum kapal titanic karam, Rooney memanaskan hati askar-askar Laut-Chel. terkejut dengan jaringan itu Chelsea seolah-olah hilang punca walaupun sesekali dapat mengatur gerak.

"oi Nando 9! bila nak score gol?",sergah sirambut batu karang

separuh masa pertama tamat dengan kedudukan Syaitan Merah dihadapan. bermulanya separuh masa kedua The Blues memperbaiki rentak sehingga pada minit ke 54 David Luiz berambut seperti batu karang telah pun melakukan volley dihadapan pintu gol. jaringan itu mula menceriakan penyokong-penyokong The Blues yang sebelum ini gelisah seperti ayam berak kapur dan menyorok didalam jaket masing-masing macam kura-kura dalam cengkerang.

kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar serangan sehingga pemain gantian Chelsea, Yuri Zhirkov berjaya melakukan aksi diving untuk mendapatkan penalti. Frank Lampard melakukan tugasnya dengan baik apabila meletakkan bola didalam pintu gol yang dikawal oleh Van de Sar.

sekali lagi ia menceriakan penyokong-penyokong chelsea yang ketika itu mula membuka jaket kerana kehangatan perlawanan tersebut atau sebagai alasan untuk menunjukkan jersi pasukan mereka.

akhirnya wisel penamat dibunyikan selepas Nemanja Rambo dibuang padang kerana mengasari satu-satunya pemain Chelsea berbangsa melayu iaitu SeriMar (Ramires).



  • seorang penyokong tegar Chelsea menyatakan :"biar tak dapat piala pun takpe..asalkan dapat kalahkan MU"


  • dan alasan penyokong tegar MU pula: "apa ada hal..kalah pun tetap kat atas jugak.."

kata-kata hikmat aku : terima kenyataan dapat mematangkan fikiran (biar pun aku sedang bongkak dengan kemenangan Chelsea tersebut)

4 comments:

Tieah Madian said...

Hari ini secara rasminya aku nak sokong Chelsea jugakkk..
Hahahaha..
Padahal tak minat pun tengok bola orang putih lawan melainkan time world cup nanti..
Team aku German owh..



Entry Terbaru : Usianya Sudah 59 Tahun

manggosteen said...

@d_tieah:selamat datang ke Chelsea! kehadiran anda amat dialu-alukan..biarpun tak bawa balik piala tahun ni,tapi lawan tetap lawan..ahahah

aku suka gak german..tapi semangat england lebih menebal..tetapi malaysia terpahat dihati!

EmakSayeSuperb said...

ehem2....

manggosteen said...

eh cik yan..sakit tekak ke?ahahhaa..GGMU siket..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails