pertama-tamanya aku nak ucapkan selamat hari ibu buat ibu tercinta, Pn. Sharifah serta semua ibu-ibu yang merasakan mereka itu ibu. tetapi bukan ibu-ibu ayam. haha.
ibu sejahtera, kebanggan semua. tema sambutan hari ibu untuk tahu dua ribu sebelas ini. kerana ibu yang sejahtera boleh membawa kesejahteraan kepada keluarganya. ibu mempunyai tugas yang begitu berat sejak dari kita dimengandungkan sehingga kita besar. jadi hargailah jasa dan pengorbanan ibu kita.
- terima kasih ibu kerana membenarkan aku beradu didalam perutmu.
- terima kasih ibu kerana melenguhkan tanganmu untuk menghayun buaianku.
- terima kasih ibu kerana menggunakan bahumu untuk menggalas bebanan aku.
- terima kasih ibu kerana meminjamkan kakimu sehingga aku boleh berdiri diatas kaki sendiri.
- terima kasih ibu kerana menyakitkan kepalamu atas kedegilan aku.
- terima kasih ibu atas segalanya.
:: IbuSayaGarangTapiKiut.
:: SayaSayangIbuSaya.
6 comments:
kenapa kau letak gambar mak kau yg tengah garang macam ini. huhu.
btw, aah post takde tajuk. aku pun taktau macam mana kau terbaca. hahah
happy mother's day :)
@ run aziluz:ahahha..mak aku garang..tapi kiut..dia ngah marah anak sedara aku tu..bukan marah aku..sbb aku anak yg baik..
kah kah kah..sengal..
@ storyfromme: slmt hari ibu utk ibu ko gak..
sya pun sayang sgt kat ibu saya. sbb dialah ayah, dialah ibu bila ayah dah takde..
@ ArELeEz:sayangilah mereka sementara mereka masih ada..
Post a Comment