manggester

Thursday, May 5, 2011

parit ini tempatku | Edisi Pertama


masih aku terbayang ketika pertama kali aku melangkah ke ruang lingkup ini. bersama kerabat aku mendaftarkan diri sebagai seorang penuntut di sebuah universiti yang letaknya di parit. Parit Raja, kurasakan aku sebati dengan mu. kata ibu, main main dalam parit. kotor katanya. tapi dia sendiri yang hantar aku kesini.

sekejap saja aku rasakan. kerabat aku mula pergi meninggalkan aku kesepian di pinggir parit ini. hampir bergenang air mata ku. tiada siapa yang aku kenal di parit ini. hari pertama aku rasakan begitu panjang. salah tingkah aku berada ditempat ini.

habis minggu suai kenal aku mula bergelumang dengan parit ini. rakan-rakan pun mula berkubang bersama. aku semakin gembira disini. biarpun kadang-kala aku rasa lekit-lekit rindu pada kerabat.

perit maung dalam parit ini membuatkan aku semakin tabah. dikala kontang parit ini aku berlari-lari didalamnya. dikala melimpah airnya, aku berenang-renang kegirangan. ini semua ujian buat penghuni parit ini.

tiga tahun berlalu diparit ini, tiba masanya aku keluar darinya. ujian dan cubaan semua aku lepasi dengan jayanya. segulung kertas aku terima sebagai tanda kejayaan aku disini. kemana arah aku seterusnya. kembali ke parit ini untuk mengejar segulung lagi lembaran kertas atau merantau ketempat lain?

parit ini tempatku | Edisi Kedua bakal menyusul~

5 comments:

Tieah Madian said...

Kau dah khatam ke kat parit ni??? Ke mari lah.. Hahaha.. Enjoy kat tempat aku plak.. Ngee :)



Entry Terbaru : Cara Dapat Topup Free Secara Berhemah

manggosteen said...

@tieah: insyaAllah khatam ujung bulan ni..tgh menunggu keputusan je ni..harap2 khatam la..

ainzoo said...

Itu parit, aku panggil Parit King...ehehehe.

Resume dh siap ke?
Apap pun yg ko pilih, aku wish ko Best of Luck :)

manggosteen said...

@ainzoo: haha..betul tu..parit king..resume dah siap dah..tapi tak tau la terbaik atau tak..dlm minggu dpn ingat nak anto bebanyak..kekeke

Fahmi Raazali said...

pergh... nostalgik betul parit raya ni... aku teringin nk pergi sana lepas abis diploma... tp tak kesampaian lagi... :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails