manggester

Tuesday, May 3, 2011

kawan kawan kawan


sebelum aku meninggalkan uthm ini aku nak coretkan sedikit tentang kawan-kawanku disini. biar menjadi kenangan dimasa hadapan. aku tulis ni berdasarkan kepada sedap tangan aku menaip. harap-harap korang tak butthurt dengan coretan ini.


pertama sekali adalah afiq 'power'. afiq merupakan rakan aku yang poling power. trademark baginya adalah 'power.power.power'. disebabkan oleh kepoweran dia itu dia akan mudah mendapat kerja. sebagai salah seorang bekas pemain hoki terbaik, beliau sememangnya seorang yang aktif. disebabkan keaktifannya itu dia sudah pun dilonggarkan lututnya agar kurangkan keaktifan itu. dan mungkin tidak lama lagi dia kehilangan gigi seperti mirnawan nawawi. kah kah kah.

seterusnya adalah ahli politik serba tahu. walaupun ayat permulaannya adalah 'aku pun tak tahu sangat. tapi..' dia akan memulakan bicara seperti seorang ahli politik yang sedang cuba merampas kuasa dari bik mama. corak penyembangannya begitu lebat dan boleh mempengaruhi sesiapa sahaja kecuali ahli rumah aku. kerana kitorang sudahpun digaul rata olehnya. nama gelarannya adalah soleh 'batcha' fludized.

jijang aka g-j. boleh diibaratkan sebagai ceti rumah aku. dia akan mengutip duit sewa rumah dan duit api air rumah aku. dia juga merupakan 'king' dalam kategori raja tidur. kelebihan beliau adalah boleh menidurkan diri ditengah-tengah rumah tidak mengira waktu. penyaing rapat beliau adalah soleh batcha fludized.

kalau ditanya pasal software kat rumah aku boleh tanya dengan mat 'software'. segala macam software dia ada. tapi bila ditanya lebih-lebih jawapan darinya sungguh mudah iaitu 'tak tahu'. dan disebabkan oleh kegilaannya mencuba software aku pernah sekali terjerat dengan software beliau. sehinggakan aku tepaksa menformat balik komputer peribadi aku. perkara yang paling penting dalam hidup beliau adalah makan and tidur (MaT).

dalam rumah aku ada seorang ustaz. iaitu ustaz rizal. dengan bermodalkan muka yang ala-ala alim beliau boleh digelar ustaz disamping kadang-kala memberikan ceramah free kepada Safee 'Eddy' Sali. rizal juga tergolong dalam kategori power.power.power bersama afiq kerana kepoweran mereka dalam projek TLC.

Safee 'Eddy' Sali. aku pernah ceritakan tentang beliau sebelum ini. dia merupakan mamat bajet hot daam rumah aku. rambut ala-ala Safee Sali. muka lebih kurang Remy Ishak dan badan ketul-ketul macam Aaron Aziz. hak tuih. aku malas nak cerita pasal dia lagi. korang boleh baca kat sini. ucapan khas untuk eddy, gud morning sunshine.

esan 'library' merupakan seorang sahabat aku yang sering menggunakan alasan study dilibrary untuk keluar berdating dengan awek. kegiatannya mula terhidu apabila spy-spy terserempak dengan beliau ketika asyik bermadu asmara. sekarang ini kalau nampak sahaja beliau membawa kereta, memang dah kantoi la nak pergi date. 'usah biarkan diri anda diselubungi misteri'.

dan yang terakhir sekali adalah anuar 'prof'. beliau mendapat gelaran itu kerana corak pemikiran beliau melebihi seorang professor dan berjaya melawan pendapat dengan pensyarah kami. oleh yang demikian gelaran prof terus melekat dengan namanya. selain itu beliau juga boleh digelar tevez kerana kerana keagresifan beliau agak sama dengan carlos tevez.

kepada kawan-kawan yang dipetik namanya harap-harap korang tak marah dengan apa yang aku tulis ini. saja-saja aku tulis supaya menjadi kenang-kenangan antara kita. kalau korang nak kutuk aku lak, korang tulis la dalam blog korang pasal aku.haha. tapi tak semua ada blog. apa lagi, jom la jadi blogger.

:: aku gembira mendapat kawan macam korang.
:: aku memohon seribu kemaafan jika aku ada terkasar bahasa, perbuatan dan lain-lain lagi terhadap korang.
:: halalkan makan minum aku.

8 comments:

Tieah Madian said...

Kirim salam kat kawan kawan kau ek.. Asal kau pakai baju maroon? Kau gol keeper ke? Hahaha..

Entry Terbaru : Osama Bin Laden Meninggal Dunia ; Hanya Rekaan Tipu Helah Amerika Syarikat???

aqmalazmi said...

serius kawan adalah segalanya =)

manggosteen said...

@tieah: ok2..nanti aku kem salam..aku bukan takat goal keeper je..aku main striker..midfield..defend sampai referee pon skali..ahahha..tamak la katakan..

manggosteen said...

@aqmalazmi:betul3x..

Somebody said...

Pasai apa aku xdak Manggis??
Aku bkn kwn hg ka???

manggosteen said...

@soqh: ni aku cite pasai dak2 umah aku la..kalau nak cita semua mmg tak cukup tgk nk naip..ahaha

mattz said...

ak mane manggis??...

manggosteen said...

@mattz: ko kena blanje aku seafoood skali lagi..baru ley masuk...keekkee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails