semalam kita ramai-ramai telah pun menyambut hari ibu sebagai menghargai ibu kita yang telah banyak bekorban dan melahirkan kita. walaupun ada yang menyatakan bahawa menyambut hari ibu juga haram kerana ia ada kaitan dengan upacara agama kristian. tetapi ada juga yang menyatakan bahawa kita masih boleh meyambutnya tetapi jangan terlalu berlebih-lebihan dan terikut-ikut budaya mereka. sekurang-kurangnya hari itu memberi kita peringatan tentang kasih-sayang dan pengorbanan yang telah banyak ibu korbankan.
tetapi semalam aku ada geledah-geledah internet ni dan aku ada menjumpai satu tarikh untuk meraikan ibu mertua kita. atau dalam bahasa inggerisnya adalah 'mother-in-laws day'. sambutan itu jatuh pada ahad minggu ke-4 pada bulan oktober. maknanya pada tahun 2011 ini kita akan menyambut hari ibu mertua pada 23 oktober 2011.
sambutan ini hanya boleh disambut oleh mereka-mereka yang sudah berkahwin dan mempuyai ibu mertua sahaja. bagi mereka-mereka yang belum berkahwin jangan mengada-ngada pergi rumah mak awek-awek korang untuk menyambut hari ibu mertua pula. silap-silap kena maki secara terang-terangan saja. tetapi tidak untu aku dan bakal ibu merta ku. nanti kita sambut sama-sama ye cik Lisa. you boleh datang rumah ibu I juga. Ibu I tak akan maki you lah.
bakal ibu mertua ku
dibawah ini adalah video bakal isteri dan bakal ibu mertua ku. korang layan saja dulu. jangan nak usha lebih-lebih pula. aku cepuk nanti.
:: selamat hari ibu lagi untuk Pn. Sharifah
:: juga selamat hari ibu untuk Pn. Siti Amirah
4 comments:
1st dengor ada yg kata sambut mother's day haram. betul ke? tp, klu sekadar m'hargai ibu kita, bwk dia gi makan2, ok kot..
@ArELeEz: smlm kat berita tv9 ada kuar pasal ni..tapi dia ckp boleh rakan..cuma perlu ala kadar dan jgn terikot2 budaya diaorg sambutnya..
sweet la lisa.
@storyfromme: kan kan kan.haha
Post a Comment