manggester

Thursday, May 5, 2011

Puduraya tidak seperti dulu | Edisi Kagum Giler


hampir seminggu juga aku 'update'kan blog ini secara auto publish. kerana aku dengan rasa penuh kegembiraan pulang ke taiping untuk merehatkan minda setelah menjalani peperiksaan. dan semalam aku baru dapat online semula setelah pulang ke parit raja.

semalam aku dari taiping menaiki bas Transnasional dan tiba di stesen bas Pudu Raya pada jam 12 tengahari. sebelum ini memang aku dah tahu bahawa stesen Pudu Raya telah dinaik taraf. tetapi hanya dengar khabar sahaja. setibanya aku disitu aku pun dengan penuh yakinnya melangkah masuk ke stesen itu. langkah pertama telahpun membuatkan aku terkaget sebentar disitu apabila melihat transfomasi yang begitu mengkagumkan. stesen Pudu Raya yang sebelum ini umpama pasar basah yang menjual ikan-ikan dan ayam-ayam berubah menjadi seperti sebuah supermarket yang menjual pakaian-pakaian berjenama.

walaupun aku terasa seperti jakun sedikit, tetapi aku tetap cover seperti Pudu Raya itu seperti rumah aku. aku pun berjalan menuju ketengah-tengah stesen tersebut untuk mencari tiket bas menuju ke Batu Pahat. tetapi sekali lagi aku terbingungan apabila tiada satu pun kaunter tiket disitu. malah ulat-ulat tiket yang biasanya buat-buat ramah bertanyakan destinasi aku pun tiada. aku buat muka cool sambil mencari papan tanda. sambil mengecil-kecilkan anak mata kerana aku adalah penghidap rabun jauh, aku melihat papan tersebut. oh! kaunter tiket diatas rupanya.

setelah membeli tiket diatas aku mendapat tahu bahawa destinasi ke selatan memerlukan aku untuk menunggu di Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan. dengan sedkit pengalaman menaiki LRT maka aku pun terus sahaja ke TBS itu.


setibanya aku di TBS sekali lagi perasaan jakun aku wujud. sekali lagi aku tertegun dengan suasana dalaman TBS yang umpama KLIA. kelihatan disitu peumpang-penumpang menolak troli yang terisi beg-beg besar serta papan tanda pelepasan yang amat besar. selain itu kelihatan abang-abang dan kakak-kakak polis berjaga disetiap platform bagi memastikan bahawa hanya penumpang-penumpang yang memiliki tiket sahaja boleh turun ketempat menaiki bas.


:: penyambut tetamu diTBS boleh tahan hot juga.
:: Puduraya dan TBS sepenuhnya berhawa dingin.
:: ulat-ulat tiket langsung tiada.
:: toilet diTBS percuma.
:: kenangan lalu banyak mengajar aku cara menaiki LRT.

4 comments:

Tieah Madian said...

Hahaha.. Sebelum ini aku dapat tahu bila ada kawan yang dari pontian ke kl bagitau.. Kemudian, ade orang update kat blog pasal ni.. Tengok2 memang cam airport lah.. Padahl terminal bas je.. Ngee :) Harapnya kualiti bas pun elok jugak ek.. Maksud aku kurangnya kes kemalangan jalan raya yang melibatkan bas lagi2 di kala musim perayaan tiba..

*Mak aku nak ke pontian pun guna terminal baru ni jugak.. Dia pun cerita memang best.. Uwaaaaa, nak tengokkkk..

Entry Terbaru : Cara Dapat Topup Free Secara Berhemah

manggosteen said...

seriua aku kagumm semalam..rasa macam rusa masuk kampung lak..abes aku ronda dalam TBS tu sebab tiket aku kul 3..aku sampai situ kul 1..ahahaha..best siot..

aqmalazmi said...

Fuyo!!!
awesome gila!!!!!!!!!!!!!!
dah lain sngat kew....
hahahahhaha

manggosteen said...

@aqmalazmi: mmg lain giler..luar nmpk sama je..tapi dlm ..pergh..totally change..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails