manggester

Monday, May 30, 2011

makcik india salah kereta


suatu malam yang sedikit renyai-renyai. aku bersama tiga lagi kawanku keluar untuk membeli sedikit barang-barang keperluan. setelah semua berada dalam kereta, secara tiba-tiba ada makcik india datang menghampiri. dia seolah-olah ingin membuka pintu hadapan ditempat duduk shahrul. kami semua terpinga-pinga. dan perbuatan makcik itu terhenti apabila melihat kami sudah memenuhi ruang dalam kereta. rupa-rupanya dia salah kereta. kereta suaminya terletak dibelakng kereta kami. serius kami berdekah. gelakkan makcik tu.

disebalik gelak tawa kami itu, aku teringat pengalaman silam yang aku juga pernah tersalah naik kereta. ini semua gara-gara model kereta yang sama dan kebelagakkan aku tak mahu memakai cermin mata biarpun sudah tahu rabun.

aku dalam perjalanan balik ke taiping. sesampainya di tol taiping utara aku memesej abang aku untuk mengambil aku distesen bas. abang aku pun membalas ok. setibanya aku distesen bas aku turun seperti perantau-perantau lain yang menggalas beg dibelakang bahu. sambil melihat kekiri kanan seperti orang yang sudah 10 tahun tak balik kampung. kagum melihat stesen bas kemunting yang dipenuhi dengan tahi-tahi burung.

aku terus ketepi jalan raya untuk menunggu abang aku. kemudian tiba sebuah proton wira bewarna maroon menghampiri aku. dengan yakinnya aku pun mengangkat beg dan pergi kearah kereta itu. dengan selamba aku membuka pintu belakang dan meletakkan beg aku. kemudian membuka pitu hadapan dan terus masuk.

secara tiba-tiba aku terdengar suara yang agak asing sambil berkata "eh! apahal ni? apahal ni?". "erk", aku terkedu sambil membuat muka terkejut juga. dan dengan rasa yang sekelumit bersalah aku berkata "sori la bang. salah kereta". aku rasa seperti muka aku mengembang kepada lebih dari 10inci sebab malu. dengan laju-laju aku ambil beg aku semula dan kembali ketepi jalan. memang aku tak toleh dah kat brader tu.

tak lama selepas itu aku nampak sebuah lagi proton wira. setelah aku memeriksa nombor plat kereta itu aku terus masuk. mulanya aku hanya diamkan diri, tak mahu cerita peristiwa tadi. tapi aku memang tak boleh tahan nak gelak aku cerita juga kepada abang aku. memang berdekah abang aku masa itu. aku pun gelak sekali lah. pertama gelakkan diri sendiri sebab malu. kedua gelakkan brader tu yang mukanya agak terkejut beruk bila tengok aku masuk kereta dia.

selepas kejadian itu aku lebih berhati-hati untuk naik kereta. dan peristiwa makcik india itu kembali membuatkan aku teringat kisah silam. bangkai betul. memang malu gila. nasib baik dalam kereta itu ada brader tu sorang saja.


:: kalau rabun pakailah cermin mata. jangan jadi berlagak macam aku.

2 comments:

EmakSayeSuperb said...

hahaha.. lawak2!!

manggosteen said...

@EmakSayeSuperb:mmg lawak la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails