manggester

Thursday, December 2, 2010

Wanita Berkhatan!

ini namanya cool!

cuti sekolah datang lagi..dan pada cuti-cuti ni lah budak-budak lelaki akan melakukan aktiviti merentas desa secara tak sengaja kerana lari dari tok mudim yang bermisai lentik..ada yang meraung..ada yang buat muka cool dan ada gak tunjuk hero..

teringat time aku bersunat dulu..(tapi aku tak lari satu kampong ok!) aku sunat kat klinik..masa mula-mula tu buat muka cool je..tapi bila dah masuk bilik doktor tu, mula la darah seperti tersejat ke persekitaran..sekali doktor melakukan aktiviti penyuntikan, air mata aku mula mengalir seperti paip tak tutup rapat..mula la nak meraung..haha..ayah dok kat tepi sambil membawa sepanduk 'go baby go! memberi sokongan moral kepada aku..dan akhirnya proses pengkhatanan berjaya dilakukan..time tu baru tau rasa berkhatan sebenar..

sumber dari kosmo online

tapi kat sini aku bukan nak cerita pasal lelaki berkhatan..aku nak kongsi dengan korang macam mana cara perempuan bersunat..(tak pernah lak masuk surat khabar dak-dak perempuan lari satu kampung sebab takut sunat) hehe..korang tahu tak macam mana perempuan bersunat..aku pun sebenarnya baru tahu tadi..dok syok-syok baca kosmo online terbaca lak satu artikel ni..pasal perempuan berkhatan..

khatan bagi perempuan adalah tidak wajib..tapi ada yang melakukannya untuk menjaga kebersihan..dan juga memelihara diri daripada penyakit ( amalan orang dulu-dulu)..bersunat bagi wanita hanyalah memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita (kalau yang tak tau tu boleh la check tapi perempuan saja la.. yang lelaki jangan ngada-ngada nak check perempuannya lak..silap-silap kena 'pang' nanti)

bagi kanak-kanak peralatan yang digunakan adalah pisau cukur yang dibelah 4 (hanya memotong sedikit saja)..dan bagi orang dewasa pula proses menggunakan gunting kecil bagi memotong 1.3cm daging tersebut..dan kelengkapan lain adalah seperti kain putih, kain kapas, minyak gamat dan duit syiling 5sen..duit syiling digunakan sebagai pelapik jari 'nek mudim' yang menyunatkan tu bagi memegang pisau..selepas selesai proses menyunat, daing yang dipotong akan dibungkus dengan kain putih dan ditanam..



Rujukan : Kosmo Online



::teringat zaman kecik-kecik..
sunat macam kena gigit semut je..
sunat guna kapak..
sunat guna gergaji..
haha..lawak tol la..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails