manggester

Saturday, December 4, 2010

Up, Up and Away



assalamualaikum..

mangges sedang menaip entry dengan muka yang berseri-seri selepas bangun dari tidur yang indah..hari ini mangges tidur selepas isyak sehingga jam 11 lebih..letih jawab final tadi sudah pun luput..kini kesegaran menyerlah didalam diri..

hari ini aku nak cerita tentang cintaku pada malaysia..cinta yang aku semai sejak kecil lagi kini semakin tumbuh dengan sihatnya..tetapi ia tumbuh dengan duri-duri yang amat tajam..duri-duri yang senantiasa tumbuh subur untuk menyakitkan jari..

diatas adalah sedikit ayat-ayat poyo aku untuk negaraku yang tercinta..pasal apa aku cinta negaraku? kerana negaraku sentiasa membangun..kerana negaraku ada pemimpin yang pandai melontarkan kata-kata manis..kerana negaraku sentiasa meNAIK!


apa yang naik? oh! janjinya tiada kenaikan harga RON95 sehingga tahun hadapan..aku fikir tidak mengapa kerana sungguhpun tahun hadapan cuma beberapa hari saja pun..tapi janji hanya seperti petanda kenaikannya..kalau RON97 tu tak payah nak cakap la..lagi banyak naiknya..

aku bangun tidur dan baca berita HAIRAN..katanya " subsidi petrol,diesel,gula dan LPG dikurangkan mulai esok"..oh! ayat yang sungguh indah sekali untuk menggembirakan rakyat malaysia..kenapa tak diletakkan tajuk " minyak naik lagi..yahoo!"..mesti membuatkan hati seluruh rakyat malaysia melonjak gembira..

perkataan 'dikurangkan' itu kononnya dapat melembutkan hati rakyat..itu bagi orang yang tak reti baca boleh la..bagi orang yang reti baca..perkataan didalam surat khabar yang 'olok-olok bebas' mesti ada maksud disebaliknya..olah sidit ayat tu..tulis saja harga minyak naik demi menjaga kepentingan rakyat malaysia yang kaya-raya..rakyat malaysia tak perlukan subsidi..

janji tiada kenaikan harga RON95 sehingga tahun depan mungin akan terlaksana mulai hari ini..kerana mungkin pada 1Januari nanti minyak naik harga lagi..subsidi dikurangkan lagi..konon! haish..malaysia..aku mengeluh ni..'tok ajib'..sila lah naikkan harga lagi tahun depan ye..kami akan sentiasa menyokong kenaikan harga minyak..ye la..kalau tak naik mana pulak nak datang duit untuk buat menara warisan yang gah tu..

untuk 'penyokong-penyokong' kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi semua..jom kita layan lagu up,up and away..semoga harga barang sentiasa up dan up sehingga kita past away!







:: semoga parti 'Barang Naik'
akan 'NAIK' juga sokongannya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails