manggester

Tuesday, December 28, 2010

bunuh pembunuh


sedar dari lena lantas ke kamar mandi. semburan air paip membasahi tubuhku. dengan lekas menyarung busana ringkas. capai kunci tunggangan dan ku kaut dua naskah buku gtaran dan kebisingan milik pusat sumber. sudah lebih dua minggu rasanya buku itu bertapa di situ. baru ku ingat untuk menghantarnya kembali ke perpustakaan.

angin pagi menusuk daging hingga ketulang. tanpa penebat aku gagahkan diri melangkah ke banggunan yang kupikir pendingin hawanya bersuhu di bawah paras sifar. rumah tak ada pendingin hawa. sejuk sedikit sudah menggigil.

ringgit malaysia lapan dan sen lapan puluh. hutang naskah yang lewat dikembalikan. berlalu tanpa menghulurkan not-not kertas dan syiling. 'hutang dulu', celahku. mahu melangkah keluar tertahan dek pembunuh bersuara nyaring. bukan pontianak mahupun kuntilanak. jauh sekali drakula berwajah kacak. cuma model pembunuh terletak di atas meja. darah manusia menjadi hidangannya. nyawa manusia pertaruhannya.

aedes. gigitan maut! wajah ikon kanak-kanak, Pak Nil terpampang di poster Jom Ganyang Aedes. teringat kisah lapan hari di hospital gara-gara si penghisap darah ini. sejuknya badan ketika itu lebih daripada pendingin hawa bangunan ini. derita tak lalu makan serangan denggi.

pesanan Pak Nil sebagai ikon anti denggi:
  1. luangkan masa sekali seminggu dan laksanakan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan aedes.
  2. sertai gotong-royong yang dijalankan dikawasan perumahan anda.
  3. masukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas-bekas simpanan air.
  4. sekiranya ahli keluarga demam, dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital.

Kitaran hidup nyamuk aedes:
1 minggu / 7 hari

anda boleh memutuskan kitaran hidup nyamuk aedes
dengan menghapuskan tempat pembiakan jentik-jentik




pesanan paling penting : Sekiranya terdapat pembiakan nyamuk Aedes di dalam atau di luar rumah, anda boleh didenda sehingga RM50,000 mengikut akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (pindaan) 2000.




:: rumah aku banyak nyamuk
rasa nak buat operasi esok!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails