assalamualaikum w.b.t..
haish.. jam dah menunjukkan pukul 2.01 pagi..tapi pagi ni aku tetap nak menaip gak..secara tiba-tiba je ada idea untuk aku curahkan..mulanya aku baca entry blog terbangtinggitinggi ..jadi,aku pun rasa macam nak berkongsi pendapat gak..ini adalah pendapat aku saja..kalau tak setuju kita boleh berkongsi pendapat..
hurm..pertama sekali adalah tentang pendidikan seks..subjek ni dicadangkan untuk diajarkan kepada pelajar-pelajar sekolah..aku tak pasti lah apa sillibus yang akan diajar..apa yang aku dapat tahu adalah salah satunya kaedah untuk mengelakkan berlakunya kehamilan..selain tu aku rasa mesti la ada berkaitan tentang tubuh badan manusia..tentang bagaimana persenyawaan berlaku..macam belajar biology gak la kot..
yang kedua adalah tentang sekolah harapan..sekolah harapan ( atau lebih mesra denga nama sekolah hamil..hehe..) ni didirikan kat melaka tuh..ia ditubuhkan untuk menempatkan remaja-remaja bawahan umur yang mengandung diluar kerelaan..[ alah..ada juga yang mengandung didalam kerelaan gak..dah memang diorang yang buat..] kat sekolah ni diorang akan belajar macam biasa juga.tapi dikelilingi oleh rakan-rakan yang senasib dengan mereka..
yang ketiga pula adalah tentang 'baby hatch'..ni pula adalah tempat dimana hendak dihantarkan bayi yang tak diingini oleh pasangan terlanjur melanjurkan diri..kalau korang yang dah terberanak kerana melanjur sila lah hantar baby korang tu kat sini..jangan la buang kat tong sampah plak..hari tu dah keluar berita yang mana baby pertama yang telah dihantar ke tempat tu..kononnya macam buleh masuk sejarah negara la..
comel..bayi pertama yang dihantar ke baby hatch..
KOMENKU - bagi aku la kan..dalam kesemua hal diatas tiada satu pun yang ditubuhkan untuk membendung gejala maksiat..ketiga-tiga perkara diatas adalah hanya sebagai kaedah untuk mengelakkan pembuangan dan pembunuhan bayi..kenapa tak di tubuhkan satu kaedah yang boleh mengelakkan daripada remaja-remaja ini tergelumang didalam kancah zina? contohnya sillibus subjek pendidikan seks mengajar tentang cara mengelakkan kehamilan setelah bersetubuh..hal ni seperti menggalakkan remaja-remaja melakukan perbuatan haram dengan betul..ia sama lah seperti seorang pencuri yang diajar untuk mencuri dengan betul untuk mengelakkan daripada ditangkap..
pulak tu..siap didirikan lagi tempat perlindungan untuk mereka-mereka yang hamil akibat dari hbungan luar nikah..bagi yang kes-kes tertentu ( seperti kes rogol ) tu tak kisah la jika mereka dilindungi..tapi,bagi yang sengaja mengandung tu tidak sepatutnya dilindungi..jika menurut kepada undang-undang islam, mereka yang berzina tu perlu dihukum..bukan dilindungi..
baby hatch pula ditubuhkan untuk mengelakkan daripada pembuangan bayi..benda ni pada aku tak sepatutnya ada , kerana ia seperti memberi ruang kepada mereka yang terlibat untuk melepaskan tanggungjawab selepas melakukan kesalahan..
PENUTUP - akan tetapi dalam ketiga-tiga program tersebut ada juga kebaikannya..tetapi kajian yang lebih teliti perlu dijalankan supaya gejala zina dapat dibenteras dengan lebih baik..bukan hanya untuk membenteras gejala pembuangan bayi..antara kebaikan-kebaikan yang ada bagi hal ini adalah supaya remaja yang hamil akibat dirogol tidak disisihkan daripada masyarakat..sekurang-kurangnya masih ada yang menyayangi mereka..selain itu nyawa bayi-bayi yang tidak berdsa dapat diselamatkan daripada melayang dengan sia-sia..
::bukan membangkang semua
tapi berkongsi pendapat
risau tentang generasi akan datang
2 comments:
aku pun tak faham jugak... kenapa kerajaan atasi masalah yg timbul aje dan bukan punca masalah tu timbul... konfius... konfius...
tak tau la.
politik je ni semua..
Post a Comment