“ Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)…
(surah al-Taubah 19: 103)
hari ini adalah hari jumaat terakhir kita dibulan ramadhan kali ini..maka ,kita tinggal lebih kurang 6-7 hari lagi sebelum kita menyambut hari lebaran..tapi adakah amalan kita sepanjang ramadhan ni mencukupi atau masih seperti biasa-biasa saja..bagi mereka yang telah beramal dengan sepenuh hati maka mereka adalah dari golongan yang bertuah..dan bagi mereka yang masih biasa-biasa saja tu masih ada lagi waktu untuk mereka meningkatkan amalan.
tadi aku pergi sembahyang jumaat di masjid jamek uThm..khutbah hari ini berkaitan dengan ibadat zakat..ha..korang semua dah tunaikan rukun islam yang ke-4 tu belum..?bagi mereka yang berkaitan la..dan bagi mereka yang masih dibawah tanggungjawab orang lain tu ,tolong lah ingatkan mereka supaya membayar zakat fitrah secepat mungkin..bukan apa..cuma takut terlupa saja nanti..sebab bila kita membayar zakat selepas solat aidilfiti maka ia tidak diterima sebagai zakat..tetapi ia dikira sebagai sedekah saja..jadi ibadat puasa kita tidak lengkaplah..
ada 8 golongan yang layak menerima zakat..iaitu:
- orang fakir
- orang miskin
- amil yang menguruskan zakat
- mereka yang baru memeluk islam
- hamba yang belum merdeka
- golongan yang berhutang
- golongan yang berjuang di jalan Allah
- musafir yang terputus bekalan
maka, jika kita berzakat kita dapat membantu mereka-mereka ini . disamping dapat menunaikan ibadat kita juga dapat membantu golongan yang bermasalah..
"Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya,
untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang
diwajibkan Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Mahabijaksana”
[At-Taubah : 60]
gambarajah 1 : zakat adalah memberi sedekah
ok..tahun ni (2010) nilai zakat fitrah bagi negeri johor adalah rm5 atau rm7.50 seorang mengikut jenis beras yang dimakan oleh pembayar zakat..dan bagi mereka yang tinggal dinegeri lain sila gunakan google dengan sebaik mungkin untuk mengetahui nilai zakat anda..kerana encik google sentiasa akan menjawab segala persoalan anda..hehe..dan tunaikan zakat pada amil yang bertauliah..
:: jangan lupa tunaikan zakat harta anda juga..
kerana ia membersihkan harta anda dari segala kekotoran..
tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
No comments:
Post a Comment