manggester

Wednesday, September 29, 2010

ketam mengajar anaknya berjalan lurus..



anak ketam (encik krab)



korang mesti selalu dengar peribahasa "seperti ketam mengajar anaknya berjalan" kan? biasanya kita mesti mengkategorikan peribahasa ni sebagai negatif ..ye..pada dasarnya memang la nampak negatif..tapi,bagi aku ada sesuatu yang tersirat disebalik maksudnya..

pada kebiasaanya peribahasa ini bermaksud seseorang yang mengajar orang lain untuk melakukan sesuatu yang baik tetapi dirinya sendiri tidak lah sebaik mana apa yang diajarkan..contohnya Ali (bukan nama sebenar) mengajar Abu (bukan nama sebenar juga) bermain bola..sedangkan Ali juga seorang yang kaki bangku..hah..lebih kurang macam tu la..

itu adalah maksud yang telah lama dipraktikkan oleh masyarakat kita selama ini..bagi aku pula peribahasa ini juga ada nilai positifnya..seseorang yang mengajar seseorang lain untuk melakukan sesuatu yang betul sedangkan dia sendiri melakukan kesalahan adalah satu sifat yang boleh dikategorikan bagus..

kenapa aku cakap macam tu ? sebab contohnya seorang bapa yang kerja-nya hanyalah sebagai seorang petani tetapi dia mengajar anaknya untuk lebih berjaya darinya..walaupun ayah tersebut tidak sebijak mana pun..tetapi dia mahu anaknya berjaya kelak..ini juga seperti ketam tu juga..

petani moden (farm ville)..hehe..

selain tu, kalau sekarang ni kita selalu tengok kat fesbuk yang banyak ceramah-ceramah dipostkan oleh kawan-kawan kita kan..kadang-kadang orang yang post tu bukannya alim sangat pun..hehe..tapi jika orang lain menonton ceramah tu dan dia mendapat sedikit input darinya, sekurang-kurangnya orang yang post tu ada la mendapat sedikit kebaikan..walaupun dirinya tidak begitu sempurna..

jangan la kita ni sound-sound pula kawan kita yang post tu.."diri sendiri pun tak betul,nak post-post ceramah pulak"kata kita..tak baik macam tu..mungkin dia akan berubah juga lepas tu..aku pernah dengar ceramah tabligh masa sekolah dulu..katanya " kita menegur orang ni seperti kita membaling bola kedinding.." maksudnya, jika menegur orang bukan hanya dengan niat untuk orang itu berubah..tetapi dengan niat supaya kita sendiri berubah serta berngat dengannya..disamping tu kita berharap la orang tersebut berubah juga..

selain tu dia juga berkongsi sedikit ilmu yang dia tahu..bak kata ayah aku..kalau tak boleh bawa semua, jangan ditinggalkan semua..maksudnya..kalau kita tak boleh buat sesuatu perkara tu, jangan la kita terus tak nak buat..sekurang-kurangnya kita berusaha la sikit..

ini adalah hanya pendapat aku..bagi budak-budak sekolah tu jangan ambil pendapat aku ni dalam periksa pulak..sebab maksud untuk peribahasa ni yang sebenarnya adalah lain dengan apa yang aku tulis ni..hehe..


kita menegur orang ni seperti kita membaling bola kedinding..



kalau tak boleh bawa semua, jangan ditinggalkan semua..




:: tak salah berkongsi apa yang kita tahu..

2 comments:

Fahmi Raazali said...

"kalau tak boleh bawa semua, jangan ditinggalkan semua.."

aku suka quote nie... nnt boleh la aku bubuh kat blog aku sekali :-)

aku modified sikit kot...

"kalau tak boleh bawak semua, jangan tinggalkan semua sekali"

manggosteen said...

haha..amek je..
ayah aku kasi..
kekekeke...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails