manggester

Thursday, May 3, 2012

Bahaya


aku nampak tiga orang kanak-kanak bermain lari-lari di tepi jalan. tedetik di hati aku budak-budak memang tak kenal erti bahaya. kecil-kecil dahulu aku juga begitu. main tepi jalan adalah perkara feberet. lagipun rumah di tengah bandar dan dikelilingi bangunan, jalan raya memang tempat untuk bermain.

motor merah aku menghampiri kanak-kanak tersebut. laju tapi berhati-hati. ibu aku selalu kata "budak-budak ni bukan tahu apa. dan-dan je melintas kang". aku ingat pesan itu.

semakin hampir aku kepada mereka, aku tolak visor ke atas. lalu menyergah "jangan main tepi jalan oi! bahaya!". niat baik tapi agak keras suara aku.

ketiga-tiga kanak-kanak tadi berpaling. "oooiii" jerit mereka kembali. aku senyum sambil ketawa kecil. aku anggap itu ucapan terima kasih untuk nasihat aku tadi. harapan aku agar bila kau dah besar nanti kau faham apa itu bahaya bermain dijalan raya. kalau jadi mat rempit pun jadilah mat rempit yang tahu keselamatan diri dan orang lain.

3 comments:

Tieah Madian said...

Tak sangka aku IS ko boleh bagi nasihat sebegitu mahal.. Hahaha..

manggosteen said...

sya: aku tolong ingatkan diorg je.tanak nant mak pak diorg menangis tepi jalan je.

Harith Iskandar said...

punyalah baik dorang balas balik ''oiii'' ehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails