manggester

Friday, April 30, 2010

jimatkan sumber utiliti untuk generasi akan datang..

hari ni hari jumaat..??agak mengejutkan kerana aku boleh lupa hari ni hari jumaat..mana tak nya aku bangun tidoq pukul 1.05 petang..apelagi,kelam kelibut la aku p mandi..seb baek tak de orang dalam bilik air (walaupon sebenarnya aku memotong Q orang yang tengah bersiap-siap nak mandi)..hehe..tu la sapa soh lambat sangat nak pakai tuala..aku mandi rasa macam kejap aje..tapi bila aku keluar bilik air aku tengok jam sudah menunjukkan pukul 1.17 petang..dengan lincah aku memakai baju melayu ungu serta kain pelikat dan menyetat moto..

setibanya aku dimasjid jamek UTHM khutbah sudah pon melepasi garisan permulaan..aku p basoh kaki dan segera mencari tempat duduk..aku ingat nak masok kat tempat ekon..tapi ramai pulak yang ngah semayang sunat kat depan pintu tu..aku pon membatalkan niat itu dan dudok diluar..aku salam orang belah kanan (orang yang aku tak kenali) aku salam orang yang belah kiri rupanya fatah lak..

aku berniat tahyatul masjid dan dudok sambil mendengar dengan tekun..ches ..poyo aje ayat..haha..setelah mendengar dengan teliti aku dapat menangkap bahawa khutbah ari ni berkaitan dengan kempen kesedaran menjimatkan sumber utiliti kat uThm ni..ape tu utiliti?aku pon tak brape paham..tapi yang aku tau adalah ia berkaitan dengan elektrik air dan minyak petrol yang sering digunakan di U aku ni..

hari ni aku baru tahu bahawa rakyat mesia ni merupakan pengguna air terbanyak kat asia tenggara ni..ntah berapa ntah statistiknya aku tak hengat..tapi satu lagi yang aku baru tau padang golf merupakan suatu tempat yang paling banyak melakukan pembaziran air..iaitu untuk padang golf yang bersaez sederhana ia memerlukan hampir 3000meter padu air setiap hari..ia bersamaan dengan penggunaan 15,000 penduduk malaysia ni..ini berdasarkan kajian bahawa seorang penduduk malaysia menggunakan 300liter air setiap hari..maknanya aku menggunakan 600 botol air mineral yang 500ml tu..banyak giler..



huh..satu lagi pesanan untuk semua rakyat uThm tu adalah..tutop lampu ngan ekon/kipas bilik kuliah,bilik lecturer serta asrama bila tak digunakan..selain itu khatib tu juga cakap jangan biarkan air mengalir ketika memberus gigi,memberus pakaian dan memberus badan..haha..menyabun badan la.. khatib tu juga berpesan agar kita menjimatkan sumber utiliti ini untuk generasi akan datang..



hurm..berjaya gak aku mengulas sedikit sebanyak pasal khutbah jumaat hari ni..mari la kita sama merenungkan nya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails