manggester

Thursday, April 29, 2010

Ada Apa Dengan Cokelat

huh..ramai antara kita yang suka makan cokelat..tak kira la cokelat ape pon..cokelat bar ke..air cokelat ke..'nini cokolat celup' ke..haha..kat sini aku nak share sket la bende ape ntah pasal kaitan personaliti kita ngan cekelat..hehe..sebenarnya aku copy aje mende ni kat blog orang..orang tu pon dok copy gak..haha..sama2 la kita share..tapi jangan la percaya sangat..kalu sama tu mungkin secara kebetulan aje..tapi aku memang suka kalu bab2 cekelat ni..


Jenis Cokelat



*Coklat warna putih*
Kamu memiliki semua kekuatan untuk menakluki dunia. Sayangnya kadang
kala kamu seakan ragu-ragu untuk membuat keputusan. Padahal, jika kamu
tahu apa yang ingin kamu capai, pintu kejayaan terbuka untuk kamu.



*Coklat susu*
Kamu suka kepada keindahan dan peka terhadap apa yang kamu lihat. Bagi
kamu, mengenang masa lampau dan mengingat kembali saat-saat indah
sewaktu kecil mampu membuat semangat kamu berkobar-kobar.



*Coklat hitam (Dark Chocolate)*
Kamu berpandangan jauh. Pandangan dan cadangan yang kamu kemukakan
selalunya 'up-to-date'. Kamu sentiasa berusaha untuk tampil lain dari
yang lain. Selain itu, kamu juga gemar mengumpul barang-barang pemberian
orang.



*Coklat campuran (semua rasa)
*Kamu seorang yang fleksibel. Kamu tergolong antara individu yang kaya
dengan wawasan, mudah bagi kamu mengikut peredaran zaman. Kamu tidak
ingin diri kamu jauh tinggal di belakang.


BENTUK COKLAT

*Bulat*

Penggemar coklat berbentuk bulat menunjukkan dia seorang yang menggemari
kehidupan sosial. Individu yang tergolong dalam kelompok ini memiliki
ramai kawan kerana sikap mereka yang peramah dan mudah didekati. Selain
itu kamu juga tergolong antara pendengar yang baik sehingga ada yang
menjadikan kamu sebagai tempat curahan rasa hati. Sayangnya, kerana
terlalu ingin menyenangkan hati orang lain kamu sering terjebak dalam
masalah mereka sehingga kamu sendiri lupa yang masalah peribadi kamu
sendiri masih belum diselesaikan lagi. Kamu juga tergolong antara
individu yang tidak setia dengan pasangan kamu. Kamu dikatakan gemar
"cuci mata".

*Bujur*

Kamu tergolong antara individu yang bijak bergaul. Jaringan pergaulan
kamu amat luas kerana kamu mudah berinteraksi dengan sesiapa sahaja
walau dalam apa jua keadaan. Idea-idea yang lahir dari pemikiran kamu
memang boleh diterima pakai dan sememangnya bernas! Kamu juga berwawasan
tinggi dan ini disanjungi oleh teman-teman sekeliling. Dalam perhubungan
pula, kamu tidak ragu-ragu untuk mencari teman baru sekiranya si dia
dirasakan agak membosankan.

*Kotak*

Setia, gemar merendah diri dan romantis adalah sifat kamu. Kerana sikap
romantis kamu itu, tidak hairanlah pasangan kamu akan tetap setia di
sisi kamu. Kamu memiliki daya konsentrasi tinggi dalam bekerja dan
sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi wawasan diri. Tetapi
sekiranya ada konflik melanda, kamu terlalu mudah melatah! Ada kalanya
kamu seakan cuba lari dari berhadapan dengan masalah... kamu tiada
inisiatif untuk cuba menyelesaikannya.


KANDUNGAN COKLAT

*Almond

*Keperibadian yang dinamik. Kamu akur pada perubahan. Kejayaan adalah
matlamat utama dalam agenda kehidupan kamu. Kamu juga tergolong antara
individu yang gemar menolong. Biasanya masalah teman-teman dan keluarga
mampu kamu selesaikan. Walau bagaimanapun kamu perlu berhati-hati
memberikan perhatian terhadap individu yang memerlukan itu kerana
dikhuatiri kamu akan memberi perhatian secara berlebihan.

*Karamel cair*

Kamu yang dan percaya pada kemampuan diri sendiri. Tanpa banyak bicara,
semua tugasan yang kamu perlu selesaikan pasti berjaya direalisasikan
dengan baik. Selain itu, kamu juga seorang yang murah hati. Kamu gemar
berbelanja dan gemar menawar diri untuk membuat kerja-kerja amal. Kamu
juga dikategorikan antara individu yang rambang mata terutama ketika
membeli belah.

*Karamel keras*

Selain pandai menjaga hubungan dengan orang lain, kamu juga seorang yang
berdisiplin dan jujur. Istilah terlambat memang tidak termaktub dalam
kamus hidup kamu. Bagi kamu masa adalah wang. Kamu hidup untuk bekerja,
semua yang diraih adalah hasil kerja keras kamu. Sayangnya kamu sering
tidak menghiraukan pendapat orang lain yang kadang kalanya boleh
diterima pakai.

*Hazelnut*

Kamu adalah pencinta alam. Keharmonian alam yang terjaga membuatkan
fikiran kamu tenang. Sayangnya, kerana kamu terlalu dekat dengan alam
membuatkan kamu menjadi seorang yang pemalu. Tidak hairanlah bila kamu
sering dikata pemalu oleh teman-teman.

*Kacang tanah*

Bagi kamu, semua perkara dalam hidup ini tidak perlu dibuat susah. Kamu
sudah cukup bahagia dengan hidup kamu. Sayangnya, kadang-kadang kamu
akan berasa kesepian di dunia kecil yang kamu ciptakan sendiri. Cubalah
sesekali meluangkan masa dengan teman-teman lain. Pasti kehidupan kamu
akan menjadi lebih bermakna.

*Pudina*

Hari esok harus dihadapi dengan semangat tinggi. Kamu sangat yakin
dengan apa yang kamu lakukan. Kamu adalah individu yang tidak pernah
ketandusan idea. Kamu tidak pernah membataskan kehidupan kamu dengan
peraturan, melainkan kamu yang buat sendiri.


APA KAMU BUAT PADA PEMBUNGKUS COKLAT

*Diramas*
Jika kamu makan coklat dan kemudian gemar meramas-ramas kertas
pembalutnya sebelum dibuang ke dalam tong sampah, bererti kamu tergolong
antara individu yang tidak suka terlibat dalam masalah cinta. Fikiran
kamu yang sering berkecamuk membuatkan kamu sukar memberikan konsentrasi
terhadap sesuatu perkara. Tidak hairanlah jika pasangan kamu sering
mengeluh dengan sikap kamu itu.

*Dilipat
*Jika kamu gemar melipat-lipat pembalut coklat, bererti kamu seorang
yang rapi dan bersih. Hidup kamu teratur dan begitu juga dengan
pemikiran kamu. Dalam bercinta, kamu selalu mengikut mood. Ha, tak
baiklah macam tu! Kamu perlu lebih bijak mengimbangi emosi kamu itu.

*Dibentuk bola*
Jika anda membuat pembalut coklat itu menjadi bola dan memainkannya di
meja, mungkin kamu sedang bosan dengan kehidupan cinta kamu bersama
pasangan. Ada baiknya kamu berbincang dengan pasangan kamu itu mengenai
perhubungan kalian berdua. Kalian perlu lebih berfikiran terbuka untuk
menerima teguran dan kekurangan diri masing-masing bagi tujuan kebaikan
dalam perhubungan.

*Dikoyak-koyak*
Kamu seorang yang romantis terhadap pasangan. Kamu suka membelai kerana
pada kamu, belaian jemari kamu itu mampu memperlihatkan rasa cinta dan
kasih terhadap pasangan. Kamu mementingkan keromantisan dalam perhubungan.

*Digulung
*Kamu boleh digelar sebagai penyelamat cinta! Suka mencampuri urusan
percintaan orang lain. Bagi kamu, perhubungan cinta kamu sudah cukup
bahagia! Kamu tidak boleh berfikiran sedemikian. Hakikatnya kamu perlu
menumpukan perhatian terhadap hubungan cinta kamu sendiri agar lebih
subur dan mekar berpanjangan!

hurm..aku saje up skali ngan gambo2 cekelat ni..biar korang terliur skali..aku pon dah meleleh-leleh dah air liur ni..aku sebenarnya memang addict ngan cekelat2 ni..tapi disebabkan kewangan sewaktu student ni asyik shot aje..terpakse la aku hadkan pengambilan cekelat ni..kalu bli pon aku beli yang murah-murah aje..kalu balik kampong baru la aku mengepow Ibu aku..ahahaha

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails