manggester

Saturday, May 1, 2010

selisih malaikat 44 ??

salam kenyang lepas makan..hehe..malam ni aku makan malam pukul 12 lebih..sebab ape??sebab konspirasi budak-budak rumah aku..ntah hape-hape ntah diorang tu..hehe..sanggup tahan lapar kerana konspirasi makan nasi..aku pegi makan kat kedai sebelah esso tu..memang sedapla air bandung dia pergh..Eh!!aku ni kalu bab melalut ni memang hebat la..slalu je lari tajuk..

air bandung kedai tu..

hurm..pasal tajuk tu ea..petang tadi aku menonton filem dolu2..citer p.ramlee (3 abdul)..dalam dok syok-syok layankan pak aji tu(s.samsudin) aku dengar satu ungkapan yang selalu diungkapkan oleh orang zaman skang ni..iaitu 'selisih malaikat 44'..kengkadang aku pon ada sebot gak ayat selisih malaikat 44 ni gak.."pon macam pak aji jugak",kata pak aji citer 3 abdul tuh..persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan selisih malaikat 44 tu??..malaikat tu ada 44 je ke? tapi setahu aku malaikat yang wajib kita tahu ada 10 je..yang lagi 34 tu datang dari mana?

kalu kita dok sembang-sembang pasal bende buruk kadang kala ada yang menyebutkan ungkapan ni..dalam pemahaman kita ini adalah salah satu ungkapan untuk menunjukkan bahawa minta dijauhkan perkara tersebut kat kita..tapi kenapa malaikat? dan kenapa 44?apa kaitannya?adakah malaikat yang seramai 44 boleh menghalang perkara tu terjadi kat kita??hurm..kau fikirlah (lagu aizat sekali)hehe..

tapi aku pernah terbaca la kan..pasal selisih malaikat 44 ni memang tak da larangan kita menyebutnya..itu pon jika tiada niat untuk mensyirikkan Allah..sebab dalam masyarakat melayu kita ni memang dah jadi cam satu peribahasa kowt..jadi kita perlulah yakin kepada Allah jika kita menyebutkan ayat ni..

kalu korang penah tengok kartun atau cerita omputih lak diorang akan sebut 'touch wood' atau 'knock on wood' untuk melahirkan rasa tidak mahu terjadi keatas diri mereka sesuatu yang buruk tu..jadi hal ini merupakan adat atau satu budaya untuk sesebuah masyarakat tu..

jadi renung-renungkan lah..dan kalu korang tau kenapa ia disebut selisih malaikat 44 tolong gtau kat aku ea..

2 comments:

Ibnu Hasan said...

Assalamualaikum..hmm..duk search psl selisih malaikat 44 n then smpailah ke blog nih..

Cuma nk tanya sdri skit, mmg betul ke x slh klu sebut malaikat 44. Dr mana sumber yg sdri baca, klu x keberatan bleh bgtau sy..

Sbb dlm sebuah hadits, seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w.:
“Ceritakan kepadaku tentang iman”. Nabi s.a.w berkata: "Iaitu bahawa engkau beriman dengan Allah, malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat dan engkau beriman dengan Qadar (takdir), baiknya dan buruknya". Kata lelaki itu: “Benar engkau”. -shahih muslim

jelaslah apa yg disuruh supaya beriman dengan malaikat & bukannya minta selisih atau simpang dgn malikat

lgpun perkara ini berkaitan agama, so x bleh nk main sebut jek. Wallahua`lam

manggosteen said...

@ibnu hasan:terima kasih atas teguran. memang saya ada baca tentang hal itu.tapi saya tidak pasti asasnya kukuh atau tidak.sebab itu saya ada tulis disitu tentang bergantung pada niat hati.sama juga jika kita menyebut sesuatu pekataan lain.

tapi ini adalah pada pandangan saya.sbb semua perkara kita lakukan bergantung kepada niat..tapi kalau saya tersalah harap tuan dapat menegur.kerana saya pun sama-sama belajar..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails