manggester

Thursday, August 11, 2011

Pokok semalu | Edisi buat malu


pokok semalu atau nama saintifiknya mimosa pudica merupakan pokok liar yang sering kita jumpa dipadang-padang rumput. apabila disentuh, daunnya akan menguncup dan akan mengembang semula selepas beberapa ketika.

bagi kita di Malaysia ini, pokok ini langsung tidak diendahkan kecuali apabila terpijak jika tidak memakai kasut. kerana ada diantaranya berduri. tetapi bagi mereka yang di luar negara, pokok ini adalah sesuatu pokok yang agak asing. kerana ada diantara mereka yang tidak pernah melihat pokok ini. dan pokok ini juga dijual dengan harga yang agak mahal. sedangkan di Malaysia kita boleh mengutip pokok ini di tepi-tepi jalan.


video diatas adalah video promosi pokok semalu ini. ia dijual dengan harga $19.99 berserta 6 pasu kecil dan bekas penyimpan. mungkin orang disana akan membeli pokok ini. kerana mungkin di negara yang bukan beriklim khatulistiwa tiada pokok ini.

kalau sesiapa yang hendak beli pokok ini, boleh order dengan aku juga. aku bagi satu pasu besar pokok semalu ini. kah kah kah!

4 comments:

Tieah Madian said...

Hahaha.. Aku dulu gila pijak pokok semalu owh time kecik2 sekolah rendah.. Asal balik dari gerko waktu petang, sambil jalan balik umah kalo ade pokok semalu tepi jalan aku akan pijak.. Suka tengok dia menguncup.. Hahaha.. Sengal~ Sekarang tak nampak plak pokok semalu ni.. *Nampak aku dah jarang jalan kaki



Entry Terbaru : Rusuhan di London dan Video Pelajar Malaysia Cedera

manggosteen said...

Tieah: ko nak order ngan aku tak pokok tu?aku bley carikan..ahahaha..pastu ko bley ar main pijak2 pokok tu..

Fahmi said...

jual pokok semalu ok lagi... aku pernah baca... org jual batu jadikan pet... siap ada buku manual lagi... :)

manggosteen said...

@fahmi: mak aih..biar betul..bis tu batu tu bley gerak ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails