manggester

Tuesday, August 2, 2011

MOHOR BESAR RAJA-RAJA


Tahukah kita apa sebenarnya Mohor Besar Raja-Raja? setiap kali pengumuman tarikh puasa dan raya pasti akan terdengar perkataan ini. aku ada membaca di blog serius tentang hal ini. baru lah aku tahu apa sebenarnya Mohor Besar Raja-Raja.

Mohor Besar Raja-Raja disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Besar Raja-Raja seperti diperuntukan oleh seksyen 4 dalam Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat dua Mohor Besar yang disimpan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Mohor Besar yang pertama berukuran 51 cm panjang, 22 cm lebar, 52 cm tinggi dan seberat 93 kg. Manakala Mohor Besar yang kedua berukuran 51 cm panjang, 14 cm lebar, 35.5 cm tinggi dan seberat 38kg. Mohor Besar yang kedua ini lebih mudah dibawa ke luar pejabat apabila perlu.



Permukaan Mohor Besar mengandungi jata kerajaan sembilan Negeri Melayu serta tertulis perkataan “Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu” dalam huruf jawi. Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah bersetuju menerima corak pada Mohor Besar Raja-Raja yang digunakan sehingga ke hari ini.

Kedua-dua Mohor Besar Raja-Raja dibuat di England pada tahun 1949 dengan kos £211.10

FUNGSI MOHOR BESAR RAJA-RAJA

Mohor Besar ini melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis Raja-Raja. Ia melambangkan kuasa kerana ia terbit daripada sebuah badan yang teragung di Negara ini. Surat cara yang dimeterai dengan Mohor Besar melambangkan kepercayaan dan kuasa. Ia melambangkan kadaulatan surat cara tersebut.Mohor membuktikan kesasihan asal usul sesuatu surat cara.




Oleh sebab kesan terapan daripada Mohor Besar akan merubahkan tekstur kertas, maka cap mohor ini dapat bertahan lebih lama daripada “cap getah” yang menggunakan dakwat yang tertera pada permukaan surat cara.

sumber asal dari : Blog Kelab UMNO Yogyakarta



::pakcik pengumum tarikh puasa yang lama dah pencen. jadi pengumum tarikh puasa yang baru lepas ini telah digantikan. lebih pantas dari pakcik yang lama itu. mungkin gugup kerana baru pertama kali agaknya.

4 comments:

Tieah Madian said...

Owh.. Aku pun baru tahu geng.. Wei, yang lama best kan.. Cakap slow jek.. Ngee :) Yang baru ni ade sekali tu mata dia tengok atas.. Hahaha.. Betul lah, mungkin gementar kot..


Entry Terbaru 1 : Peraduan Mudah 7 Hari Bermula Hari Ini
Entry Terbaru 2 : Golden Churn Creamary Butter Tidak Halal

manggosteen said...

hahaha..kan kan kan..ckp laju..sekejap je pengumumannya..selalunya lama sket..

RIMA DANIA said...

nampak berat betul alat tu... haha

manggosteen said...

RIMA DANIA: haha..mmg berat..sbb tanak bg org curi kot..ahahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails