artis pegang anjing heboh satu Malaysia. sedangkan anjing bukannya haram jika ianya kering. kalau basah pun hanya perlu disamak sahaja. tidak susah pun untuk menyamak.
Dari Ibn Mughaffal, ia berkata:
“Rasulullah s.a.w pernah memerintahkan membunuh anjing,kemudian bersabda: “Mengapa mereka mengangap penting anjing-anjing itu?” Kemudian Rasul memberi keringanan dalam hal berkaitan anjing pemburu dan anjing penjaga kambing lalu bersabda : “Apabila ada anjing minum di dalam bekas, basuhlah bekas tersebut tujuh kali dan gosoklah dengan tanah pada basuhan kelapan..”
tapi jika artis kita pegang sesuatu benda yang haram sehinggakan tidak boleh disamak, tidak boleh disucikan, masing-masing tidak peduli pun. artis wanita pegang tangan artis lelaki, siapa peduli? artis lelaki cium pipi artis wanita, biasa saja? artis-artis berlakon bertindih-tindih, oh menyeronokkan.
dunia kita sungguh jelik!
4 comments:
huhu yee...manusia sering ada kekurangan..moga kita dijauhi..amin..=)
hehe... ni mesti kes kebelakangan ni log gosip cerita pasal artis pegang or bela anjing...
entah la... anjing tu kalau nak pegang boleh je... tp kalau tangan basah kena samak...
nak bela pun boleh juga... tapi ada pula cara dia... aku baca pasal kena buat pagar 2 lapis...
entah... isu yang lagi besar orang tak nak heboh-heboh pula... macam yang kau cakapkan... ;-)
itu la pasal..terkadang, benda remeh dikompleks kan...mmg aku sangap ngan situasi sekarang.. semoga kita terlindung dr seme situasi cmni . Amin
haha.. ingat senang ke nak basuh otak diorang ni.
Post a Comment