manggester

Tuesday, August 2, 2011

misi lompat dan tikam di bazar ramadhan!

jam hampir menunjukkan angka 5. aku akan menjalankan misi tak mustahil aku dibazar ramadhan pada petang ini. objektif utama adalah untuk mendapatkan lompat tikam tanpa perlu melompat dan tanpa perlu menikam.

kemanisan dan kelemakan lompat tikam betul-betul membuatkan aku ketagih. lagi-lagi setelah dimasukkan kedalam peti sejuk. namanya yang agak merbahaya ini jelas tidak menakutkan aku untuk menjamahnya.




sebagai seorang orang bujang yang tinggal bersama orang bujang maka aku hanya beli sahaja di bazar ramadhan. dan bagi sesiapa yang mahu membuat sendiri juadah lompat tikam ini boleh ikut resepi yang aku salin dan tampal ini. selamat mencuba dan selamat beramal.




Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil )

*Lapisan bawah :-
62 g tepung beras ( 8 sb )
660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )
62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau
1/2 sk garam
1 sk air kapur

*Lapisan atas :-
25 g tepung beras ( 3 sb )
600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
1/2 sk garam

*Air gula :-
250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus)
500 ml air ( 2 cwn )
1 helai daun pandan - di simpul


Cara-cara

  1. Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.
  2. Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
  3. Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
  4. Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk. *Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan.

aku kopi dan pasta dari : My Resepi

4 comments:

Gee said...

hehe kuih lompat tikam..(^_^)

RIMA DANIA said...

hehehe x pasti pernah makan ke x... tapi semalam nak carik kuih kat bazar area kampung saya punya lah susah...semuanya dikebas orang T_T.. Takde rezeki...

manggosteen said...

@Gee: aah..mmg sedap giler..haha

manggosteen said...

@RIMA DANIA: best kuih tu..try la cari..warna ijau putih..ada gula merah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails