menunggu bas berseorangan ditengah hari cukup membuatkan aku rasa bosan. tambahan pula dibulan puasa. tak dapat aku nak menjilat aiskrim mekdi ataupun melambung-lambungkan kacang kedalam mulut. sempat aku beri RM1 kepada mamak tepi jalan tadi sebagai balasan untuk surat khabar Kosmo ditangan aku ini.
aku selak-selak surat khabar itu. bosan juga isi kandungannya. terus sahaja aku ke halaman belakang. Sukan, memang tidak membosankan. aku baca dengan penuh teliti. satu per satu berita aku hayati.
tiba-tiba ada seorang lelaki bertopi lusuh melabuhkan punggungnya disebelah aku. senyum yang dia lemparkan membuatkan aku mengukirkan sedikit senyuman kerana dia mengganggu konsentrasi aku menelaah surat khabar itu.
tak lama kemudian, lelaki itu membetulkan kedudukan punggungnya. aku menoleh kearahnya kerana kaki dia sedikit tertolak beg aku yang terletak ditepi. "panas" katanya. memang dari tadi aku sedari tempat duduk aku itu memang panas. tapi aku pedulikan kerana tiada kerusi lain untuk aku duduk. lantas aku aku menjawab "cuaca sekarang ini memang panas", saja aku buat-buat ramah. lelaki itu masih senyum kearah aku. mulutnya seolah-olah mahu membicarakan sesuatu kepada aku. tapi mata aku kembali menikam surat khabar.
selang beberapa minit, ada titisan-titisan halus menitik. "hujan pula", kata lelaki itu sambil menoleh kepada aku. aku perasan jelingan dia itu seolah-olah mahu aku berbicara bersamanya. lantas aku menjawab lebih kurang sama dengan ayat pertama aku kepadanya. cuma ada sedikit perubahan. "cuaca sekarang memang tak menentu", balas aku. aku enggan meneruskan perbualan bersamanya. aku dapat rasakan ada agenda tersembunyi yang dirancang oleh lelaki tersebut.
....................................................................
aku letakkan surat khabar disamping aku. lelaki tersebut kembali menoleh. dan memohon untuk meminjam surat khabar itu. aku anggukkan saja tanda setuju. tak lama dia membaca. mungkin kerana berita tentang anuar vs najib, selangor vs kelantan dan pemberontak vs gadafi tidak menarik minat beliau. sambil dia meletakkan kembali surat khabar itu, dia bertanya destinasi aku. "KL", jawab aku ringkas. "buat apa di KL?", soalnya lagi. "kerja", balas aku.
sekilas dia memandang bas yang baru masuk di stesen itu. "nama apa", kembali dia menyoal. huh, makin menjadi-jadi pula lelaki ini buat soal siasat. "zul", jawab aku tanpa memberi nama penuh kerana aku yakin dia bukan polis untuk aku menjawab secara skema. "oh zul, erm. boleh tolong abang tak?", dia mula nak menunjukkan wajah yang sebenar. "tolong apa bang?", aku membalikkan soalan kepadanya walaupun aku tahu lelaki ini cuba untuk mengecek duit aku.
"abang nak balik kampung ni, duit tak ada. gaji pun tak masuk lagi", jelas beliau. aku hanya senyum. "bos abang tu la. tak nak bayar gaji pula", dia mengadu kepada aku seperti aku ini presiden persatuan pekerja-pekerja Malaysia pula. aku kembali senyum. "macam ni lah bang", aku memulakan ayat. " saya ni pun tak ada duit. gaji bulan lepas pun bos belum bayar. saya datang johor ni pun sebab nak cari kerja lah ni", sambung aku.
lelaki itu terkedu. umpan tak menjadi mungkin. "erm. kalau macam tu adik bagi lima ringgit pun cukup lah. abang nak buat berbuka nanti", pohonnya lagi. "tak boleh bang, saya kejap lagi ni sampai KL, saya nak kena naik LRT lagi. komuter lagi.", saja aku bohong dia walaupun sampai di KL nanti kawan aku akan menjemput aku. lelaki itu mencabut topinya. mengeluh dia disitu kerana tidak berjaya memperoleh hasil dari aku. tapi serius dalam dompet aku cuma ada beberapa helai wang seringgit dan sehelai wang lima ringgit.
aku dan lelaki tersebut hanya berdiam diri. mungkin dia sedang memikirkan strategi berikutnya untuk mendapatkan walaupun seringgit daripada aku.
......................................................................
tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. kawan aku telefon rupanya. aku berbual-bual dan membiarkan lelaki tersebut bersama masalahnya. tak lama selepas itu dia beredar dengan wajah hampa. memang tepat sekali sangkaan aku. mesti lelaki itu ada agenda tersembunyi. termasuk lelaki itu, sudah hampir lima kali aku jumpa orang yang seumpamanya. dengan ayat-ayat permulaan untuk bersembang dan diakhiri dengan meminta wang. aku dah agak dah la.
:: orang lain penat bekerja, kau orang senang-senang saja nak minta wang!
2 comments:
erm, skill ko menjawap superb... aku pernah kene sekali... sbb time tu aku baik hati... aku bg la...
lepas ni xde dah kot nk sedekah kat org yg mcm tu... kadang2 mals je lebih...
mintak sedekah antara profession paling mudah... dan untung besar... mintak sedekah tp pakai kereta... yang kadang2 org yg sedekah tu pun xleh nak pakai...
@Fahmi: aku dah masak dah ngan diorg ni..dulu ada gak aku bg..sekarang ni asal aku jumpe org yg minta2 duit nak balik kmpong ni mmg ak tak bg dah. dah kenal sgt dah..buat2 ramah pastu minta duit..
tu la pasal. kita pon pakai moto buruk je..diorg siap kete lagi..
Post a Comment