manggester

Saturday, February 19, 2011

Terima Kasih Lagenda!




Pernah sekali aku berasa begitu hampa dengan seorang lagenda yang dikagumi dunia. Dan pada ketika itulah aku mula beralih arah dari menyanjungi negara yang diwakilinya. Walaupun begitu aku tidak pernah melupakan zaman kegemilangan beliau yang sebati dengan gelaran 'Ronaldo Gemuk'.Suatu ketika aku amat mengkagumi kehebatan beliau menggelecek dan menjaringkan gol. Dan sehingga kini aku masih teringat aksi beliau ketika final Piala Dunia 2002.

Ronaldo atau nama sebenar beliau adalah 'Ronaldo Luiz Nazario de Lima' dilahirkan 18 September 1976 di Rio de Janiero. Memulakan kariernya di kelab Cruzeiro dan menamatkan aksinya sebagai penyerang berbisa di Corinthians. Pada usia 34 tahun beliau menggantungkan kasutnya serta jersinya kerana masalah mengatasi berat badan selain masalah kecederaan.

Pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak tiga kali ini pernah menyarung jersi kelab-kelab ternama eropah seperti PSV Eindhoven, Barcelona, Inter Milan, Real Madrid dan AC Milan. Dengan penglibatan beliau dalam kelab-kelab ini menambahkan lagi bilangan peminat-peminatnya.

Dengan 400 jaringannya termasuk 15 gol dalam kejohanan Piala Dunia beliau layak mendapat penghargaan 'Pemain Terbaik Sedekad' oleh oleh Goal.com pada tahun 2010. Pada final Piala Dunia 2002 beliau berjaya menjaringkan 2 gol untuk Brazil.




selamat tinggal lagenda!



:: rambut 'pekan'
kau tetap cool

2 comments:

Nurul said...

asal...berat dye bape smpai xley atasi

manggosteen said...

@idAti mALek:tak tau la pulak berapa berat dia..tapi itu jadi punca la kenapa perfomance dia makin menurun..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails