manggester

Thursday, February 24, 2011

Mentor ke?


Idea ahad lepas tapi baru rasa nak menaip!



Ahad lepas aku berkesempatan menonton rancangan realiti nyanyi-nyanyi diTV3 iaitu Mentor. memang seronok aku tengok malam tu..penuh gelak ketawa dan penuh rasa nak guling-guling..mengalir air mata menahan ketawa menonton mentor kali ni..kalau tengok raja lawak pon tak rasa nak guling-guling macam ni..

sekali sekali aku tengok peserta yang datang tu macam peserta yang nak ujibakat nak masuk rancangan bersamamu pon ada..bukan apa, siap ada yang membawa kisah kesempitan hidup..ada yang bawa cerita sedih tidur kat kaki lima semata-mata nak masuk mentor..ada yang datang ke ujibakat itu untuk mengubah kehidupan diri..tapi apakan daya suara tak sedap maka tak berjaya juga mengubah..

contohnya seorang lelaki dari Segamat yang mengatakan kesusahan hidupnya, tetapi dirumah ada PS (Playstation) yang digadaikan untuk tiket bas ke Kuala Lumpur. tapi tiada duit pula untuk tambang balik ke Segamat setelah ditolak dari menjadi protege Noh Hujan..nasib baik la Ajai bagi duit sikit..boleh la balik kampong..

selain tu ada seorang yang nak ubah kehidupan yang sering diejek kerana kerjayanya sebagai penternak lembu..yang peliknya apa yang hendak dibuktikan dengan menyertai mentor? sepatutnya dia teruskan berusaha menternak lembu sehingga beroleh pendapat yang lebih lumayan dari orang-orang yang mengejeknya..

ujibakat mentor kali ni juga tempat menunjukkan sikap derhaka seorang anak kepada ibu bapanya. seorang remaja perempuan yang menceritakan kisah sedihnya kepada Datuk Sharifah Aini yang mana ibu bapanya tidak suka melihat dia menyanyi. tetapi remaja terbabit tetap pergi keujibakat tersebut tanpa pengetahuan keluarganya. dan dia juga tidak berjaya menjadi protege kepada Kak Pah. dan sesuatu yang terbukti adalah, ibu bapanya tidak suka melihat dia menyanyi kerana....suaranya memang tak sedap..aku pun tak suka tengok kau menyanyi...akakakaka

ada satu lagi yang aku perasan dalam mentor ini..bukan sahaja mentor la..banyak lagi rancangan realiti yang lain memaparkan mereka-mereka yang perasan suara mereka sedap..padahal suara bukan setakat kelaut..malah kedasar laut mungkin..akakaka..ada seorang lelaki macho bersama isteri tercintanya yang berambut perang ala-ala Paris Hilton cuba membuat provokasi kepada Noh..katanya Noh lebih berhak menilai bakatnya berbanding Ajai..akan tetapi Noh juga menolaknya dari diterima sebagai protege..ahahaha..ayat paling tak boleh blah dari lelaki itu adalah "kalau yuna boleh buat, tak kan aku tak boleh" (merujuk kapada mengupload video kat youtube) baik aku layan video cikgu shida daripada dengar suara kau..kah..kah..kah..




:: aku sedar suara aku tak best
sebab tu aku nyanyi kat jamban je
kepada yang tak sedar diri tu
tolong la sedar-sedarkan..

4 comments:

Tieah Madian said...

Aku tak tengok..
Sebab tengok final pilih kasih..
Best woo pilih kasih final..
Sampai jam 12 aku layan..
Tu yg aku tak tengok mentor..

Entry Terbaru: Masturah Abu Bakar Sangat Popular Dari Ben Ashaari

manggosteen said...

ala...umah sewa aku ni tak dapat tv1..tu yg tak ley tgk pilih kasih tu..

Budak Melayu said...

haha... kebanyakan yg masuk rancangan realiti tv ni... gitu la... klu tunjuk sesi uji bakat... kadang2 tu pelik jugak...

suara xsedap.... tp perasan sedap... dia orang tak penah rakam ke suara sendiri dngar macam mana bunyinya...

pelik2...

hehe apa2 pun... umumnya aku mmg xlayan program2 mcm tu... mentor ke... af ke... pilih kasih ke.. apa ke... :-)

manggosteen said...

ahahaha..tapi memang lawak tgk org perasan tu..siap nk lawan yuna kot..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails