manggester

Saturday, February 26, 2011

Lepak-lepak cerita hantu!


jam 3 pagi mata aku masih tak terpejam kerana sengaja aku jegilkan mata untuk bermain game bola..macam biasa la..esok kan hari sabtu..lepak sampai pagi,lepas subuh baru tidoq..

kriuuk..perut pulak seperti mula melentur menandakan ianya kosong..jengah kedapur dan goreng telur..kat depan ada roti benggali sapa ntah..aku amek dua keping ye..

puas aku makan telur goreng dihimpit roti, housemate aku pulak mula merebus megi ayam..baunya memang menusuk hidung..setelah siap merebus meginya, aku pun mula la menyemak kat dapur dengan niat untuk mengepau megi ayam tersebut..

rumah sewa berhantu di shah alam
tapi tak tau sejauh mana kebenarannya
(gambar dicuri dari blog lain tanpa kebenran)

kendian kitorang lepak bilik belakang sambil mengeluarkan topik untuk dibahaskan..dan mula la keluar cerita rumah sewa berhantu kat shah alam..seram sejuk rasanya.terbayang lambaian-lambaian yang akan menghantui tidur malammu..(betul ke cerita hantu rumah sewa tu?)

disamping itu, cerita-cerita hantu zaman sekolah mula dicungkil semula..hantu lompat almari..hantu kira seorang-seorang yang bangun tidur..eeeiii..memang terasa meremang bulu hidung ni..

dari lembaga berbaju putih sampai ke bola api tuju-tuju semua telah diutarakan..dan pada jam 5 ini aku masih belum melelapkan mata..bukan kerana dek kerana kisah macam hantu ceplos itu..tapi sebab dah nak subuh ni..kalau aku tidur,kompom-kompomlah tak akan subuh la pagi ni..qada kat zohor la jawabnya..sebagai langkah selamat,baik aku berjaga sehingga subuh..



::rindu zaman asrama dulu
terasa macam nak masuk
asrama sekolah balik je

2 comments:

Tieah Madian said...

Giler ko..
Aritu aku baca kisah rumah tu d siang hari, sekali malam tu tetiba aku terbayang..
Erk! Seram owh..
Terinagt kisah tgh tidur tu kena tarik..
Nsb baik lama2 aku tdo jugak..

manggosteen said...

d_tieah:sampe kemalam penangannye..ahahaha.aku baca pon seram sejuk gak..tapi dah ngantok gile,tido gak..tapi lepas subuh tadi baru tido..kkekee.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails