manggester

Wednesday, February 9, 2011

kalau nak banyak goal, kena bayar tiket lagi mahal!


Baru sebentar tadi pasukan bola sepak kita berjaya menewaskan Hong Kong dalam perlawanan persahabatan. Dua gol sumbangan Safiq Rahim dan Amirul Hadi Zainal Abidin. Dalam perlawanan Piala AFF sebelum ini pasukan Malaysia berjaya mengalahkan Vietnam dengan jaringan dua gol juga dengan harga tiket sebanyak RM20. Dan pada final pula Malaysia berjaya menewaskan Indonesia 3-0 dengan harga tiket sebanyak RM30. Ini bermakna RM10 untuk setiap gol yang dijaringkan oleh pasukan Malaysia. Pada perlawanan persahabatan ini pula Malaysia menjaringkan 2 gol untuk tiket berharga RM20. Kesimpulannya jika Malaysia mahu menjaringkan lebih banyak gol, maka penonton perlu membayar tiket lebih mahal dari ini.

::Dengar khabar pasukan Chelsea akan bertandang ke Malaysia Julai nanti. Kalau Malaysia nak kalahkan Chelsea sebanyak 5-0, kita perlu jual tiket pada harga Rm50.



:: gambar safiq rahim lama tu
sekarang dia pakai number 8

6 comments:

JUNKO-EL-HIDA said...

hahaha..kajian yg baik..hihihi..kalau mcm tue mmg dasyat la Malaysia bantai chelsea 5-0..Semoga 1 hari nanti malaysia akan jadi begitu..

Tieah Madian said...

Hahaha..
Yeke? Aku tak berapa nak ambil tahu sangat bab harga tiket..
Sebab konfem aku dok depan tv je tengok..

Latest entry : Nak petua? Petua Jadi Sailormoon pun ade..

manggosteen said...

@JUNKO-EL-HIDA: ahaha..siap la chelsea nanti..walaupun aku fan chelsea, tapi aku sokong malaysia menang nanti..ahahah

manggosteen said...

@d_tieah:ni aku tolong gtau la ni..ahahaha..nanti aku gtau lagi harga tiket yang lain..kekkeke

Unknown said...

mmg terer la kalau malaysia menang 5-0 lawan chelsea...cuti seminggu la malaysia...haha

manggosteen said...

@E.D.Y: aahhaa..cuti seminggu..pastu semua player mesia pindah chelsea la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails