manggester

Tuesday, February 15, 2011

Dua Muhammad terhebat!



Assalamualaikum w.b.t.



Dipagi maulidur rasul ini aku ingin berkongsi tentang dua orang Muhammad yang terhebat didalam sejarah islam serta dunia. dua orang muhammad ini adalah Muhammad bin Abdullah dan Muhammad al-Fateh.

Muhammad bin Abdullah

Hari ini 12 rabiulawal bersamaan dengan 15 februari merupakan tarikh penting bagi umat islam seluruh dunia. tarikh ini adalah tarikh keputeraan nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda dilahirkan di Makkah pada 12 Rabiulawal / 20 April tahun gajah. baginda merupakan putera kepada Abdullah bin Abdul Mutalib dan Aminah binti Wahb.

Baginda telah dilantik menjadi rasul oleh Allah ketika baginda bertakafur di Gua Hira'. Setelah kerasulannya, baginda telah berusaha menyebarkan agama Allah ini dengan penuh rintangan dan tentangan dari kafir quraisy. Baginda juga mendapat tentangan dari kaum kerabatnya sendiri.

berkat kesabaran dan kesungguhan Baginda, agama islam masih kekal sehingga kini dan akan kekal sehingga hari kiamat. Kehebatan Rasullah ini terbukti didalam semua hal. termasuklah sifat peribadinya, kejujuran baginda dalam perniagaan, kebijaksanaan baginda dalam meminpin dan pelbagai lagi. Kehebatan Rasullah tak perlu diceritakan disini kerana terlalu banyak yang telah baginda buktikan. baginda adalah insan yang sepatutnya dijadi idola dan contoh untuk seluruh umat manusia.

Muhammad al-Fateh

Muhammad al-Fateh adalah seorang raja yang telah menakluk kota Constantinople. Baginda dilahirkan di Adrianapolis pada 29 Mac 1432. Sejarah hidup baginda telah disebut sejak zaman Rasullah lagi di dalam hadis:

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Sejarah kehebatan baginda terbukti di dalam penaklukan kota Constantinople yang telah menjadi impian seluruh pemimpin islam kerana hadis Rasullah tersebut. Bapa kepada Muhammad al-Fateh juga turut telah berusaha untuk menakluk kota tersebut tetapi gagal.

proses penaklukan kota tersebut bukanlah satu proses yang mudah. setelah beberapa kali gagal untuk menembusi kota tersebut, akhirnya dengan kebijaksanaan baginda, kota itu berjaya ditakluk. Baginda telah membuat pemilihan tenteranya dari golongan yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu dan solat tahajjud. Baginda sendiri tidak pernah meninggalkan solah fardhu dan solat tahajjud sejak akil baligh.

dan ketika penaklukan kota tersebut,baginda telah merangka strategi ketenteraan yang diakui terbaik oleh seluruh dunia. baginda telah mengaturkan strategi dengan menyuruh bala tenteranya menolak kapal laut keatas bukit dan kemudia menggelungsurkan kapal itu melepasi rantai besi yang direntangkan ditengah laut oleh musuh.



dan selepas melepasi halangan tersebut, tenteranya telah berjaya membedil kota itu dan menaklukinya. Baginda adalah sebaik-baik raja yang memiliki sebaik-baik tentera.



Rujukan :




:: kehebatan mereka bukan hanya untuk dikenang,
kehebatan mereka perlu kita perjuangkan.

4 comments:

Ain Zulaikha said...

thanks share :) salam maulidur rasul :) berarak tak?

manggosteen said...

sama2..salam maulidurasul juga..
berarak hari jumaat ni kot..sambutan kat kolej..

Fahmi Raazali said...

huhu... aku pg bantai tidur sampai tgh hari lepas subuh semalam... :-)

manggosteen said...

ahahaha..teruk tol ko..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails