manggester

Sunday, October 24, 2010

Aku tak bias!

semalam petang sebelum aku bertolak ke johor bahru, aku sempat menonton sedikit sessi apa ntah kat persidangan umno kat tv3..pastu aku ada dengar salah seorang yang buat ucapan tu katanya, dia menyarankan agar ada satu majlis ulama umno ditubuhkan..katanya majlis ulama tu bertujuan untuk menyelaraskan setiap fatwa atau kenyataan yang dikeluarkan oleh parti pembangkang yang berkaitan dengan isu agama..

pada pandangan aku,berdasarkan kepada pernyataan mamat tu erm..jap aku cari kat paper nama beliau) haa..dah jumpa..namanya Fathul Bary May Jahya wakil dari Perlis tu merupakan satu pernyataan yang berat sebelah..sebab ,bagi aku..majlis ulama ini bertujuan untuk menyelaraskan apa yang pihak pembangkang keluarkan saja..bagaimana dengan fatwa yang konon-kononnya benar yang dikeluarkan oleh ahli umno sendiri?

aku nampak sekarang ni ahli politik malaysia ni dah macam nabi lak..masing-masing mengeluarkan fatwa berdasarkan kepentingan peribadi..bila ada saja sesuatu kes, diorang akan memberi pendapat mengikut kepentingan mereka tanpa berdasarkan kepada ajaran islam..bagaimanalah negara kita nak maju kalau pemimpin-pemimpin kita bersikap sedemikian..

hurm..buat masa sekarang ni aku sudah pun mendaftar sebagai pengundi..dan sekarang adalah masa untuk aku meneliti mana satu pemimpin yang betul-betul berjuang untuk agama,bangsa dan negara..tapi ia masih samar..mana satu pilihan aku?biarlah ia menjadi rahsia..


rujukan : berita harian
"aku tak bias"




:: aku ke jb semalam untuk menonton game
bola sepak antara johor fc dan negeri
sembilan..tapi sayang johor fc tewas..

6 comments:

Fahmi Raazali said...

aku baca berita pun mcm tak puas hati je dgr... pasal ulama umno tu... macam gunakan agama untuk politik pulak...

patutnya agama tu yang guide politik... erm... tak tau la mcm mana nnt....

tak sokong kerajaan ada yg kata tak bersyukur la... bla...bla...blaa..blaa...

tp bila tgk pemimpin kita tu pulak... mcm tak boleh pakai... tak kan nak sokong dia org jugak... klu macam tu sampai bila pun dia xinsaf...

dia org tu dah masuk comfort zone... mungkin nnt bila kerajaan jadi pembangkang dan pembangkang jadi kerajaan... baru dia nk sedar agaknya...yg dia org tu keje utk rakyat... klu sebut bahasa kasarnya... dia org tu kuli rakyat...

sekarang ni klu cakap lebih2 sikit nnt mula la kena saman la... kena tahan ISA la... buruk kan nama la... dll...

sebab kita sayang la kita tegur... tak xsayang boleh je cakap... pegi mati la... peduli apa aku...

hehe... politik ni kotor la...

manggosteen said...

tol tu..politik malaysia memang buruk..
tak boleh terima kritikan..diorang saja betol..
bila dah telingkup mula ckp org yg jatuhkan..
sendiri tak sedar diri!

Tieah Madian said...

Tahun ni aku akan mengundi utk DUN swk..
1st time..
X sbr rasenye..
Hehe..
Sk dgr penggulungan dr Presiden Umno..

manggosteen said...

tieah: jalankan tanggungjawab anda..
haha..

semoga apa yg presiden tu ucapkan dpt dia laksanakan!

Paria Perawan said...

Skang dah mmg camni
media massa pun byk bias ke government.
Bg rakyat yang terpelajar
kita tak tertumpu dan bergantung
pada 1 medium penyampaian berita
macam Utusan. Berita Harian.
RTM or media prima.
Kita kena bijak guna saluran alternatif.
Jgn dgr berita just untuk
1 pihak dgr ke2 pihak then
baru kita boleh bezakan.
Jgn jadi rakyat yang mudah kena kencing.!

manggosteen said...

Paria Perawan : yup...betol tu..
tapi bagi org yang kurang bijak mencari maklumat,diorang akan sentiasa terkongkong dengan tv semata..
diorang akan percaya bulat2 apa yg keluar kat tv tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails