manggester
Thursday, October 24, 2013
ketentuan
Aku tak akan pernah salahkan kau untuk semua ini.
Dan aku tak akan pernah untuk salahkan diri sendiri untuk semua ini.
Aku harap kau dan aku anggap, semua ini ketentuan tuhan.
Monday, March 4, 2013
aku lapar
tadi aku lapar sangat.
aku pergi mid valley.
aku makan dekat subway.
lepas tu aku dah kenyang.
aku bayar parking dekat mesin.
aku lupa kereta dekat mana.
aku pusing-pusing,
aku pusing-pusing,
aku lapar balik.
aku naik atas aku beli durian crepe.
aku dah ingat aku parking dekat A43.
aku turun dan balik.
Friday, February 8, 2013
jem
"hui..teruk betul jem kat batu 3 tadi.ada kereta tengah jalan",rungut kamal sebaik saja tiba di kantin.
"eksiden ke?",soal aku.
"kereta dengan motor.sejam lebih sangkut", balas kamal.
"alah.dulu aku dari jaya gading sampai pancing empat jam lebih.lagi hebat",sampuk megat.
"apa dengan apa eksiden?",soal aku sekali lagi.
"bukan eksiden.aku singgah kedai wak lan main carrom.tu yang lama tu", jawab megat selamba.
"cilake", sungut aku dan kamal serentak.
Sunday, February 3, 2013
emo
semalam chelsea kalah dengan newcastle.
demba ba kena terajang sampai patah hidung.
jadi sekarang aku tengah emo.
cucur ikan goreng
tengah hari sebelum sembahyang jumaat aku lepak rumah geng-geng bujang kilang aku. bau cucur ikan bilis menusuk hidung.
"peh..memang langkah kanan ni", sergah aku tanpa bagi salam.
"assalamualaikum", sambung aku lepas aku rasa kurang beradab masuk rumah orang yang ada makanan tanpa beri salam.
"makan-makan. cucur ikan bilis for lunch", ayat bob yang aku olah sikit biar nampak stylo untuk aku tulis dalam blog.
tanpa membasuh tangan aku ambil cucur dan colek sos cili jenama kimball yang dituang dalam mangkuk.
"kau pernah makan cucur ikan goreng?", aku saja tanya untuk alih kan perhatian diorang dari gelojoh sangat makan cucur tu.
"cucur ikan goreng? camne tu?",sampuk uda.
"biasanya ikan goreng yang tak habis untuk lauk semalam, dicubit-cubit pahtu campur-campur tepung, buat cucur", jelas aku.
"tak pernah ada pun kat rumah aku",ulas bob.
semua diam seketika dan tenang-tenang habiskan cucur dalam mulut.
"memang la tak pernah ada ikan goreng lebih kat rumah kau tu bob. tengok badan pun dah tahu.tak pernah ada ikan goreng lebih.sekali hadap je dah habis ikan semuanya", bahan ali kepada bob.
bob hanya sengih tanpa membalas.bob akur dengan kenyataan itu.
tengah hari tu aku sampai masjid untuk sembahyang jumaat time orang dah angkat takbir.aku slow-slow pusing balik,sembahyang zohor dekat rumah.aku tengah rasa bersalah lagi ni.
Thursday, November 29, 2012
bolo
semalam aku tengok bolo.malaysia lawan sama laos.aku minta-minta malaysia kalah.tiba-tiba tanpa diduga malaysia menang.aku tak ada mood ni.
lepas tu aku bangun pukul 3.45 pagi.ingat nak tengok bolo chelsea lawan sama fulham.aku ceroboh rumah matjan.tapi chelsea seri lagi.aku tak ada mood ni.
jangan ada siapa-siapa sembang pasal bolo dengan aku hari ni.aku tak ada mood ni.aku terajang kang.
sampai aku ada mood balik nanti aku kasi tahu.kau orang jangan gusar.
Wednesday, November 28, 2012
buat apa?
sebenarnya aku ni jenis malas nak main mesej dekat facebook. tapi tadi aku terasa nak mesej la member lama masa time belajar dulu. nak juga tahu perkembangan dia sekarang lepas bergraduasi bulan lepas.
"oi. kau ada mana?", aku mulakan mesej.
"buat apa sekarang?", sambung mesej aku.
aku memang selesa mesej guna ayat skema macam tu.ejaan penuh melambangkan aku ni memang pengguna bahasa melayu yang baik.
tak lama selepas itu member aku itu pun balas mesej aku.
"aku kat mekdi ni.",
"ngah makan", balas dia ringkas.
aku malas cerita panjang,terus aku log out.
tak hormat orang palestine betul member aku ni.
tapi aku dengar prosperity dah ada eh kat mekdi?
aku nak usha kejap esok lusa.
kau orang jangan makan mekdi,biar aku sorang je makan.
Saturday, November 17, 2012
Saturday, September 8, 2012
durian runtuh
hari ini zainal bakal mendapat lesen memandu.dia berjanji dalam hatinya,kalau dia berjaya,dia nak sedekahkan durian kepada orang ramai.
Maka dengan tenang,zainal berjaya mendapatkan lesen tersebut.tanpa menunggu matahari terbenam,zainal terus menghubungi ibunya untuk menyampaikan berita sensasi ini.
Tanpa basa-basi ibu zainal telah pun memberitahu seluruh penduduk bandar.berita ini tersebar lebih cepat dari berita perdana menteri menyampaikan bantuan rakyat 1 Manggesia (BR1M).
maka berbondong-bondonglah penduduk negara Manggesia nak melihat zainal memandu.yang berlari,yang merangkak,berkerusi roda,berbasikal roda 3 turut berkejar-kejar kearah padang dihujung bandar.
Setibanya di padang,semua penduduk bandar tercari-cari zainal.'hey,dia dapat lesen kapal terbang lah,'jerit ibu zainal sambil menghalakan jari telunjuk keudara.
tak semena-mena zainal melepaskan buah durian yang diniatkan untuk bersedekah.besar hati zainal bila mendengar mereka menjerit kegembiraan.tercapai niatnya untuk menabur durian kepada orang ramai.bak kata rais, 'janji ditepati'.
Dengan perasaan berbunga-bunga Zainal berlalu pergi dan membiarkan seluruh penduduk Manggesia lemas bersama 'durian runtuh' mereka.
Tuesday, August 14, 2012
bahang
bahang mentari menceroboh tembok rumahku
perlahan-lahan ia mejamah tubuhku yang sedang terlentang
semakin lama,
semakin perit kulit ini
tak rela rasanya bahang ini terus membakar lemak dibawah kulit
tak sanggup membiarkan satu badan dihangatkan
aku mencari punca air
petang ramadan yang hangat harus diredakan dengan sapuan air di empat anggota.

offday
termenung aku di beranda rumah.sekali-sekali aku kuis kuku yang terjatuh di tangga lepas aku potong tadi.
'menung makwe kat tepeng ke cik zul?',suara kak miah sebelah rumah memberhentikan lamunan aku.
'haha.takde la.baru lepas kepit kuku ni',aku jawab sambil melihat kuku sendiri.
'ingatkan teringat buah hati kat kampung.ye la.kan jauh kuantan ngan taiping tu',ayat kak miah ni dia dah guna time pertama kali dia tegur aku lepas aku berpindah ke sini.
'haha',aku hanya ketawa.tak ada jawapan sebenarnya dalam benak fikiran aku tentang hal ini.
Tak lama kemudian kak miah masuk semula ke rumah.mungkin kerana bosan dengan jawapan haha aku tadi.
Lalu aku pun masuk semula kerumah dan menaip entry ini.off day dihari selasa ni bosan juga rasanya.
bangang
kadang-kadang aku rasa bangang aku ni sama bangang macam hafiz dalam awek chuck taylor tu.
ah..bangang lah!!
Monday, August 6, 2012
3benda
'gaji mu berapa rul?', soal Syuk dengan sedikit sleng pantai timurnya.
'sikit je.tak banyak pun', balas Sharul sambil menyuap nugget mekdi ke mulutnya.
'bagitau la.basic mu berapa?', soal Syuk lagi.
Sharul menghabiskan kunyahan nugget dalam mulutnya.
Aku perhatikan saja mereka berbual.
'weh.dalam hidup ni ada 3 benda kau jangan tanya kat orang.3 benda yang agak sensitif', Sharul mulakan bicara.
'mende?'.
'nombor satu, umur perempuan.nombor dua, pointer seorang jurutera dan nombor tiga yang ni la.gaji orang.',jelas Sharul.
'3 benda ni memang perkara yang amat sulit',sambungnya lagi.
Syuk mengangguk faham.lalu mereka kembali mengusha makwe-makwe yang lalu lalang kat mekdi teluk chempedak tu.

Tuesday, July 31, 2012
bungkusan 2
'mana ketupat?',mesej yang hantar kepada ayah aku.
Aku letak telefon bimbit dan aku berlalu pergi untuk mandi sebelum waktu berbuka.
Selesai mandi,aku jenguk telefon bimbit kembali.menanti jawapan dari ayah.
Tetapi masih tiada jawapan.
Tiga hari berlalu.aku musykil mengapa tiada tindakbalas dari ayah.
Aku seluk kocek seluar yang sedikit bocor kerana tertusuk pen minggu lepas.aku mencari mesej yang aku hantar kepada ayah.
Tiada mesej tersebut dalam sent item.tetapi ada dalam outbox.
Cilake,kredit habis.aku malas nak bicara lagi.petang itu aku topup dan telefon ayah.habis cerita.

Sunday, July 29, 2012
profesional
kedai kopi abang amin penuh setiap kali ada siaran langsung bola sepak. tak kira bola sepak tempatan mahupun bola sepak antarabangsa. malam ini perlawanan bola sepak wanita antara Brazil dan New Zealand untuk kejohanan olimpik.
"power betul tino ni main bolo",ulas ujang dengan sedikit.
"kat luo negara, diorang ada liga profesional diorang masing-masing.kalu lawan ngan oghe tino kito, memang kena lauk la.kalau lawan dengan harimau malaya pun silap-silap boleh kena tibai kito ni...bla bla bla..", abang amin membebel sendirian sambil membancuh kopi ais aku.lama dan tak henti-henti.
yang lain masih terpaku melihat aksi wanita bermain bolo sepok.aku tak pasti apa yang sebenarnya yang mereka tengok.

Wednesday, July 25, 2012
bungkusan
aku ambil bungkusan dari abg jie.dari gaya pembungkusan aku yakin bahawa itu hasil kerja ayah.
Sesampai saja dirumah,aku cepat-cepat mahu membuka bungkusan itu.teruja betul rasanya.mesti ayah nak buat seprais sempena hari lahir aku.
Aku merobek dengan kasar biar nampak bersungguh-sungguh.dalam fikiran aku,dalam bungkusan ini ada sampah sarap dan kejutannya ada sebuah kunci kereta ford.
Dalam balutan kertas minyak itu ada kotak tertulis yusof taiyub.tak semena-mena ada bisikan lembut datang,'yusof taiyub...'.aku abaikan bisikan itu.
Kotak itu dibuka.tapi aku hampa.bukan sampah sarap yang disepraiskan dengan kunci kereta.tetapi yang ada hanyalah serunding,kuih almond london dan baju raya.semangat apa yang dah merasuk ayah aku ni?semangat hantu raya ke?baru dua hari puasa dah pos barang-barang raya.
Aku capai telefon bimbit yang sedikit kurang pintar.dan aku taip,
'mana ketupat?'
*bersambung

Saturday, July 21, 2012
kebulan
'helo ni sapa ni',jerkah daniel,anak saudara aku tanpa sempat aku bagi salam.
'ni asu la',jelas aku.asu tu panggilan aku dikalangan anak-anak buah aku.kadang kala kalau yang pelat tu jadi 'acu' terus.
'oh asu.opah takde.pegi surau.ibu ada la',daniel faham benar tujuan aku buat panggilan ini.
Sempat aku berbual dua tiga rangkap dengan angah,ibu aku pun balik.sayup dari jauh aku dengar suara ibu bagi salam.
Seperti biasa konversasi aku dengan ibu berkisar tentang makanan,aktiviti harian, gosip-gosip keluarga sehingga soal puasa dan sahur.
'esok sahor makan apa?',sedikit bunyi sleng perak dalam soalan ibu aku.
'megi la.baru lepas beli megi ni.',memang aku baru balik beli megi pun.
'megi?beli la roti ke..biskut ke..ok la sikit.ada khasiat sikit',ibu sedikit membebel.
Aku hanya ketawa kecil tanpa membantah.
'ibu kalau sahor megi boleh KEBULAN tahu?',aku mendengar sambil mencabut plag charger henpon.
'untung la ibu dapat kebulan.tengok si muzafar tu,susah-susah training pastu naik roket nak pergi ISS.Ibu makan megi je dah boleh sampai kebulan',aku berseloroh.
'hish..kamu ni.tu ayah dah balik surau.nah cakap dengan ayah lak',ibu malas nak layan lawak ilmiah aku.
Last-last aku layan lawak ilmiah ayah lak.
*kebulan adalah merujuk kepada
'muntah'.aku pun pening dengan perumpamaan orang tua-tua ni.langsung tak masuk akal perihal muntah dan bulan.

Friday, July 20, 2012
cerita
ini cerita dua petang yang lepas.
Aku ada satu cerita.aku rasa kau orang patut tahu.ini kisah benar.
Aku baru balik kerja.belum sempat aku tongkat motor,aku teringat perihal pasar malam berhampiran rumah.tapi aku tongkatkan juga motor aku untuk aku tinggalkan helmet seberat celaka kat rumah.bak kata orang kampung 'pejadah pakai helmet kalau dah memang kepala batu'.tapi yang aku perasan,kebanyakan rider-rider malaysia semua tak pakai helmet.aku yakin mereka semua kepala batu.kalau tidak pun keras kepala.
Lupakan hal kepala ini.sesampainya aku dipasar malam,aku terus berjalan dengan gaya mat belia.sempat juga aku angkat tangan kat abang zizan jiran aku.
Aku melewati satu per satu gerai yang ada.ada ketika aku bernyanyi kecil lagu zamani dan sharifah zarina yang berkumandang dari lori jual cendol.
Aku teruskan perjalanan sehingga aku tiba dipersimpangan berhampiran dengan motor aku.lalu aku keluarkan kunci dari kocek seluar dan menghidupkan enjin.
Sesampainya aku dirumah,aku terus baring disofa ready untuk berdating dengan tizakyah kat kinabalu.
Tidak lama kemudian,perut aku terasa lapar.dan aku mula sedar yang aku tak beli apa-apa di pasar malam tadi.
Maka,aku menyesal.nasihat aku kepada kau orang,jangan tak beli apa-apa dipasar malam.kelak kau akan menyesal.
Dikesempatan ini,aku nak ucapkan selamat berpuasa buat semua.kalau kau orang pergi bazar ramadhan pun,aku harap kau orang ikut pesanan aku ini.
Ok.cerita aku dah habis.

Subscribe to:
Posts (Atom)