manggester

Sunday, April 15, 2012

Sivik

Ahad. pagi ini tak seperti hari-hari lain. aku bangun lewat sedikit kerana aku tidak berkerja. ya, bak kata teman ditwitter aku "bangla pun lepak klcc la hari ahad". ahad-ahad lepas memang aku sibuk sikit menguruskan projek yang aku kendalikan. sampaikan keluarga aku datang pun aku terkejar-kejar ke pejabat.

hari ini aku nekad dengan misi memandikan motosikal ku yang telah tertunda sejak tiga minggu lepas. segala persiapan aku siapkan selepas semua kerja-kerja menyidai baju dibereskan. seluar lama aku yang telah koyak di kelengkang aku carik-carikkan untuk membuat kain lap.

ku siram motorku dengan berhati-hati. ku belai dia dengan penuh kelembutan dan ku gosok lingkaran tayarnya dengan penuh rasa cermat. aku melakukan ritual-ritual biasa yang dilakukan oleh mereka-mereka yang lain ketika membasuh motosikal dengan tertib dan tertil.

disaat aku ingin menjirus bagi membersihkan sabun-sabun di motor datang sekawan makcik cleaner sambil membawa penyapu lidi dan penyodok. "abang minta air", makcik cleaner itu membahasakan aku abang sedangkan dia sedar aku lebih muda darinya. "nah",aku hulurkan paip air tanda faham. mestilah dia minta air paip. tak kan lah dia minta air sirap sedangkan aku langsung tidak membawa air sirap.

sambil dia membasuh penyapu dan penyodoknya, dia dan rakan-rakannya ngobrol mengenai tabiat orang Malaysia. katanya orang-orang Malaysia ini tidak pandai membuang sampah dalam tong sampah. sedangkan tong sampah besar sudah disediakan. aku akui didalam hati. benar kata makcik ini. sering kali aku melihat orang-orang yang membuang sampah di luar tong sampah. kerana mereka sering kali hanya berdiri dari jarak jauh dan membaling plastik sampah dari situ. nasiblah kalau sampah itu masuk. tapi kalau tidak masuk mereka hanya biarkan sahaja.

" Malaysia ini kalu pandai membuang sampah, pasti ianya akan bersih", sepotong ayat dari mereka yang mengobrol. "bersih ini adalah Bersih, Enak, Rapi, Sihat, Indah, Harmoni!", tambahnya lagi. aku hanya senyum bila dia sekali-sekala memandang kearah aku. tapi terdetik dalam hati aku, dekat Indonesia sana semuanya pandai membuang sampah ke? malas aku nak bertanya kerana aku memang berat mulut sikit kalau nak menyampuk dengan makcik-makcik ni.

lama juga makcik itu membasuh penyapunya tadi. aku masih menunggu disamping motor aku yang sedang berlumuran sabun. sengaja aku gosok-gosok sedikit motor aku untuk mengelak dari sabun lebihan dalam baldi tersia-sia.

"nah dik paipnya", tiba-tiba dia mengembalikan paip aku semula dan membahasakan aku adik pula. cepat benar makcik ini menukar tanggapan. "adik buang sampahnya elok-elok ya", sempat dia berpesan kepada aku sebelum pergi bersama rakan-rakannya.

aih, perli aku ke..?

4 comments:

ainzoo said...

bukan perli. itu saling mengingatkan. hehehe

manggosteen said...

@ainzoo:ahahaha..tapi gaya dia jeling tu lain macam..

Fahmi Raazali said...

haha... orang bagi nasihat... dengar sajalah... suka atau tidak... cuba untuk senyum... itulah apa yang aku buat...

orang lain... aku tak pasti... :-)

manggosteen said...

@fahmi: ahahaha..kadang2 nasihat yg dia bagi tu salah org..aku ni org mempunyai kesedaran sivik yang amat tinggi tau..ahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails