manggester

Saturday, December 31, 2011

Bual Bicara Bersama Bos

setiap petang jam 5 pasti aku sudah di atas motor untuk pulang ke rumah. tapi kelmarin bukan seperti hari-hari biasa. bos aku telah membuat satu sesi Bual Bicara Bersama Bos pada jam 5. aku layankan sahaja. sekali-sekala pulang lewat tidak menjadi masalah fikirku.

setengah jam berlalu, program bual bicara ini masih tiada tanda-tanda hendak berhenti. dari topik kerja pergi ke topik projek hinggalah ke topik percutian beliau ke Jepun. disambungnya lagi dengan soal kesihatan dihari tua. aku keluarkan telefon bimbit dari kocek seluar. siot! hampir jam 6.15 petang. kalau ikotkan masa perjalanan inilah waktu paling ideal bagi aku pulang kerumah sebelum jam 7. kerana perjalanan selama 45minit adalah masa minimun untuk aku tiba di rumah.

jam menunjukkan pukul 6.30 petang. nampak gaya aku seperti akan terlepas drama Tentang Dhia episod akhir hari ini. aku mengeluh kecil tanda kecewa dengan program bual bicara yang dianjurkan oleh bos aku ini. lima minit kemudian program bual bicara ini pun tamat. lega! aku dan 3 lagi rakan sejawat pun mula beredar.

menurut perkiraan kasar aku akan terlepas drama itu hampir kepada 20 minit. ini boleh menyebabkan tahap keseronokkan untuk menonton mula menurun. aku start motor laju-laju dan segera memulas pendikit minyak.

tiba-tiba, tidak sampai 2 kilometer dari pejabat ada satu letupan kecil keluar dari ekzos motor aku. cilaka! dia buat hal lagi. aku menolak motor ke kedai berdekatan. pomen itu kata sudah nazak motor ini. tiada harapan untuk hidup melainkan motor ini diletakkan dibawah penjagaan rapi pakar. aku redha dengan keadaan ini.

aku lirik jam di telepon bimbit. 7.30 malam. memang aku terpaksa melupakan hasrat untuk menonton drama kegemaran aku itu. dan aku pulang kerumah malam itu dengan menggunakan motor rakan sejawat aku. sempat aku menjeling dikedai makan tepi jalan, Nora Danish sedang menangis dibalik pintu. Dhia, aku juga turut bersedih~

Tuesday, December 13, 2011

Lidi



"nak satay?", soal ayah ketika orang-orang dipasar malam sibuk membeli belah.

"ikut suka ayah lah", balas aku dengan bahasa kiasan. gila apa kalau tak nak satay.

"nah pergi beli satay campur 30 cucuk", arah ayah sambil menghulurkan wang kerana dia sudah faham sangat dengan bahasa kiasan lapuk aku itu.


dalam perjalanan pulang, dua lidi satay aku telah licinkan. kerak-kerak terbakar dihujung lidi pun aku kunyah. benar-benar syorga bila dapat satay biar pun di syorga nanti lebih dari satay yang ada.

lidinya aku simpan dalam kocek seluar trek. jangan dibuang. aku ada misi!

makan malam kami turut dihidangkan satay yang aku beli tadi. ibu membahagi-bahagikan satay itu 5 cucuk seorang. aku yang sudah memakan 2 cucuk tadi turut mendapat 5 cucuk. ibu hanya ambil 3 cucuk sahaja. "ibu bukannye gemor sangat satay ni. kamu amek le satay ibu tu" jelas ibu dengan tindakannya dan 3 cucuk satay dipinggannya hanya satay ayam kerana kata ibu giginya tidak kuat untuk mengunyah satay daging lembu.

sambil makan aku perhatikan sahaja lidi-lidi satay yang sudah dihabiskan isinya oleh semua ahli keluargaku. dua lidi tadi sudahpun aku simpan dalam laci baik-baik. seusai makan lekas-lekas aku kutip lidi-lidi tersebut. lalu kedapur untuk dicuci.

berbalik kepada misi aku. lidi-lidi satay adalah satu permainan pada waktu itu. aku yakin ramai juga yang menggunakan lidi satay untuk bermain. genggam secekak lidi secara menegak. dan kemudian lepaskannya. ambil seberapa banyak lidi yang ada tanpa menyebabkan lidi-lidi lain terusik. seronok tapi sering kali aku tewas kerana jari yang agak besar menyukarkan diriku.

Monday, December 12, 2011

Sudahlah





Sedih tetapi tetap optimis - Hendro Pleret



Azura







awak tipu saya, jangan berlagak baik macam malaikat! - zack

Wednesday, December 7, 2011

O.R.


Ombak rindu benar-benar menjadi fenomena buat masa ini. semua bercerita tentang filem yang diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh Fauziah Ashari. manakala filem ini diarahkan oleh Osman Ali.

setelah bertungkus lumus aku cuba menghabiskan pembacaan novel tersebut, maka aku berjaya khatam lebih kurang satu minggu sebelum filem ini ditayangkan. dan dikesempatan hari terluang aku semalam, aku telah pun menonton filem ini keseorangan.

suka untuk aku ulaskan sedikit mengenai filem dan novel ini. tetapi aku tidak mahu mengulas sepenuhnya mengenai jalan ceritanya, cuma aku ingin ulaskan sedikit perbezaan filem dan novel ini. memang terdapat perbezaan apabila sebuah novel yang mempunyai lebih daripada 70 bab dipadatkan dalam sebuah filem yang berdurasi 2jam.

  • Mak cik Hajar (ibu saudara kepada izzah) menghidap penyakit lumpuh dan tidak mampu bergerak sedangkan didalam novel Makcik Hajar merupakan seorang ibu saudara yang bersekongkol dengan suaminya, Pakcik Taha.
  • Izzah mengutip kucing ditepi jalan sebagai peliharaan, manakala didalam novel kucing peliharaan Izzah adalah hadiah daripada Hariz.
  • Hariz meyimpan Izzah disebuah villa tepi laut, sedangkan didalam novel Izzah di tempatkan disebuah apartment.
  • Izzah bekerja sebagai setiausaha kepada Hariz tanpa diceritakan terlebih dahulu Izzah melanjutkan pelajaran di Johor dan sempat bekerja sebagai Pembantu Jurutera seperti didalam novel.
  • Ketika Izzah hampir dirogol oleh Pakcik Taha, Izzah diselamatkan oleh Makcik Hajar dan ini sama sekali berlainan dengan novel yang mana Izzah diselamatkan oleh Mail.
  • Pak Dollah dan Mak Jah mengetahui perhubungan Izzah dan Hariz diwaktu siang manakala di dalam novel hal ini berlaku diwaktu tengahmalam ketika Izzah dan Hariz tidur bersama-sama dirumah Pak Dollah.
  • Seha merupakan kekasih kepada Hudhairi bukannya kekasih kepada Mail seperti didalam filem.
  • Filem ini disudahi dengan adegan diatas kapal layar sedangkan didalam novel ia disudahi dengan adegan Izzah dan Hariz sedang menonton Festival Filem Malaysia diVilla Sufiah.
  • Banyak watak tidak ada didalam filem contohnya watak Bunda, Musliha, Hazirah, Haniza, Pak Tap dan beberapa lagi watak lain yang kurang menonjol didalam novel.
akan tetapi perbezaan-perbezaan ini tidak sedikit pun merencatkan jalan ceritanya. cuma bagi mereka yang telahpun membaca novel tersebut akan merasa kurang umph! ketika menonton filem ini.

Monday, December 5, 2011

40 tahun gagal


Kisah 40 tahun kegagalan Harimau Malaya untuk menjejak kaki di Piala Dunia!


sedikit info mengenai buku ini:

buku ini ditulis oleh Lucius Maximus penulis bagi sokernet.blogspot.com serta ada beberapa lagi blog persendirian. buku ini ditulis berdasarkan kepada fakta dan sejarah sebenar bola sepak Malaysia dari tahun 1974 sehingga kepada sesi kelayakan Piala Dunia 2014 pada tahun 2011. yang mana skuad harimau malaya tewas kepada Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil.

buku ini juga memuatkan juga petikan-petikan daripada beberapa orang yang terlibat dalam sukan bola sepak seperti jurulatih-jurulatih pasukan, pengurus pasukan, pemain-pemain dan tidak ketinggalan adalah kenyataan daripada Sultan Bola.

buku ini amat berguna kepada seluruh pemain, pengurus, jurulatih , sultan bola serta seluruh rakyat Malaysia sebagai rujukan mengapa pasukan kita sering tewas dan hanya boleh dianggap sebagai jaguh kampung kerana hanya boleh menjadi Raja bola sepak Asia Tenggara.

ayat-ayat klise yang digunakan didalam buku ini benar-benar membuatkan setiap pembaca sedar bahawa bola sepak Malaysia masih sama sejak dari 40 tahun dahulu yang mana ketika itu Korea Selatan masih menjadi skuad belasahan pasukan negara. tetapi kini, Korea Selatan sudahpun pernah mendapat tempat ke-4 dalam kejohanan piala dunia.

ungkapan terbaik dari buku ini adalah " Kalau ada orang bertanya pada kamu, apa rasanya buat kerja selama 40 tahun tanpa sebarang hasil, suruh orang itu bertanya pada pasukan bola sepak Malaysia".



:: ainzoo, aku terpaksa menulis seperti esei kerana jari-jari ini terlalu ghairah hendak menaip.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails