manggester

Monday, December 5, 2011

40 tahun gagal


Kisah 40 tahun kegagalan Harimau Malaya untuk menjejak kaki di Piala Dunia!


sedikit info mengenai buku ini:

buku ini ditulis oleh Lucius Maximus penulis bagi sokernet.blogspot.com serta ada beberapa lagi blog persendirian. buku ini ditulis berdasarkan kepada fakta dan sejarah sebenar bola sepak Malaysia dari tahun 1974 sehingga kepada sesi kelayakan Piala Dunia 2014 pada tahun 2011. yang mana skuad harimau malaya tewas kepada Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil.

buku ini juga memuatkan juga petikan-petikan daripada beberapa orang yang terlibat dalam sukan bola sepak seperti jurulatih-jurulatih pasukan, pengurus pasukan, pemain-pemain dan tidak ketinggalan adalah kenyataan daripada Sultan Bola.

buku ini amat berguna kepada seluruh pemain, pengurus, jurulatih , sultan bola serta seluruh rakyat Malaysia sebagai rujukan mengapa pasukan kita sering tewas dan hanya boleh dianggap sebagai jaguh kampung kerana hanya boleh menjadi Raja bola sepak Asia Tenggara.

ayat-ayat klise yang digunakan didalam buku ini benar-benar membuatkan setiap pembaca sedar bahawa bola sepak Malaysia masih sama sejak dari 40 tahun dahulu yang mana ketika itu Korea Selatan masih menjadi skuad belasahan pasukan negara. tetapi kini, Korea Selatan sudahpun pernah mendapat tempat ke-4 dalam kejohanan piala dunia.

ungkapan terbaik dari buku ini adalah " Kalau ada orang bertanya pada kamu, apa rasanya buat kerja selama 40 tahun tanpa sebarang hasil, suruh orang itu bertanya pada pasukan bola sepak Malaysia".



:: ainzoo, aku terpaksa menulis seperti esei kerana jari-jari ini terlalu ghairah hendak menaip.

6 comments:

d_tieah said...

Perghhhhh.. Ko tak nak kasi aku ke buku tu??? Menarik je aku tengok..

ainzoo said...

apa isi dlm tu? habaq mai la sikit..xpyh tulis esei le..tu jaman U je..eheh..kau bg point2 penting..aku nk tau gak..


aku nk pomote kat kau satu blog ni..tu pun kalau ko xde lagi link blog dia tu..ala2 mcm conteng2 gak la (tapi aku lebih suka conteng2)..but dia ni, not bad ar..dh sah2 la dia pengkomik..salah satu watak parody KL Gangster tu..(p kat link blog aku..yg ada `masa kecil dulu`)

manggosteen said...

@d_tieah: aku pon ada satu je ni..bukan tanak bagi ko..tapi tempahan dari rakan2 terlalu banyak..semua tengah Q nak baca hahaha..

manggosteen said...

@ainzoo: nanti jap aku update entry ni..

aku dah usha2 blog tu..ok gak la..

ainzoo said...

hehe..trimas... :D..
Nnt ada masa, ada ketika, ko potostetkan untuk aku ye :)..nak gak aku baca daru kulit hingga ke kulit..

(ke, ade jual lagi buku tu?)

manggosteen said...

Aku dah tgk kat blog jual buku ni.tp dah habes ar.nant la bila rajin aku ftstat.haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails