manggester

Wednesday, December 7, 2011

O.R.


Ombak rindu benar-benar menjadi fenomena buat masa ini. semua bercerita tentang filem yang diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh Fauziah Ashari. manakala filem ini diarahkan oleh Osman Ali.

setelah bertungkus lumus aku cuba menghabiskan pembacaan novel tersebut, maka aku berjaya khatam lebih kurang satu minggu sebelum filem ini ditayangkan. dan dikesempatan hari terluang aku semalam, aku telah pun menonton filem ini keseorangan.

suka untuk aku ulaskan sedikit mengenai filem dan novel ini. tetapi aku tidak mahu mengulas sepenuhnya mengenai jalan ceritanya, cuma aku ingin ulaskan sedikit perbezaan filem dan novel ini. memang terdapat perbezaan apabila sebuah novel yang mempunyai lebih daripada 70 bab dipadatkan dalam sebuah filem yang berdurasi 2jam.

  • Mak cik Hajar (ibu saudara kepada izzah) menghidap penyakit lumpuh dan tidak mampu bergerak sedangkan didalam novel Makcik Hajar merupakan seorang ibu saudara yang bersekongkol dengan suaminya, Pakcik Taha.
  • Izzah mengutip kucing ditepi jalan sebagai peliharaan, manakala didalam novel kucing peliharaan Izzah adalah hadiah daripada Hariz.
  • Hariz meyimpan Izzah disebuah villa tepi laut, sedangkan didalam novel Izzah di tempatkan disebuah apartment.
  • Izzah bekerja sebagai setiausaha kepada Hariz tanpa diceritakan terlebih dahulu Izzah melanjutkan pelajaran di Johor dan sempat bekerja sebagai Pembantu Jurutera seperti didalam novel.
  • Ketika Izzah hampir dirogol oleh Pakcik Taha, Izzah diselamatkan oleh Makcik Hajar dan ini sama sekali berlainan dengan novel yang mana Izzah diselamatkan oleh Mail.
  • Pak Dollah dan Mak Jah mengetahui perhubungan Izzah dan Hariz diwaktu siang manakala di dalam novel hal ini berlaku diwaktu tengahmalam ketika Izzah dan Hariz tidur bersama-sama dirumah Pak Dollah.
  • Seha merupakan kekasih kepada Hudhairi bukannya kekasih kepada Mail seperti didalam filem.
  • Filem ini disudahi dengan adegan diatas kapal layar sedangkan didalam novel ia disudahi dengan adegan Izzah dan Hariz sedang menonton Festival Filem Malaysia diVilla Sufiah.
  • Banyak watak tidak ada didalam filem contohnya watak Bunda, Musliha, Hazirah, Haniza, Pak Tap dan beberapa lagi watak lain yang kurang menonjol didalam novel.
akan tetapi perbezaan-perbezaan ini tidak sedikit pun merencatkan jalan ceritanya. cuma bagi mereka yang telahpun membaca novel tersebut akan merasa kurang umph! ketika menonton filem ini.

4 comments:

ainzoo said...

aku tumpang baca kat kawan..tapi dah lupa jalan cerita..eheh (tapi gatai mau komen..boleh gitew?)

Aku mmg prefer baca buku cerita rather than tengok cerita yg difilemkam/diteaterkan since ramai orang berpendapat sama dengan ko...

(Same goes to Badai Semalam yang dibuat teater baru2 ni ... sama juga dengan Legenda Budak Setan..aku lagi puas baca buku nya :)-teringat kenangan ponteng kelas & nyorok di library sekolah semata2 nk baca buku ni..cehhh :P)

~ mahu layan Ong Bak..ehehe~

manggosteen said...

@aiinzoo: ko memang suka komen.haha

serius aku semangat habeskan baca buku tu sebb nak kasi feel bila layan muvinya.lagi2 kalau lisa surihani berlakon..ahahah

Ong bak kasi lutut..haha

Marcella said...

dah baca sambungan ceritanya ke???novel tu ada sambungannya..hehehe.. :)

manggosteen said...

@Marcella: yg kedua baru baca sikit..tapi macam takde feel nak baca..tunggu nak kuar filem baru baca ..hahahaha..lagipon macam lebih byk kepada masalah keluarga la yg kedua tu..bosan sket

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails