manggester

Monday, October 17, 2011

Vokal Bukan Sekadar Rupa | komenku

semalam aku menonton sebuah rancangan kejar glamer yang terbaru. vokal bukan sekadar rupa. bukan aku nak sangat menonton rancangan itu, tapi disebabkan ayah aku yang mahu menonton aku layankan saja. walaupun baru selepas dua peserta menyanyi ayah aku dah mula menghidupkan enjin bahteranya. perkara biasa bagi ayah aku apabila menonton televisyen.

aku teruskan menonton rancangan itu walaupun dalam hati mahu tukar saja saluran televisyen itu kepada saluran bola sepak. tapi risau pula kalau-kalau ayah aku terjaga dan mahu menonton rancangan itu semula. dari awal rancangan itu aku sudah mula meluat apabila melihat salah seorang juri rancangan tersebut memakai siput ala-ala 'gary the snail' diatas kepala. macam harem.

bertambah meluat apabila mendengar sembangan-sembangan bangang dari pengacara dan juri mengenai istilah untuk membahasakan diri. aku, saya, gua, ana. sungguh tidak menghiburkan. perkara-perkara seperti itu tak perlu diselitkan dalam rancangan nyanyian seperti ini.

ditambah-tambah lagi meluat apabila komen juri lebih bersifat seperti lalang. tiada pendirian dan mudah terpengaruh dengan juri lain. sebagai seorang penyanyi yang profesional, tak sepatutnya dia mudah terpengaruh dengan juri lain. sikap berbelah-belah-belah bahagi seperti itu adalah menunjukkan mereka tidak layak untuk menjadi juri.

bagi aku, ada beberapa peserta yang tidak sepatutnya terpilih malam ini. walaupun aku tiada pengalaman dalam industri muzik ini, tapi para penonton seperti aku juga bijak memilih. satu-satunya peserta yang aku rasa memang layak adalah peserta terakhir tetapi salah seorang juri menyatakan suaranya bagus tapi terlalu 'common'.

come on lah. janganlah jadikan rancangan itu seperti suatu drama yang dirancang. juri pertama berbincang dengan juri kedua kemudian memberikan jawapan yang berlainan. sedangkan mereka yakin bahawa juri ketiga pasti memberikan jawapan positif kepada peserta itu kerana peserta itu memang layak berdasarkan kepada persembahannya.

aku cadangkan agar setiap keputusan juri tidak diketahui oleh juri-juri yang lain. barulah tiada rasa berbelah-belah-belah bahagi seperti malam ini. selain itu lalang juga dapat ditebas dengan sebaik-baiknya.


:: harap-harap mingu hadapan ayah aku tak mahu menonton rancangan ini. kerana kalau ayah aku mahu menontonnya, maka aku terpaksa menonton juga. juteru itu, aku bertambah meluat dengan rancangan itu. sekaligus akan menyebabkan aku akan mengkomen lagi minggu hadapan.

3 comments:

ainzoo said...

xpe kalo bapak ko tgok lagi program tu.. then, ko pun ble wat entry komen lagi pastu...& aku pun ble la komen kat ruangan ni..tehehehehe


biasala..aku jelak tgok siaran reality tv cmtu. better lg kalo aku tgok citer Incik Span Suar Kotak :)

Marcella said...

bagus gila ayah nak tengok rancangan gitu...tapi rancangan macam tu memang tak best pun..

p/s:minggu depan tukar channel awal2 pastu sorok remote..=)

manggosteen said...

ainzoo : ahahaha..spanbob memang style..


Marcella: ayah aku mmg ske tgk rancangan nyanyi2 ni..ada darah seni nyanyian dlm diri dia..ahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails