manggester

Friday, October 21, 2011

letup


aku lihat iklan di-televisyen. sekali dia gigit habis meletup semua cili. habis bergelimpangan semua limau, rempah ratus dan segala macam lagi digolek-golek bersama ayam kriuk-kriuk rangup.

aku tak puas hati. aku mahu mencuba. berdebar di depan kaunter pesanan. aku pesan set 'pinggan makan malam'. ada tiga ketul ayam. aku bahagi satu setengah seorang bersama abang aku.

gigitan pertama. aku menanti letupan cili. satu minit, masih tiada juga. aku menggigit untuk kali kedua. satu minit enam puluh saat aku menanti, masih tiada gelimpangan rempah ratus bersama-sama ayam kriuk-kriuk rangup. aku sabar.

aku gigit bersama-sama dengan abang aku dengan harapan bumbung restoren itu akan terangkat beserta dengan bunyi letupan yang maha dasyat. tiga minit dua belas saat tujuh detik aku menunggu. masih tiada apa-apa yang terjadi.

aku rasa teraniaya. ditipu hidup-hidup oleh iklan berbayar di-televisyen. ingin saja aku adu-kan kepada biro pengaduan Gerakan. tetapi aku sedar bahawa televisyen adalah salah satu medium penipuan dunia.

aku pulang hampa. biarpun perut ini sudah terisi, tetapi tiada satu letupan pun yang berlaku. yang aku rasa adalah hati yang mahu meletup menahan kesabaran. siap kau iklan televisyen. aku sudah tidak percaya padamu lagi.

7 comments:

Tieah Madian said...

Giler!!! Hahaha.. Biasalah.. Itukan strategi pemesaran.. Kau tahun, saje pura-pura nak buat sakit hati diri sendiri kan??? Hehehe..

ainzoo said...

ko kalo nk letup, lebih baik ko ajak abang ko makan meriam ke, piuk api ke, yang tu dah sah2 la meletup kebabom... :)


aku xheran tu semua... cuma yang aku teringin Mekdi Kemakmuran... =.=` ... boleh tahan pedasnya ... sbb kebiasaannya, aku akan tambah lagi 5-6 peket lada hitam walaupun Mekdi Kemakmuran tu telah sedia banjir dgn sos lada hitam... Pernah satu ketika,bahana serbuk tu terbubuh banyak, perut aku boleh terasa letupan2 kecil seperti larva gunung berapi yang tggu untuk meletus...hihihi :)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

eh! ayat yg last tu macam lagu sheeda dangdut la.. 'aku sudah tidak pecaya pdmu lagi.. la3..' ewah..! ;P

manggosteen said...

tieah: ahahaha..aku mmg tak tahu pon..aku mmg nak try..tapi terkena tipu ngan iklan tu..ahahah

manggosteen said...

ainzoo: haha..kalau mkn periuk api kompom arwah dah..tak yah nk tunggu dah..ahahah..oh..kemakmuran mmg terbaik wok..

manggosteen said...

Areleez:hahaha..mmg pon..layan dangdut sket..hehe

Marcella said...

rasa plastik pun ada..bek lagi la hot n spicy..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails