manggester

Thursday, October 13, 2011

menakutkan orang


suatu tengah malam yang sunyi:

aku klik satu blog dengan tajuk entry-nya 'TERJUMPA BENDA AJAIB DI GOOGLE SEARCH'. aku amat tertarik. penulis blog itu ada berkongsi satu ilmu yang menarik. disebabkan terlalu tertarik dengan entry itu, aku pun segera mengikut langkah-langkahnya. (anda dinasihatkan supaya tidak mencuba)

Langkah-langkah:
1. Pergi ke google search.
2. Taip perkataan : mov0001.swf
3. Klik search.
4. Klik link yang paling atas sekali dan lihatlah keajaiban di google.

secara tiba-tiba selepas semua langkah-langkah aku turuti, keluarlah satu imej hodoh seperti hantu (gambar diatas) menjelma di skrin komputer ditambah dengan bunyi jeritan yang amat kuat. sebab ini aku nasihatkan anda semua supaya tidak mencuba.

aku agak terkejut juga. kerana disuasana sunyi sepi malam itu dikejutkan dengan suatu imej sebegitu. segera aku menutup imej itu. aku terfikir, jika aku terkejut, mungkin orang lain juga menerima nasib yang sama. dalam hati aku amat menyumpah-nyumpah penulis blog itu. mungkin dia merasa seronok kerana dapat menakut-nakutkan orang lain. tetapi dia tidak sedar ada dikalangan orang yang terkena amat marah dah menyumpah seranahnya.

kepada mereka yang suka mengenakan orang lain dengan cara menakut-nakutkan ini, aku jumpa satu ilmu hendak dikongsi:

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (H.R. Thabrani)


:: fikir-fikirkan dan selamat beramal!
:: aku mula sedar yang mana menakut-nakutkan orang ini adalah sesuatu perkara yang amat keji.

7 comments:

merahitujambu said...

xmoh laa buat...nnt x pasal jerit kt ofc ni plak

Liyana Deli said...

hahahaha
sumpah xnak cube

manggosteen said...

haha..jgn cuba..aku dah bagi amaran keras dah tu..

Marcella said...

erk..memupuk keberanian untuk mencuba...=)

Unknown said...

HR skang mangges yerk.. mesti skang dok umah banyak blajar hadis nie.. thumbs up!!! :)

manggosteen said...

Marcella: ahahha..cuba la..pastikan sound dipasang kuat2..duduk sorang2..

Muhammad Farid: ye la..tunggu HR dari ko dah takde..kena la aku study sendiri..

Unknown said...

Bagus-bagus ges... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails