manggester

Monday, October 10, 2011

bola tak berkat


suatu ketika dizaman rambutku masih disikat oleh ibu.

sekumpulan kanak-kanak bermain bola. Saiful membawa bola hampir keluar kawasan permainan. zaman itu bermain bola dipadang sekangkang kera tanpa garisan pemisah kawasan permainan memang menyeronokkan.

" out..out..", jerit salah seorang pemain lawan.

" mana ada out. tak keluar lagi ni", balas Saiful menegakkan tindakkannya.

" out dah la", pemain lawan tegas dengan pendiriannya.

Saiful merelakan pihak lawan mendapat lontaran kedalam oleh Ramli. kepada Ali yang menggelecek, terjatuh pula Ali kerana tersadung kaki sendiri. bola kembali keluar dari kawasan permainan.

" itulah 'bola tak berkat'. kan dah out balik", tegur Saiful kerana masih tidak puas hati dengan keputusan tadi.

pihak lawan akur dengan keadaan.

anda faham apa itu bola tak berkat? pada zaman itu bola tak berkat merujuk kepada sesuatu keputusan yang samar-samar, tetapi disahkan dengan tanpa persetujuan kedua-dua belah pasukan. apabila permainan dimulakan semula, sesuatu keadaan dimana pihak yang tertindas mendapat kelebihan semula. itulah dinamakan bola tak berkat.



4 comments:

Paria Perawan said...

mcm berdaulat la ni?
hahahaha

manggosteen said...

@Paria Perawan: ahahaha..lebih kurang ar..ko dulu kecik2 pon mesti camni gak kan?

ainzoo said...

aku ingat, kawan2 aku je yang guna istilah ni.... kikiki

membuatkan aku terpikir keunikan zaman `rambut masih disikat ibu`..walopun kita tak pernahnya nk bjumpa masa kekecik (and even smpi sekarang), rata2 share benda yang sama. Kul izen it? :) ..Pemikiran budak2, falsafah budak2, boleh dikatakan sama. Plus, kolo bgado pun, sekejap je... esok dah ble main sama2 semula...


p/s: ko kalo rajen, g ar gak kat blog conteng conteng. Suke dowh g kat situ... suke dgn flashback masa kekecik masa zaman tu

manggosteen said...

@ainzoo: ahahaha..semua zaman itu lebih kurang je..zaman suke berlawan2..kalau sorang ada barang tu,kita pon nak gak..

conteng2 mmg dlm bloglist aku pon..mmg selalu g sana..aku ada buku conteng2 edisi pertama..yg kedua tak beli lagi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails