manggester

Friday, September 30, 2011

murtabak mee segera masterchef penganggur


ditengah keterikan matahari aku keluar. tujuan utama adalah untuk menghantar resume kebeberapa buah kilang disekitar subang jaya. setibanya aku disebuah kilang pemprosesan besi aku berhenti. 'jaga' warga indonesia sedia menunggu dipintu pagar. 'selamat petang', aku menegurnya. aku keluarkan sampul surat berisi resume dan serahkan kepadanya. 'mau diapaan ini?' , soalnya tanpa sempat aku berkata. 'tolong pass pada human resources department', balas aku. 'abang hanter sendiri di opisnya. sana tu', arahnya sambil menunjukkan arah pejabat. 'ok', jawapku ringkas.

seorang gadis penyambut tetamu yang manis senyumnya berada dimeja penyambut tetamu. aku berikan sampul surat tadi kepadanya selepas bertegur sapa. 'resume ke?', soalnya. 'aah', jawabku sambil mengangguk. 'ok, nanti saya pass pada HR', jelas penyambut tetamu itu. 'ok terima kasih', balasku. inilah kerja sementara aku setelah menjadikan diri ini sebagai salah seorang penganggur di Malaysia ini.

pulang kerumah masih terasa bahang mentari. perut juga terasa bahangnya. aku capai sebungkus mee segera. dua biji telur dan meracik-racik bawang merah serta bawang putih. aku tambah beberapa tangkai cili padi kerana tanpa kepedasan, tiada kepuasan. aku celur mee segera terlebih dahulu. dan kemudian mencampurkanya bersama-sama telur serta perencahnya. kuali telahpun dipanaskan bersama-sama dengan minyak. tuang mee segera tadi bersama telur. 'murtabak mee segera' telah pun siap. aku rasa aku sesuai untuk menjadi seorang chef berbanding mencari kerja sebagai seorang pekerja teknikal. juga tidak salah untuk aku menyertai masterchef yang amat popular ditelevisyen sekarang ini.



:: giat mencari kerja

4 comments:

Unknown said...

Perghhh!!!! x wat lebih utk kengkawan yerk.... :)

manggosteen said...

@Muhammad Farid : megi ada sebungkus je tu..dah abes pon..beras pon abes dah ni..hahaha..

ainzoo said...

apsal org lelaki mmg xle nk tinggal telur ayam eh? hmm..dont get me wrong..aku tak maksud kan telur yang itu..cuma aku pelik ..kawan2 yang kat sini mmg telur ayam tu satu kemestian dalam makanan..nasi goreng buh telur, buat tumis air pun buh telur, masak megi buh telur,wat sandwich pun selit telur skrembel tu.



weh..kalau ko baca ni, emel aku sat... ainzoo@gmail.com.. Thanks

manggosteen said...

@ainzoo: ahaha..telu ayam mudah ..simple..murah..ahaha

nanti aku mail ko..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails