manggester

Friday, September 9, 2011

baju raya kuning


satu hari sebelum raya.

aku buka almari baju dibilikku. aku tarik perlahan-lahan sepasang baju melayu kuning dari lipatan-lipatan baju yang lain. baju-baju lain turut tertarik keluar. ah! malas betul aku nak masukkan semula baju-baju lain yang terkeluar itu. aku gumpal-gumpalkannya dan perosokkan semula baju itu ke dalam almari.

aku cuba mengenakan baju melayu kuning itu. muat. cuma lengannya sedikit labuh. aku tunjukkan keadaan itu kepada ibu ku yang sudah berkali-kali berpesan kepadaku supaya mencuba baju raya itu. "mengapakah warna baju kamu ini lain macam sahaja?", soal ibu ku yang bersleng perak tengah tetapi aku ubah ayat soalannya disini.

aku kembali merenung baju yang aku kenakan itu. "entah!", jawab aku ringkas. "cuba kamu hubungi abang kamu, tanyakan warna baju melayu beliau.", arah ibuku. aku hubungi abangku yang tidak dapat balik beraya bersama tahun ini lalu bertanyakan tentang permasalahan ini. aku khabarkan kepadanya supaya menghantar gambar baju melayu beliau melalui khidmat pesanan ringkas bergambar. aku hendak bandingkan warna baju melayu aku dan warna baju melayu beliau. kerana warna baju kami memang serupa untuk tahun ini. juga saiz baju kami lebih kurang sama.

tidak lama kemudian ayah aku menjengah. aku sampaikan kesulitan yang berlaku. ayah aku hampir untuk menghubungi tukang jahit yang menyiapkan baju raya aku ini. "sebentar! dimanakah kamu mengambil baju ini?", soal ibu ku secara mengejut. "dalam almari lah" balas aku. "almari yang mana satu?", soal ibu lagi. "almari saya lah", jawab aku kembali.

ibu berjalan keluar dari kamarnya. menuju ke kamar hadapan dan membuka gerobok bedaun pintu dua. "ini baju kamu!",tegas ibu. "yang itu baju abang kamu 3 tahun yang lepas", sambungnya lagi. "oh. salah baju rupanya!", keluh aku sendirian.

"nasib baik ayah tidak menghubungi si tukang jahit, jika tidak, malu sendiri." kata ayah sambil menghelakan sedikit tawa kecil. lima minit kemudian khidmat pesanan ringkas bergambar dari abangku pun tiba. sudah terlewat. kekusutan sudah pun terlerai.

Salam Aidilfitri



pengajaran : kenali baju raya anda sendiri, juga kenali baju raya orang lain juga.

6 comments:

Marcella said...

ahaha..boleh pulak salah baju..macam2..=)

manggosteen said...

@Marcella :ahahha..

EmakSayeSuperb said...

gigss, apasal BM ngko macam KaramDiLaut? hahahamjdh

manggosteen said...

@EmakSayeSuperb: akakaaka..tetiba je aku rasa nk guna bahasa melayu tinggi. layan karam dilaut kat berita semalam..nasib baik ko tak nmpk tangan aku time menaip ni..siap terangkat2 lagi..ahhahaha

ainzoo said...

sbb tu gak adik2 aku xmo wat baju satu kayu :)

Are_Ngah said...

Cite lawak sebelum raya....huhuhu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails