manggester

Sunday, August 22, 2010

Tahniah!!adik orang pertama untuk tahun 2010..

gambarajah 1 : sekadar gambar hiasan..bukan adik ni yang dalam berita tadi.. (adik jaga jari tu)


congratulations..!!hanya itu ucapan yang keluar dari mulut aku tadi..sedang aku main game kat pc sambil mendengar buletin 1.30 kat tv3 tadi,terdengar satu berita tentang seorang budak putus jari kena mercun bola..dalam berita tu pun ada menyebut mangsa pertama untuk tahun ni..ini bermakna nama adik tu tercatat dalam Rekod Mangsa Mercun 2010 ..

gambarajah 2 : mercun bola

pesanan untuk adik-adik yang lain..sila main mercun secara berhati-hati ye..tapi bagi mereka yang mahu namanya tecatat dalam record, boleh la terus berusaha..satu lagi..budak-budak kat palestine putus tangan sebab bom..budak-budak malaysia (budak-budak bodoh) putus jari sebab mercun..

::teringat masa kecil-kecil (time takut-takut main mercun) aku cucuk mercun padi kat hujung lidi..kemudian pegang kat pangkal lidi dan bakar mercun tu dari jauh..teknik ini adalah paling selamat (tapi untuk mercun yang kuat-kuat jangan ambil risiko)..campak je jauh-jauh ye..amalkan lah..

Saturday, August 21, 2010

Tarik la..bukan tolak..




*perhatian,ini adalah entry pasal perkara yang memalukan aku petang tadi..haish..*

ehem..kan tadi kat entry nota-nota gila aku ada cerita yang angah aku nak datang..dia on the way nak balik kampung husband dia kat pontian..so,dia singgah jap jumpe aku sebab nak bagi daging masak rose (feberet aku tu) dan tiket bus untuk balik ke taiping..

angah aku soh tunggu kat kfc tadi (aku puasa ye td..jangan salah faham)..otw aku ke-kfc aku dapat mesej dari anagah yang menyatakan bahawa dia dah sampai..then,aku pun sampai dan park motor belakang kereta akak aku tu..

lepas salam ngan angah dan husband dia ,akak aku menghulurkan daging masak rose tu..dan abang zul pun keluarkan tiket bus aku tu..aku belek-belek tikt tu tertera harga rm70..hah!!tujuh ploh hengget??mentangmentang la nak raya..selalunya 50 lebih je..

gambarajah 1 : daging masak rose

gambarajah 2 : tiket bas jb-taiping (rm 70)

disini kisah bermula..

after that,aku pon pegi maybank yang berhampiran untuk withdraw duit tuk bayar tiket bus tu..sesampainya di hadapan maybank tu aku mengekori seorang akak masuk ke tempat atm..akak tu masuk dan melepaskan pintu..aku dengan tergesa-gesa terus capai pintu itu dan terus menolak kedalam..Tang!!!suatu bunyi terhasil daripada getaran yang aku buat tadi..kuat tol..

ops...pintu tu stuck la..sebab apa??dah pintu tu ada signboard tarik/pull..tapi aku pegi tolak..maka,seluruh orang kat tempat mesin atm tu memandang aku..halamak..malu siut..lebih kurang 8 pasang mata tertumpu kat aku..itu tak termasuk mereka yang bermata 4 lagi (orang pakai spek la)kalau campur-campur ,mau lebih spuluh pasang mata yang usha aku..

dengan muka yang agak me-merah *blush* aku tarik pintu tu dengan agak cool dan tunduk masuk kedalam..sekali ada pakcik kat tepi tu sound aku..tarik la..bukan tolak..atoii!!segannya aku..aku cume senyum je..

sampai sekarang aku masih terfikir..bodohnya la aku ni..orang dah tulis kat pintu tu pon tak reti nak baca..kan dah malu..mulai hari ni aku akan lebih rajin membaca signboard dipintu bank..kepada pakcik yang sound aku tu..terima kasih sebab sound secara slow-slow..kalau kuat-kuat tadi lagi segan la aku..haha..

NOTA-NOTA GILA


asslamualaikum..hye!!..hari ke-11 berpuasa..masih macam biasa aktiviti aku..bangun sahur..buka pc..check fesbuk..check belog ni..solat subuh dan erm..sambung tidor..hehe..sabtu kan~

then..agak-agak tengahhari sikit baru aku dapat mengangkat kelopak mata ni..itu pun sebab dapat call dari angah aku..dia nak datang tempat aku hari ni..nak hantar daging masak rose..humphh.. sedapnya..tak sabar nak tunggu berbuka nanti..

ok..lepas aku bangun aku terus tengok ke meja study aku (err..study la sangat)..ada satu sampul surat coklat tertera nama penuh dan alamat aku..dalam otak dah fikir mesti buku encik jayzuan ni..dengan agak cool aku mengoyak sampul tu..sah!!memang nota-nota gila..

lah!!kecik je bukunye..sekali tengok macam surah yassin lak..haha..aku terus membelek-belek helaian buku tu..aku terhenti kat helaian ke-2.."untuk jiwa-jiwa yang kacau"..aku belek-belek lagi..oh!lebih kurang macam diari..aku pun tak baca habes lagi..baru 1 dua muka surat je..nak komen pun tak boleh lagi..tapi nampak cam best..cuma ada sikit-sikit bahasa yang agak kasar..ye la..jiwa kacau..apa yang terlintas kat otak tu la yang tulis..


gambarajah 1 : nota-nota gila

sebenarnya aku nak snap gambar aku dengan buku ni..tapi tak mandi lagi la..malas la..tu yang snap kat fesbuk je tu..okeh..nak mandi dan nak baca nota-nota ni..jangan sampai gila sudah!



::masih belum dapat nak beli buku 28 hari jurnal rock n roll lagi..hold dulu sementara sedang mengurus ekonomi ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails