manggester

Friday, July 29, 2011

Singapura pura-pura


aku malas nak cerita banyak. rata-rata seluruh rakyat Malaysia kecewa dengan aksi pemain Singapura yang lebih banyak berpura-pura berbanding bermain bola sepak. bila tersentuh sikit saja, terus tersembam. kalau macam itu lah gayanya bermain bola sepak, jangan haraplah nak sentuh piala dunia, nak masuk piala dunia pun tak kan lepas.

aku tabik kat semua pemain-pemain Malaysia terutamanya Safee Sali, Amirulhadi, Khairulfahmi dan Kunalan. bahagian pertahanan masih boleh diperbaiki. tapi aku sedikit kecewa dengan Ismail Faruqi. walaupun kita tak layak keperingkat seterusnya, aku cukup berbangga dengan pasukan kita.







:: bergema stadium masa nyanyi lagu Negaraku!
:: tekak sakit, kepala pusing sebab lompat-lompat dalam stadium!
:: sokong skuad olimpik pula lepas ini.

7 comments:

ainzoo said...

Gua sebak beb masa kita dapat gol tu... xpe lah..kita kalah ngan maruah

Mario said...

tula...tapi kdg2 aku geram jgk sbb player kita sorang pun tak pandai pelakun...kena ada sorg pelakun sbnrnya.....

manggosteen said...

@ainzoo :haha..betul2..seronok dia lain macam wo smlm..walaupun kalah,kita tetap terbaik..

manggosteen said...

@Mario: aah..tu la pasal..tapi kunalan try berlakon..ref tak layan..last2 dia pass kat safee..terus sccore..memang best ar time tu..

merahitujambu said...

setuju sgt..singa import singapura-pura

Tieah Madian said...

Best tengok bola.. Tapi mulut aku mesti bising.. Lagi lagi masa jumpa Singapura pura.. Menyampah!!!

manggosteen said...

tieah: hahaha..padan la aku dengar bising je kat stadium..rupa2nya suara ko sampe stadium..akakka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails