"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggotaku untuk mengikuti segala ajaranMu, dengan cahayaMu wahai penerang hati orang yang bijak."
manggester
Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts
Thursday, August 18, 2011
Wednesday, May 11, 2011
Malaysia's Next Top Female Blogger 2011

di sini aku sebagai seorang lelaki tulen yang tidak boleh menyertai peraduan ini ingin mempromosikan peraduan 'Malaysia's Next Top Female Blogger 2011' kepada semua blogger-blogger wanita untuk menyertainya. blogger-blogger wanita perlu menyertai peraduan ini kerana peraduan ini agak unik. selain itu hadiah yang ditawarkan juga begitu menarik.
peraduan ini ada syarat-syarat yang telah ditetapkan dan peserta juga perlu menjawab beberapa soalan yang boleh mempengaruhi sandra azwan untuk anda mereka sebagai pemenang. cakap banyak pun tak guna. kalau anda rasa anda adalah blogger wanita, anda diminta untuk menyertai peraduan ini. tekan ini untuk sertai.
:: aku suka lepak blog sandraazwan sebab aku suka tengok fesyen-fesyen rekaannya.
Friday, May 6, 2011
BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011
Saturday, April 30, 2011
Segmen Weh! Halah, die bukan nak baca pun apa aku type

nak join? klik sini
kehadapan kawan-kawan sekuliahku yang dikasihi. tinggal beberapa hari saja lagi kita boleh berkumpul dan bergosip-gosip secara live. tinggal beberapa hari saja lagi kita boleh menpuk tampar secara body to body. tinggal beberapa hari saja lagi kita boleh bergelak ketawa bersahut-sahutan. kerana kita akan meninggalkan tempat ini dan mencari haluan masing-masing. melata diatas bumi mencari sesuap nasi buat diri serta demi orang yang tersayang. kita pernah rasa bahagia bersama, kita pernah rasa derita bersama. anggap lah ini satu kenangan buat selama-lamanya. semoga jalinan suci kita akan terus terjalin dengan eratnya. bak kata tivisembilan 'jauh dimata dekat dihati'. salam sayang penuh mesra dari mangges~
saya nak join bloglist aziluzdanhidupnya

aku dengan suka hati aku nak join bloglist beliau
aku nak taip sikit je sebab aziluz suruh taip sikit saja.
benda pertama yang aku pandang bila buka blog aziluz ialah..sebenarnya aku tak terpandang apa-apa pun. sebab biasanya aku akan buka dengan menggunakan new tab. so, memang tak nampak apa-apa kecuali dashboard aku. tetapi aku ada terdengar sesuatu lagu yang mengingatkan aku zaman sekolah dulu. lagu Creep by Radiohead. dulu memang gila-gila nak hafal lagu orang putih. konon-kononnya nampak kool sikit. padahal aku lagi nampak kool bila boleh hafal lagu alhamdulillah by malique joe flizzow dan dian sastrowordoyo. tapi memang aku hafal sikit-sikit lagu creep ni sebab muziknya best.
dan pada pendapat aku aziluz ini adalah seorang perempuan. keranan berdasarkan kepada pengamatan aku terhadap gaya penulisannya seolah-olah menggambarkan beliau seorang wanita.
:: walaupun blog nya tertulis hampas, tetapi aku rasa penulisannya amat baik dan menarik.
Tuesday, April 26, 2011
BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH
kenangan masa sekolah? aku pernah cerita kat sini. tapi aku copy balik la.
ketika aku sekolah dulu, aku ni seorang yang amat manja dan gembeng (kuat nangis la maksudnya)..selalu sangat aku nangis..kadang kadang pasal hal yang kecil pon aku nangis..
perkara yang paling buat aku selalu nangis adalah sekolah..sebut pasal sekolah ni memang tempat aku nangis la..sebab aku memang tak berapa suka pergi sekolah..sebab apa..?sebab aku ni suka berkepit je dengan ibu aku..suka sangat duduk celah ketiak ibu..tak kisah la bau apa pun..yang penting mesti tak nak lepas dari ibu..ada saja alasan untuk aku balik rumah selepas dihantar oleh ibu ku kesekolah..contohnya tali kasut terikat mati la..tali pinggang tertinggal la..kadang kadang aku sampai balik kerumah tanpa sebab dengan linangan air mata bak sungai mengalir..
actually, sekolah tu dekat je pon dengan rumah..tapi setiap kali aku balik,aku mesti bertembung dengan ibu ku ditengah perjalanan..sebab ibu ku dah siap pasang spy sebagai informer kalu nampak aku balik..ye lah kan..kalau dah hampir setiap hari dok balik je..mana boleh tahan kan..setiap kali aku bertembung dengan ibu ku..dia pasti akan mencubit dan memiat telinga aku sampai kesekolah..
dan ketika itu abes satu berek(rumah staf ) penjara johor bahru tu nampak aku kena piat..dah la dengan air mata yang masih mengalir..sampai kat sekolah kawan-kawan aku pon nampak..malu gilos aku..dah la telinga merah..muka pon jadi merah padam..kalau merah delima tu tak pe la..ada juga serinya..kat sekolah mesti aku nampak budak-budak perempuan dok bisik-bisik..kutuk aku la tu..yang budak lelaki mesti dok syok gelak..huh..aku peduli apa..!kadang-kadang bila aku balik sekolah petang-petang ada je makcik-makcik yang dok usik-usik aku.."sedap kena piat ,jol??",usik mereka yang senang dengan memanggil aku jol..
tapi aku tak pernah serik pun..selalu juga aku balik..sampi ibu ku pun malas nak layan..hehe..
Saturday, April 23, 2011
BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !
Q : siapa yang mempengaruhi anda membuat blog
A : sebenarnya tiada siapa yang 'mempengaruhi' aku buat blog ni. tapi aku cume 'terpengaruh' dengan matdin sebenarnya. hari-hari aku tengok dia asyik menghadap blog saja. apa yang bestnya entah aku pun tak tahu. jadi sebagai seorang yang suka jaga tepi kain orang atau suka mengambil tahu. haha. aku pun mula lah mengusha-usha blog dia. dan aku pun sibuk nak mencuba. maka sampai kehari ini aku masih berblog. tapi matdin dah kurang berblog kerana sibuk membuat projek 'fyp'nya. mungkin lepas ini dia akan membuat 'come back'.
Q : siapakah sumber inspirasi anda?
A : sumber inspirasi aku yang utama adalah pembaca. walaupun pembaca blog ni tak la ramai sangat pun. tapi kalau ada minimum seorang baca entry aku pun sudah lah. sekurang-kurangnya ada juga yang sudi baca walaupun mungkin lepas tu dia menyumpah-nyumpah sebab entry macam sampah. sumber inspirasi aku yang kedua adalah tieah. sebab dia rajin dok melepak kat blog aku sambil mensemak-semakkan blog aku ini. dan dia juga selalu menyemakkan link blog aku dalam entrynya. tapi dia pun dah kurang berblog kerana sibuk nak exam sekarang ni. dengan kesengalannya mungkin dia tengah ambil pepriksaan SPM paper April. kah kah kah.
Wednesday, April 13, 2011
Univesiti Blogger Malaysia

hoyeah~ aku sudah diterima masuk ke Universiti Blogger Malaysia (UBM). dengan ini aku bergelar mahasiswa UBM dengan rasminya. minggu ini sehingga 15 April 2011 merupakan minggu orientasi bagi semua penuntut-penuntut UBM. dan pada masa yang sama semua penuntut diminta untuk membuat dan menghantar tugasan pertama.
tugasanya adalah seperti berikut:
- letakkan banner UBM dalam entry anda.
- nama anda dan nama blog anda.
- sejak bila mula berblog.
- apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.
- pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.
pertama sekali nama aku adalah Zulfadhli atau lebih dikenali sebagai mangges. dan bersempena dengan nama itu aku menamakan blog ini sebagai Belog Mangges. aku mula berblog sejak 27 April tahun lepas. ini bermakna blog aku akan berusia setahun pada hujung bulan ini.
pada pandangan aku, dunia blog sekarang ini semakin berkembang. bayangkanlah kalau budak sekolah yang berusia 12 tahun pun sudah pandai berblogging. selain ini dunia blog ini mempunyai pengaruh yang besar. kerana semua maklumat boleh didapati dari dunia blog. tapi sesuatu yang amat merungsingkan kini adalah dunia blog sekarang ini lebih terjurus kepada perkara negatif. contohnya kita lihat sahaja banyak fitnah-fitnah yang diletakkan di dalam blog. selain itu, terapat pengaruh-pengaruh yang tidak baik dari dunia blog ini.
pandangan aku tentang Institut Pengajian Tinggi Maya ini adalah sesuatu yang amat baik untuk mempereratkan lagi hubungan antara blogger. selain itu ia membantu dalam mempromosikan blog-blog kita.
:: aku menaip entry ini dengan perasaan yang tidak tentu arah. sebab itu mungkin anda akan merasa bosan bila membaca entry ini.
Friday, April 8, 2011
CONTEST : Leen & Kyerull || Janggut vs Muncung

aku sebagai pembela janggut dengan ini mengumumkan bahawa aku nak join kontest ni. hahaha
gambar yang aku kontestkan adalah:
(4,4 orang dalam gambar itu berjanggut dan aku yang berbaju merah putih itu)
"kami sudah berjanggut, anda bila lagi?"
nak join? klik sini
Thursday, April 7, 2011
SEGMEN KALAU AKU INI BERMULA !!!
ini adalah segmen Ben Ashaari
ini header Azrijohan
Assalamualaikum kepada semua pembaca dan kepada azrijohan. ok kali ini aku telah pun menjoinkan diri dalam segmen BA. seperti biasalah kalau abang Ben buat segmen aku mesti nak join punya.
kali ini segmennya begini. aku kena buat entry 'kalau aku ini ...". kalau aku ini Azrijohan, pertama sekali aku akan buat header baru. aku ulas dari atas sampai bawah la. header dia aku nak ubah bagi nampak meriah sikit. header dia bukan la tak menarik, cuma perlu nampakkan sedikit kelainan. aku punya header pun bukannya menarik sangat, tapi boleh lah kalau nak nampakkan kelainan sikit pada blog kita.
kedua, aku akan tukar list entry ditepi itu kepada tajuk entry. sebab kalau aku sebagai pembaca aku akan tertarik kepada tajuk yang diletakkan berbanding tarikh dan jumlah entry yang diletakkan. selain itu gunakan Linkwithin untuk menunjukkan entry-entry kita yang lain dibawah entry kita.
ketiga tentang cara penulisan entry, aku lebih suka buat align entry itu kepada 'justify full'. sebab ia kelihatan lebih kemas. sebab aku tengok entry azri lebih banyak dalam bentuk 'align center'. align center bagi aku lebih menarik jika digunakan untuk gambar, puisi atau lirik-lirik lagu.
yang lain-lain tu aku rasa ok. dan aku paling suka saving energy mode pada blog ini. sebab ia menjimatkan tenaga jika kita tidak menggunakannya. disebabkan aku ada mengambil subjek pengurusan dan penjimatan tenaga, perkara ini amat penting untuk menjimatkan tenaga.
ini saja kot ulasan aku. kalau apa yang aku ulaskan ini boleh diterima sila terimalah. kalau tak boleh terima aku tak kisah, sebab aku pun masih baru lagi dunia blog ini. masih belajar pun.haha. apa-apa pun salam perkenalan untuk Azrijohan.
BEN ASHAARI BUAT GILA LAGI
cuaca panas diluar sana menyebabkan aku cuba untuk kekal dalam posisi memerap didalam rumah. semalam aku tak cukup tidur sebab pergi tengok bola maka jika aku keluar rumah dan terkena panas maka kepala aku akan sakit.
terduduknya aku didepan pc ini menyebabkan aku terbaca segmen terbaru dari blog Ben Ashaari. segmen yang memerlukan peserta melekat didepan komputer sehingga jam 4 nanti menyebabkan aku bersemangat untuk join.
syarat-syaratnya adalah kia perlu membuat entry sebegini dan terangkan didalam 4 perenggan sebanyak 100 patah perkataan. dah macam ujian penulisan bahasa melayu sekolah-sekolah pula. jadi dengan terpakunya aku di depan pc menyebakan aku pun merajinkan diri untuk menaip.
kepada anda-anda diluar sana, silalah menyeangatkan diri untuk join segmen ini kerana ia akan membantu mempromosikan blog anda disamping dapat berseronok bersama-sama blogger lain.
Wednesday, April 6, 2011
Yuyu Zulaikha-Ferrero Random Giveaway

ditengah malam begini aku nak join satu GA yang dianjurkan oleh blogger Yuyu Zulaikha. hadiahnya memang menarik iaitu ferrero Rocher. huh. kalau bab coklat ni memang aku tak akan lepaskan peluang.
sebenarnya blog ni aku jarang nak jenguk sebab aku jeles tengok follower dan yang mengkomen entrynya begitu banyak. sebaba kalau aku komen pun mesti dah jadi pengomen yang terlambat. kah kah kah. tapi disebabkan coklat in aku merajinkan diri untuk menjejakkan kaki keblognya. jadi untuk mengelakkan aku terlepas peluang untuk menjamah coklat yang begitu sedap itu, maka aku pun menjoinkan diri la. harap-harap random.org tu memilih aku sebagai pemenang.haha..
Thursday, March 24, 2011
GENG TIDO LAMBAT nak join jugak!
NAMA KUMPULAN: GENG TIDO LAMBAT
KETUA KUMPULAN : AEIN [http://aeinvircute.blogspot.com/]
AHLI:
1) http://aeinvircute.blogspot.com
2) http://fanadz.blogspot.com
3) http://mangges.blogspot.com
4) http://nurulainelias.blogspot.com
5) http://serysuryani.blogspot.com/
untuk maklumat lanjut, sila lihat entri Incik Ben ini..
KETUA KUMPULAN : AEIN [http://aeinvircute.blogspot.com/]
AHLI:
1) http://aeinvircute.blogspot.com
2) http://fanadz.blogspot.com
3) http://mangges.blogspot.com
4) http://nurulainelias.blogspot.com
5) http://serysuryani.blogspot.com/
untuk maklumat lanjut, sila lihat entri Incik Ben ini..
Wednesday, March 23, 2011
Tuesday, March 15, 2011
BEN ASHAARI : BLOGGER PULAU PINANG
Aku sebenarnya bukan lah blogger Pulau Pinang yang asli. disebabkan perlu diletakkan negeri kelahiran terpaksalah aku meletakkan Pulau Pinang. aku dilahirkan di Hospital Besar Pulau Pinang. menetap disana selama 5 tahun dan kemudian mengikut ayahku berpindah ke Johor. setelah berbelas tahun aku tinggal di Johor, ayah aku sudah pon menjadi lagenda atau lebih mesra dengan gelaran pesara. kemudian aku berpiindah ke Taiping, Perak. disebabkan aku masih belajar di Johor, maka aku sebenarya adalah Blogger Johor. nanti aku boleh jadi Blogger Perak pula. pasni aku nak jadi blogger negeri-negeri lain lak. hahaha..
Profession aku adalah sebagai seorang pelajar yang masih kurang ajar!
Blog feberet aku : sokernet yang gila-gila, conteng-conteng yang sungguh kiut dan d_hatie yang sungguh cun!
Blog feberet aku : sokernet yang gila-gila, conteng-conteng yang sungguh kiut dan d_hatie yang sungguh cun!
Blog paling aku benci : blog yang suka kutuk orang dan blog yang ada muzik atau lagu-lagu yang menganggu playlist yang sedang aku play di pc aku. siapa yang makan cili dia yang rasa pedas.
harapan terhadap blog: semoga blog aku masih dikenang biarpun aku sudah tiada nanti. seperti lagu Hujan "bila aku sudah tiada..simpan semua entry ku, jangan dilupakan aku.."
Friday, March 11, 2011
JELAJAH BLOG 2011 : AKU INI BLOGGER LELAKI
kenapa aku berblog?
pengaruh rakan sebaya! ya..memang aku terpengaruh dengan rakan sebaya apabila terikut-ikut perangai mereka yang membaca blog dan membuat blog. sehinggakan aku terjebak dengan dunia blog. dulu-dulu pernah jadi admin untuk blog share mp3. tapi lepas blog tu kena banned, terpaksa aku buat blog lain. disebabkan risau blog ni akan diblock pula,maka aku buat blog yang tak melanggar peraturan. (share mp3 pun kira macam cetak rompak tau)
pengaruh rakan sebaya! ya..memang aku terpengaruh dengan rakan sebaya apabila terikut-ikut perangai mereka yang membaca blog dan membuat blog. sehinggakan aku terjebak dengan dunia blog. dulu-dulu pernah jadi admin untuk blog share mp3. tapi lepas blog tu kena banned, terpaksa aku buat blog lain. disebabkan risau blog ni akan diblock pula,maka aku buat blog yang tak melanggar peraturan. (share mp3 pun kira macam cetak rompak tau)
kenapa blogger lelaki lebih kreatif dari blogger wanita?
pada pendapat aku daya kekreatifan ni tak bergantung kepada jantina. cuma kadang-kala blog-blog wanita lebih kepada kisah peribadi. bukannya lelaki tak cerita kisah peribadi cuma, blogger lelaki lebih berhati-hati dengan apa yang diceritakan. dan kadang-kadang wanita ni lebih emosi.
dan aku tengok blogger wanita lebih suka cerita tentang kisah cinta. tak salah,cuma kadang-kala hingga membuatkan orang lain meluat. bak kata Fynn Jamal dalam lagu 150Juta "buat apa dicerita ,bahagia kita rasa" biarlah ia jadi "rahsia kita berdua".
pada pendapat aku daya kekreatifan ni tak bergantung kepada jantina. cuma kadang-kala blog-blog wanita lebih kepada kisah peribadi. bukannya lelaki tak cerita kisah peribadi cuma, blogger lelaki lebih berhati-hati dengan apa yang diceritakan. dan kadang-kadang wanita ni lebih emosi.
dan aku tengok blogger wanita lebih suka cerita tentang kisah cinta. tak salah,cuma kadang-kala hingga membuatkan orang lain meluat. bak kata Fynn Jamal dalam lagu 150Juta "buat apa dicerita ,bahagia kita rasa" biarlah ia jadi "rahsia kita berdua".
blog wanita yang aku suka baca?
d_hatie : aku suka baca blog ni kerana ini antara blogger wanita yang kreatif. entry nya juga lebih terbuka untuk semua pembaca. tak terlalu terikat kepada mereka-mereka yang rapat sahaja. dan dia lebih mesra kepada pembacanya. semua orang dia balas komen.
dan satu lagi
karipasayur : blog ni aku suka sebab dia selalu cerita pasal anak dia yang kiut tu. bila aku tengok anak dia aku teringat kat kanak-kanakku yang 5 orang tu. dan yang paling best blogger ni suka berkongsi barang-barang kepunyaan dia..dia bagi free tau siap dengan kos pos dia tanggung..tapi kebanyakan barang khas untuk wanita. ada juga untuk lelaki,tapi aku nak boleh nak amek sebab saiz membataskan.haha
Tuesday, March 8, 2011
*GIVEAWAY 3 SPONSOR*

Join klik SINI
Give away dari blog bro eqbalzack yang ditaja oleh beliau sendiri serta 2 lagi sponsor iaitu blog enjoylukis dan mummy who bakes.
kisah zaman dahulu hingga kini sebagai seorang pelukis:
dulu masa zaman sekolah rendah aku memang terkenal dengan gelaran pelukis kerana aku sangat hebat dalam melukis. pantang ada pertandingan melukis pasti aku nak join punya. temanya macam biasa lah..tema kemerdekaan, tema anti dadah dan lain-lain lagi. dengan penuh penghayatan aku melukis. tetapi sesuatu yang amat mengecewakan aku adalah kerana aku tak pandai mewarna. kalau mewarna memang boleh dikategorikan sebagai 'loser' la.. dan atas sebab itulah aku akan kalah dalam setiap pertandingan yang aku sertai.
aku cukup benci dengan terma dan syarat pertandingan tersebut. sepatutnya kalau pertandingan melukis, tak payah la kena 'kaler' pulak. kan dah sia-sia je penyertaan aku tu. yang lagi sakit hati bila abang aku yang lukisannya pada suatu ketika dulu tak la cantik sangat, cuma dia pandai mewarna saja. dan dia pernah dapat hadiah saguhati dalam pertandingan tu.
walaupun bakat melukis aku sekarang sudah tumpul kerana jarang diasah oleh 'sharpener' tapi aku masih ada bakat melukis dengan menggunakan komputer. ye..tapi lukisan teknikal la..contohnya aku reti lukis guna software autocad dan solidwork. kira ok la masih ada bakat melukis..dan bakat mewarna aku masih tidak mencapai tahap terbaik kerana lukisan teknikal ni tak memerlukan bakat untuk mewarna..haha
kisah zaman dahulu sehingga kini sebagai penggemar coklat:
coklat..coklat..coklat..memang sukar untuk aku menolak jika dipelawa untuk menjamah coklat walaupun sedikit. dan aku agak terkilan jika ada orang yang makan coklat tanpa mempelawa aku. biarpun orang itu adalah seorang budak kecil. rasa macam nak rampas je coklat tu.
aku mula kenal coklat yang dulu aku panggil cekelat sejak kecil lagi. kerana kakak-kakak aku memang suka membeli coklat dan aku akan mengambil kesempatan untuk menge'pow' mereka.ye la..dulu kecik-kecik duit pon takde nak beli sendiri..kalau ada pon cukup untuk beli cekelat 'kandos' je..
zaman kegemilangan coklat dalam hidup aku adalah bila aku bergelar seorang penuntut di sebuah kolej bernama Kuittho..yeah! time tu aku dah ada duit sendiri (duit loan ptptpu) sehingga aku akan membeli coklat sebagai bekalan makanan dikala lapang. cadbury, toblerone, tak lupa juga coklat kisses dan daim dari langkawi. tapi asal namanya coklat memang aku bedal je..aiskrim coklat..donut big apple bersalut coklat..waffer coklat..pergh..
serius aku penggemar coklat tegar!
cukuplah aku cerita sedikit untuk entry kali ini..
- tieah! ko dah join lom GA ni?kalau belum join la..aku tag ko ni..
Sunday, March 6, 2011
saya dan makanan.......

huh..saya dan makanan ? aku memang suka makan, tapi jarang lak amek gambar time tengah makan. tapi ada satu gambar ni yang boleh aku gunakan untuk sertai contest ni.
time ni aku makan kat JB. restoren RAWA steamboat. time ni ngah cuba-cuba pakai chopstik. makan kat sini memang best. bayar RM18 seorang dan makan sampai muntah. dan secara seriusnya aku betul-betul muntah selepas makan ni sebab terlalu banyak menyumbat udang,ayam panggang,cendawan hitam, bebola dan macam macam lagi. korang nak cuba bleh la usha-usha kedai ni dekat Tebrau (tak jauh dari Jusco Tebrau)
Friday, March 4, 2011
Jom Bersantai Dalam Bloglist WacanaKu
tentang blog wacanaku ni sebenarnya aku baru je lepak-lepak blog ni sebab aku baru saja follow blog ni selepas owner blog ni ajak aku masuk segmen bloglist dia. daripada pemerhatian aku blog ni simple saja. warna putih suci cuma ada sikit-sikit tajuk entry yang berdebu sikit. tapi isi kandungannya masih bersih lagi. dan yang menariknya blogger ni seorang aktif melakukan aktiviti-aktiviti di upm. contohnya program kesenian, sukan dan lain-lain. yang lain kalau nak tahu lebih boleh la lepak blog dia.
dengan ini saya mengumumkan bahawa saya berjantina LELAKI!
Wednesday, March 2, 2011
AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

segmen keinsafan tentang kematian..
mati itu pasti!
tiada yang kekal abadi melainkan ALLAH!
tapi bersediakah kita menempuh kematian?
ibadat, amal kebajikan adakah sudah mencukupi?
perginya hamba Allah
terbaring engkau disana
seragam putih dikau kenakan
serban dililit dikau menanti kaku
pucat wajahmu tidak tergambar
dikala solat dikau dihadapan
tangan mu qiam seperti turut serta
tetapi kau hanya berdiam
mata tertutup tidak berkelip
anak isteri menitiskan air mata
tanpa perasaan kau hanya membisu
saat akhir dirimu dibumi yang luas
kau mengiring kearah kiblat
taburan tanah menimbusi dikau
selamat tinggal dunia
semoga kau berbahagia disana
Subscribe to:
Posts (Atom)