manggester

Showing posts with label komenku. Show all posts
Showing posts with label komenku. Show all posts

Friday, January 6, 2012

Logik


aku tengah menonton komputer lepas balik kerja. usha-usha facebook, jeling-jeling twitter, dan tekan-tekan blog. tapi sejak kebelakangan ni jarang betul aku tenung-tenung email.

Farid (bukan nama sebenar) tiba-tiba bersuara,"kawan aku cikgu. dia cakap ada budak form 2 berak dalam seluar".

aku toleh kearahnya seraya berkata " logik la tu. berak dalam seluar. kalau berak dalam baju ye la tak logik!"

" kau fikir la umur dia tu. dah besar dah", Farid cuba mempertahankan usulnya.

" huh. kat kampung aku ada orang tua berak dalam pampers. pedehal!", aku membidas usulnya.

" ceh!", dia kecewa dengan jawapanku.

Monday, November 14, 2011

KABEL


mata aku meliar mencari parkir untuk meletakkan motor ayahku ini. semua parkir motosikal penuh. "ah! ini taiping! parking saja tepi jalan ni. majlis tak saman punya", hati aku bicara sendiri. yakin sangat bahawa dipekan ala-ala koboi ini memang jarang pihak majlis perbandaran saman motor-motor buruk.

aku lihat cermin sisi. betul-betulkan remos sikit dan cuba kenakan tali leher yang sudahpun aku ikat dirumah tadi. seorang awek lalu di belakang aku. sesekali dia menjeling kearah kasut aku yang berkilat. tapi aku tahu sebenarnya dia memang terpegun dengan ke-smart-an aku pagi ini. hendak temuduga dipejabat kerajaan, kenalah kemas sikit. biar pun hanya untuk jawatan kerani.

aku melangkah masuk dengan penuh yakin. fail sijil aku jinjing di tangan kiri dan borang permohonan aku periksa di tangan kanan. fuh! ramai betul mereka yang hadir untuk temuduga. ada yang kacak-kacak tapi tidak lebih dari aku (aku benci lagu lelaki seperti aku dari alif satar. macam harem!). ada yang bertudung ayu. ada yang bertudung lilitan ular sawa. tidak kurang juga yang berambut teroksidasi.

aku hantar borang permohonan dikaunter pendaftaran. pegawai wanita itu menyambutnya dan memasukkan kedalam fail kertas. dan diatas fail itu ditulis pula nama penuh aku. katanya "ambil nombor disana dan tunggu sehingga dipanggil". 143 nombor yang aku terima. sekarang baru giliran yang ke-30. "huh", aku mengeluh kesal. jika aku tahu ramai ini yang hadir, pagi-pagi setelah subuh aku beratur.

sementara menunggu giliran aku, aku perhatikan saja calon-calon temuduga yang lain. ada yang resah. ada yang tidak berhenti-henti bersembang dan ada juga yang melayan perasaan sendirian. sekali sekala aku juga bersembang dengan beberapa calon disitu untuk meghilangkan rasa bosan.

hampir tiba giliran aku. duduk dibangku diluar bilik temuduga. teringat aku kepada filem Rock lakonan Hasnul Rahmat. situasi dimana ketika beliau menghadiri temuduga di LLN (Lembaga Lektik Negara). semua calon duduk bersebelahan. ada empat bilik kesemuanya. aku dibilik ketiga.

dalam aku menunggu itu aku lihat ada diantara pegawai dipejabat itu meminta kad pengenalan dari salah seorang calon secara sembunyi-sembunyi. mesra juga keadaan mereka. seperti sudah lama berkenalan. kemudian kad pengenalan itu dibawa memasuki bilik penemuduga. " KABEL ", itu yang terlintas difikiranku. inilah yang dinamakan kabel. seperti juga filem Rock itu. ketika Pak Long bersama anak saudaranya berbual mengenai projek bapanya.

kalau sentiasa ada kabel, memang susahlah orang-orang yang hanya bergantung kepada nasib seperti aku untuk mendapat kerja. puih! aku seperti ingin segera beredar. tapi aku tabah juga. untung sabut, timbul. untung batu, tenggelam. aku setia menunggu sehingga selesai aku ditemuduga.

jam sudahpun menunjukkan jam 3 petang. letih menunggu membuatkan aku lupa kepada kabel-kabel tadi. ah. pedulikan mereka. kalau ada rezeki tidak kemana. yang penting kita mencuba. tapi satu pesanan aku kepada mereka yang mempunyai kabel-kabel itu, kalau dapat kerja jangan lupa belanja aku makan. kalau tak jumpa aku, korang sedekahlah sikit rezeki korang tu kepada fakir-fakir miskin. tidak salah berkongsi!

Sunday, November 13, 2011

AIMwth!


semua penggiat blog sibuk pasal AIM. wth!






.

Sunday, November 6, 2011

Salam Idul-adha

Friday, October 21, 2011

letup


aku lihat iklan di-televisyen. sekali dia gigit habis meletup semua cili. habis bergelimpangan semua limau, rempah ratus dan segala macam lagi digolek-golek bersama ayam kriuk-kriuk rangup.

aku tak puas hati. aku mahu mencuba. berdebar di depan kaunter pesanan. aku pesan set 'pinggan makan malam'. ada tiga ketul ayam. aku bahagi satu setengah seorang bersama abang aku.

gigitan pertama. aku menanti letupan cili. satu minit, masih tiada juga. aku menggigit untuk kali kedua. satu minit enam puluh saat aku menanti, masih tiada gelimpangan rempah ratus bersama-sama ayam kriuk-kriuk rangup. aku sabar.

aku gigit bersama-sama dengan abang aku dengan harapan bumbung restoren itu akan terangkat beserta dengan bunyi letupan yang maha dasyat. tiga minit dua belas saat tujuh detik aku menunggu. masih tiada apa-apa yang terjadi.

aku rasa teraniaya. ditipu hidup-hidup oleh iklan berbayar di-televisyen. ingin saja aku adu-kan kepada biro pengaduan Gerakan. tetapi aku sedar bahawa televisyen adalah salah satu medium penipuan dunia.

aku pulang hampa. biarpun perut ini sudah terisi, tetapi tiada satu letupan pun yang berlaku. yang aku rasa adalah hati yang mahu meletup menahan kesabaran. siap kau iklan televisyen. aku sudah tidak percaya padamu lagi.

Wednesday, October 19, 2011

manis ke langit ke-7


"manis pokok tu", ujar ayahku ketika dia, abangku serta aku melawat hari perladangan semalam.

aku koyakkan sedikit daunnya dan aku letakkan diatas lidah. aku kemam. manis. seperti keawangan manisnya.

"manis giler", reflek-ku ghairah.

itu baru sedikit aku rasa. belum sepokok. mahunya langit ketujuh akibatnya.

...............................

aku cerita tentang pokok stevia. pokoknya kecil tetapi manisnya terbaik. mahu tahu lebih lanjut sila klik sini. aku malas nak ulas lebih-lebih. saja aku mahu kongsikan sedikit ilmu tentang pertanian hari ini.



:: semalam aku dapat kad ucapan dari orang amerika. tq beb! aku baca kat blog tu, orang amerika pon pakai daun tu gak.

Monday, October 17, 2011

Vokal Bukan Sekadar Rupa | komenku

semalam aku menonton sebuah rancangan kejar glamer yang terbaru. vokal bukan sekadar rupa. bukan aku nak sangat menonton rancangan itu, tapi disebabkan ayah aku yang mahu menonton aku layankan saja. walaupun baru selepas dua peserta menyanyi ayah aku dah mula menghidupkan enjin bahteranya. perkara biasa bagi ayah aku apabila menonton televisyen.

aku teruskan menonton rancangan itu walaupun dalam hati mahu tukar saja saluran televisyen itu kepada saluran bola sepak. tapi risau pula kalau-kalau ayah aku terjaga dan mahu menonton rancangan itu semula. dari awal rancangan itu aku sudah mula meluat apabila melihat salah seorang juri rancangan tersebut memakai siput ala-ala 'gary the snail' diatas kepala. macam harem.

bertambah meluat apabila mendengar sembangan-sembangan bangang dari pengacara dan juri mengenai istilah untuk membahasakan diri. aku, saya, gua, ana. sungguh tidak menghiburkan. perkara-perkara seperti itu tak perlu diselitkan dalam rancangan nyanyian seperti ini.

ditambah-tambah lagi meluat apabila komen juri lebih bersifat seperti lalang. tiada pendirian dan mudah terpengaruh dengan juri lain. sebagai seorang penyanyi yang profesional, tak sepatutnya dia mudah terpengaruh dengan juri lain. sikap berbelah-belah-belah bahagi seperti itu adalah menunjukkan mereka tidak layak untuk menjadi juri.

bagi aku, ada beberapa peserta yang tidak sepatutnya terpilih malam ini. walaupun aku tiada pengalaman dalam industri muzik ini, tapi para penonton seperti aku juga bijak memilih. satu-satunya peserta yang aku rasa memang layak adalah peserta terakhir tetapi salah seorang juri menyatakan suaranya bagus tapi terlalu 'common'.

come on lah. janganlah jadikan rancangan itu seperti suatu drama yang dirancang. juri pertama berbincang dengan juri kedua kemudian memberikan jawapan yang berlainan. sedangkan mereka yakin bahawa juri ketiga pasti memberikan jawapan positif kepada peserta itu kerana peserta itu memang layak berdasarkan kepada persembahannya.

aku cadangkan agar setiap keputusan juri tidak diketahui oleh juri-juri yang lain. barulah tiada rasa berbelah-belah-belah bahagi seperti malam ini. selain itu lalang juga dapat ditebas dengan sebaik-baiknya.


:: harap-harap mingu hadapan ayah aku tak mahu menonton rancangan ini. kerana kalau ayah aku mahu menontonnya, maka aku terpaksa menonton juga. juteru itu, aku bertambah meluat dengan rancangan itu. sekaligus akan menyebabkan aku akan mengkomen lagi minggu hadapan.

Thursday, October 13, 2011

menakutkan orang


suatu tengah malam yang sunyi:

aku klik satu blog dengan tajuk entry-nya 'TERJUMPA BENDA AJAIB DI GOOGLE SEARCH'. aku amat tertarik. penulis blog itu ada berkongsi satu ilmu yang menarik. disebabkan terlalu tertarik dengan entry itu, aku pun segera mengikut langkah-langkahnya. (anda dinasihatkan supaya tidak mencuba)

Langkah-langkah:
1. Pergi ke google search.
2. Taip perkataan : mov0001.swf
3. Klik search.
4. Klik link yang paling atas sekali dan lihatlah keajaiban di google.

secara tiba-tiba selepas semua langkah-langkah aku turuti, keluarlah satu imej hodoh seperti hantu (gambar diatas) menjelma di skrin komputer ditambah dengan bunyi jeritan yang amat kuat. sebab ini aku nasihatkan anda semua supaya tidak mencuba.

aku agak terkejut juga. kerana disuasana sunyi sepi malam itu dikejutkan dengan suatu imej sebegitu. segera aku menutup imej itu. aku terfikir, jika aku terkejut, mungkin orang lain juga menerima nasib yang sama. dalam hati aku amat menyumpah-nyumpah penulis blog itu. mungkin dia merasa seronok kerana dapat menakut-nakutkan orang lain. tetapi dia tidak sedar ada dikalangan orang yang terkena amat marah dah menyumpah seranahnya.

kepada mereka yang suka mengenakan orang lain dengan cara menakut-nakutkan ini, aku jumpa satu ilmu hendak dikongsi:

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (H.R. Thabrani)


:: fikir-fikirkan dan selamat beramal!
:: aku mula sedar yang mana menakut-nakutkan orang ini adalah sesuatu perkara yang amat keji.

Friday, October 7, 2011

seribu laman maya hanya ada satu cerita


aku lihat laman sana 'berehat dengan aman'. aku lihat laman sana steve 'pekerjaan' meninggalkan dunia. aku lihat semua orang mati akal untuk menulis. semua orang hanya salin dan tampal coretan berita warta perdana. sungguh bosan hal itu. aku mahukan sesuatu kelainan. aku perlukan satu laman maya dengan seribu cerita menarik. bukan seribu laman maya memaparkan satu cerita sama yang sungguh memualkan.


TERIMA KASIH ALLAH

Monday, October 3, 2011

Vokal Bukan Sekadar Rupa


"aku rasa nak join la vokal bukan sekadar rupa tu, jom pergi ujibakat", usul Karim setelah melihat sesi ujibakat di rancangan melaga-lagakan artis malaysia (melodi).

"kita tak layak masuk la. baru nak daftar mesti dah kena reject", balas Samsul dengan yakinnya.

"apehal lak. vokal aku mantap pitching memang tiptop!", Karim berusaha meyakinkan Samsul supaya Samsul setuju dengan pendapat beliau.

"memang lah vokal kita mantap, pitching kita tiptop. cuma masalahnya kita ni ada rupa. rancangan tu hanya untuk orang yang tiada rupa. kau faham?", Samsul dengan tegasnya bersuara.

"oh. ye tak ye juga", Karim mengangguk faham.


:: ada dua kemungkinan objetif utama rancangan ini. pertama untuk mencari penyanyi yang tiada rupa(hodoh atau tak kacak atau tak cun) atau mencari penyanyi yang memang tiada rupa (manusia pelik). kah kah kah!

Thursday, September 15, 2011

wajah dikau dimana-mana


aku buka televisyen. tekan punat 1, wajah dikau. tekan punat 2, wajah dikau juga. tekan punat 3, sekali lagi wajah dikau. aku malas mahu tekan punat-punat yang lain, kerna jawapannya pasti wajah dikau menjelma.

wajah dikau di semua saluran kaca televisyen malam ini

:: inilah masalahnya jika televisyen tanpa piring diluar rumah.

Tuesday, August 23, 2011

dunia kita sungguh jelik!


artis pegang anjing heboh satu Malaysia. sedangkan anjing bukannya haram jika ianya kering. kalau basah pun hanya perlu disamak sahaja. tidak susah pun untuk menyamak.

Dari Ibn Mughaffal, ia berkata:
“Rasulullah s.a.w pernah memerintahkan membunuh anjing,kemudian bersabda: “Mengapa mereka mengangap penting anjing-anjing itu?” Kemudian Rasul memberi keringanan dalam hal berkaitan anjing pemburu dan anjing penjaga kambing lalu bersabda : “Apabila ada anjing minum di dalam bekas, basuhlah bekas tersebut tujuh kali dan gosoklah dengan tanah pada basuhan kelapan..”

tapi jika artis kita pegang sesuatu benda yang haram sehinggakan tidak boleh disamak, tidak boleh disucikan, masing-masing tidak peduli pun. artis wanita pegang tangan artis lelaki, siapa peduli? artis lelaki cium pipi artis wanita, biasa saja? artis-artis berlakon bertindih-tindih, oh menyeronokkan.

dunia kita sungguh jelik!



Thursday, August 18, 2011

Tarian Ketam khas untuk surirumah yang mahu memasak gulai ketam masak lemak cili padi


serius hari ini membuatkan aku merasa loya seperti ibu-ibu mengandung 2 bulan selepas aku menonton video clip Tarian Ketam dari sebuah kumpulan ala-ala K-Pop iaitu Max 24:7. nasib baik perasaan loya itu dapat dibendung selepas aku membaca komen-komen peminat di bawah video tersebut di youtube.

komen-komen yang sungguh menghiburkan hati dengan pujian-pujian mantap dari peminat. pujian-pujian melambung itu menyebabkan klip video ini mendapat rating likes yang begitu banyak tetapi masih mendapat rating dislikes yang lebih banyak-banyak-banyak. ketika aku menaip entry ini, rating dislike sudah pun mencapai angka 2,034.

kalau anda rasa kebosanan dihari ini, anda bolehlah membuka link youtube dibawah. tetapi atas nasihat pakar, anda diminta jangan menonton klip video ini ketika siang hari. dikhuatiri akan membatalkan puasa anda kerana muntah secara sengaja. terus membaca komen-komen dibawah klip video untuk mendapat hiburan yang lebih baik.



gambar dan resepi penuh di sini

:: tarian ketam yang dipersembahkan adalah lebih baik ditonton ketika anda sedang memasak lauk ketam masak lemak cili padi!


Friday, August 12, 2011

Cara-cara untuk mengelak dari berpuasa

Muslims in world's tallest tower have to fast longer

Muslims living in the world's tallest tower will have to wait even longer to break their fast during the holy month of Ramadan.

Mohammed al-Qubaisi, Dubai's top Muslim cleric, said Sunday that Burj Khalifa residents living above the 80th floor should wait two additional minutes to break their dawn-to-dusk fast while those above the 150th floor must wait three extra minutes because they will be able to see the sun longer than those on the ground.

The half-mile high tower has 160 habitable floors.

Al-Qubaisi said the decree is similar to those relating to Muslims traveling on airplanes, and harkens back to a time when people living in the mountains broke their fast after those at lower elevations. -



berdasarkan kepada artikel diatas, orang yang tinggal ditempat tinggi lebih lewat berbuka. manakala orang yang tinggal ditempat rendah lebih cepat berbuka. ini kerana orang yang tinggal ditempat tinggi boleh melihat matahari lebih lama dari orang yang berada dibawah.

jadi, kepada mereka yang malas untuk berpuasa, aku ada cara-cara untuk mengelak dari berpuasa. cara-caranya adalah, anda boleh tinggal di dalam tanah. ini kerana didalam tanah anda langsung tidak nampak matahari. atau dengan ayat yang lebih manis, anda yang malas untuk berpuasa lebih baik mati dan ditanam didalam tanah!

Friday, August 5, 2011

Berita gembira buat para muslimat yg TIDAK SUKA BERTUDUNG!

Assalamualaikum..

Ada sumber mengatakan bahawa Islam tidak mewajibkan pun anda untuk bertudung. Wohaa! Ini bukan ajaran sesat!. dan ini buka cobaan. ini betul-betul.

Tapi Islam mewajibkan semua wanita untuk menutup aurat. jadi kepada mereka-mereka yang tidak suka memakai tudung, tak kesah lah anda hendak memakai langsir , selimut , karpet atau tudung saji sekalipun. Janji rambut tertutup dan dilabuhkan ke dada dan semua aurat perlulah ditutup dengan elok.

aku cilok gambar tudung alien ini dari google.



aku copy, edit dan paste dari : timun's blog

Wednesday, August 3, 2011

kepala dan kelapa


berita tentang kepala manusia di pelepah kelapa sawit hari ini mengingatkan aku kepala filem Adnan Sempit dimana kepala mat rempit yang meragut beg tangan Wawa telah tersangkut diatas pokok kelapa. tapi berita itu bukan lah tentang kepala mat rempit Adnan Sempit tu. cuma lebih kurang serupa pula.

layan video ini:



Rujukan: Berita Harian

Friday, July 29, 2011

Singapura pura-pura


aku malas nak cerita banyak. rata-rata seluruh rakyat Malaysia kecewa dengan aksi pemain Singapura yang lebih banyak berpura-pura berbanding bermain bola sepak. bila tersentuh sikit saja, terus tersembam. kalau macam itu lah gayanya bermain bola sepak, jangan haraplah nak sentuh piala dunia, nak masuk piala dunia pun tak kan lepas.

aku tabik kat semua pemain-pemain Malaysia terutamanya Safee Sali, Amirulhadi, Khairulfahmi dan Kunalan. bahagian pertahanan masih boleh diperbaiki. tapi aku sedikit kecewa dengan Ismail Faruqi. walaupun kita tak layak keperingkat seterusnya, aku cukup berbangga dengan pasukan kita.







:: bergema stadium masa nyanyi lagu Negaraku!
:: tekak sakit, kepala pusing sebab lompat-lompat dalam stadium!
:: sokong skuad olimpik pula lepas ini.

Tuesday, July 19, 2011

Drama Juvana memang lawak

drama bersiri juvana dah habis semalam. ending yang agak menyakitkan hati serta jalan cerita yang agak tidak tentu arah. pak guard yang bersekongkol dengan warden masih lagi menutup pintu pagar setelah warden ditangkap pada malam sebelumnya. kah kah kah. cerita lawak versi ganas!

Juvana pon pandai menari poco-poco. layan jap!




aku tak berapa minat sangat drama ini. tapi layan saja sebab kawan-kawan satu rumah layan.

Friday, July 15, 2011

penyokong kelab EPL yang bangang!


1. penyokong MU yang bangang dok pakai jersy MU kat situ.
2. penyokong Liverpool yang bangang sebab benda kecil je pon.


sokong Malaysia. Pakai jersy Malaysia biarpun jersy tiruan.

Wednesday, June 1, 2011

kita masih kawan kan?



facebook aku ditag pada satu gambar. gambar seseorang sedang memegang not RM50 lebih dari 10 keping. kagum aku melihatnya. kaya betul mamat ni. dibwah gambar itu ada lah tertulis "mari jana pendapatan sampingan. mudah". aku pun terus mesej mamat tersebut. kawan lama aku.

lalu aku pun bertanya bagaimana nak dapat duit macam tu? lalu dengan rela hati dia menerangkan kepada aku caranya. oh. aku faham caranya. bayar RM100 kita akan berada dibawah orang sebelum kita. maka jika kita cari orang dibawah kita maka duit orang itu akan jadi milik kita. kalau 10 orang, makanya seribu ringgit lah yang kita ada. macam mlm juga la.

tapi aku tak berapa setuju dengan cara itu. lalu aku cakap saja aku tak setuju sebab kita ambil 100% duit orang dibawah kita. seperti menindas orang dibawah kita dan memaksa orang itu menindas orang dibawahnya pula untuk mendapatkan modalnya balik.

aku cakap pada kawan aku itu, "aku tak yakin cara ini boleh atau tidak. tapi kalau kau yakin ianya boleh, kau teruskan lah. aku tak nak join". dan pada yang sama dia terus offline dari facebooknya. mungkin dalam hatinya " lantak kau lah mangges. kau tak nak sudah. aku dah banyak duit dah ni". mungkin dia marah dengan ayat-ayat aku itu.

tapi aku harap dia masih terima aku sebagai kawan. aku risau disebabkan hal ini aku hilang seorang kawan. aku mesej di facebook, dia tak reply pun. mungkin dia sibuk. aku bersangka baik. kalau kau baca blog ini aku nak tanya sesuatu. kita masih kawan kan?


:: banyak mlm dah diharamkan. tapi muncul mlm yang lain.
:: kerana duit kita dapat kawan dan kerana duit kita hilang kawan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails