manggester

Showing posts with label sukasuki. Show all posts
Showing posts with label sukasuki. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

Salam Idul-adha

Thursday, August 11, 2011

kuih muih di Malaysia

Lambat lagi nak berbuka puasa ni, tapi aku nak kongsi dengan korang nama-nama kuih yang wujud kat negara kita ini. macam-macam nama kuih yang menarik.

Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling seksi= Puteri Mandi
Kuih paling kotor= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek mek molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik= Sampreeeeettttt
kuih yg bangun sendiri= kuih bangkit
kuih org x mandi= BAU-LU
kuih paling tenteram= kuih makmur
kuih paling lembap= kuih siput


:: aku copy paste dari facebook orang lain. sumber asal masih belum dikenal pasti.

Pokok semalu | Edisi buat malu


pokok semalu atau nama saintifiknya mimosa pudica merupakan pokok liar yang sering kita jumpa dipadang-padang rumput. apabila disentuh, daunnya akan menguncup dan akan mengembang semula selepas beberapa ketika.

bagi kita di Malaysia ini, pokok ini langsung tidak diendahkan kecuali apabila terpijak jika tidak memakai kasut. kerana ada diantaranya berduri. tetapi bagi mereka yang di luar negara, pokok ini adalah sesuatu pokok yang agak asing. kerana ada diantara mereka yang tidak pernah melihat pokok ini. dan pokok ini juga dijual dengan harga yang agak mahal. sedangkan di Malaysia kita boleh mengutip pokok ini di tepi-tepi jalan.


video diatas adalah video promosi pokok semalu ini. ia dijual dengan harga $19.99 berserta 6 pasu kecil dan bekas penyimpan. mungkin orang disana akan membeli pokok ini. kerana mungkin di negara yang bukan beriklim khatulistiwa tiada pokok ini.

kalau sesiapa yang hendak beli pokok ini, boleh order dengan aku juga. aku bagi satu pasu besar pokok semalu ini. kah kah kah!

Wednesday, August 10, 2011

hantu hilang selepas terkena mercun


hantu milik seorang kanak-kanak 4 tahun hilang apabila terkena mercun bola yang dicucuhnya sendiri. kehilangan hantu itu akan menyebabkan hantu itu tidak akan kembali selepas berakhirnya ramadhan nanti biarpun semua hantu-hantu lain terlepas dari penjara ketika ramadhan ini. - HArian Main2-TRO

pesanan khidmat masyarakat - jangan main mercun. ingatlah anggota badan yang tersayang!

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, hilang satu jari hantu tangan kirinya dan melecur di tangan apabila mercun bola yang dicucuhnya meletup di dalam tangan dalam kejadian di Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang, semalam.

Syahir Saifullah Jefri merupakan mangsa keenam yang cedera akibat mercun bola di negeri ini bulan ini. Ibu mangsa, Wati Ismail, 31, berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari semalam ketika mangsa, anak bongsu daripada empat beradik itu sedang bermain bunga api bersama salah seorang abangnya.

Wati berkata, ketika kejadian, beliau sedang menjahit pakaian raya untuk anak-anaknya manakala Boy (nama panggilan Syahir Saifullah) berada di luar rumah bermain bunga api bersama abangnya, Anwar, 6.

"Beberapa minit selepas Boy bermain bunga api, dia masuk ke rumah dan mengambil mercun bola yang disimpan abang sulungnya, Syahmi Faiq, 10, di dalam laci di ruang tamu dan membawanya keluar.

"Anwar cuba menegah adiknya supaya tidak mencucuh bunga api itu tetapi Boy tidak mengendahkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian meletakkan bunga api yang masih menyala di atas meja lalu mengambil mercun bola dan mencucuhnya dengan bunga api, menyebabkan mercun itu meletup sebelum sempat dilemparkan.
"Saya yang terdengar letupan dan jeritan Boy segera keluar sebelum melihat Boy menangis sambil memegang tangan kirinya yang dipenuhi darah lalu membawa dia ke Klinik Desa Rantau Panjang," katanya.

Wati berkata, anaknya yang hilang satu jari serta melecur di kedua-dua tangan kanan dan kiri itu kemudian dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke HRPZ II berikutan kecederaan serius.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata Syahir Saifullah merupakan mangsa keenam akibat mercun bola di negeri ini dengan kes pertama berlaku pada 1 Ogos lalu membabitkan seorang remaja berusia 20 tahun, namun dalam kes itu remaja berkenaan hanya cedera ringan. - BERNAMA

sumber - Berita Harian

Saturday, August 6, 2011

Lebih ikhlas, Lagi best


sampaikan salam aidilfitri anda di facebook perodua dan perodua akan hantar anda pulang kekampung berhari raya. cara-caranya mudah saja. like facebook perodua dan ikut arahan digambar ini:



Friday, August 5, 2011

Berita gembira buat para muslimat yg TIDAK SUKA BERTUDUNG!

Assalamualaikum..

Ada sumber mengatakan bahawa Islam tidak mewajibkan pun anda untuk bertudung. Wohaa! Ini bukan ajaran sesat!. dan ini buka cobaan. ini betul-betul.

Tapi Islam mewajibkan semua wanita untuk menutup aurat. jadi kepada mereka-mereka yang tidak suka memakai tudung, tak kesah lah anda hendak memakai langsir , selimut , karpet atau tudung saji sekalipun. Janji rambut tertutup dan dilabuhkan ke dada dan semua aurat perlulah ditutup dengan elok.

aku cilok gambar tudung alien ini dari google.



aku copy, edit dan paste dari : timun's blog

Wednesday, August 3, 2011

WORDLESS WEDNESDAY



aku dah dapat!

Saturday, May 21, 2011

malas betul nak pergi pizza hut~


aku melabuhkan punggung dihadapan tv 29 inci. kunyalakannya dengan niat untuk menonton span kuning berbentuk petak di tv9. ternyata lagu temanya baru habis. tak sempat hendak ku nyanyikan bersama. belum pun sempat habis satu episod ada suara dari bilik kedengaran.

" makan piza jom jol. ibu dengar ada diskaun 50%", jelas ibu ku yang sudah mengidam gamaknya.
" hah! piza?" balas aku.

cukup malas aku nak pergi pizza hut tu. bukan sebab apa. sebab ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan aku malas nak pergi kedai ala-ala itali tu. tapi aku turutkan saja kehendak ibuku itu. tak mahu jadi anak durhaka katakan.

setelah bersiap aku naik kereta milik ayahku. aku duduk dibelakang ibarat seorang bos. bukannya saja-saja nak jadi bos. sebab aku ni hanya ada lesen terbang saja. biarlah ayah aku yang memandu. kalau aku memandu silap-silap terbang semuanya.

sesampainya dikedai piza aku dijemput masuk oleh penyambut tetamu kedai itu. manis senyumannya. kemudian dia menjemput aku dan kedua ibu bapaku kemeja kosong. setelah memberikan buku menu dia cakap " kalau nak order nanti tekan butang 'call' kat meja tu". aku angguk tanda faham.

disini bermulanya sebab kenapa aku malas nak datang kedai piza ni. pertama sekali ibu dan ayah ku betul-betul akan meletakkan segala tugasan mengorder kepada aku. kerana ibu dan ayah aku mana reti nak order makanan fast food ni. aku dengan yakinnya membuat muka konfiden buat-buat tahu. padahal aku pun tak reti sangat. setelah memilih dengan cara menunjuk-nunjuk gambar piza oleh ibu dan ayah aku, aku segera menekan butang 'call'.

seorang pelayan wanita yang begitu cun datang. ''hi I'm Fara. may I take your order please" pelayan itu pun memulakan bicara. terkedu aku sebentar. "alamak nak kena order dalam bahasa inggeris ke?" getuk hati ku. "hurm..bagi yang ni 2 pastu yang ni satu", aku balas dalam bahasa melayu saja sebab kalau aku order dalam bahasa inggeris nanti terbelit-belit pula lidah aku. pastu aku malas nak order nama piza tu sebab lagi la berbelit lidah aku. mozarella chesse la..chicken supream la.. macam-macam la..baik aku tunjuk saja.

lepas tu aku nak mintak sos dengan cheese powder. sekali lagi terbelit lidah aku nak sebut cheese powder tu. tapi aku cover-cover lah. lagi satu bila nak cakap ngan awek cun ni rasa macam kelam kabut pula jadinya. itu sebab la aku malas nak pergi makan kat kedai pizza hut ni. tapi disebabkan ibu aku mengidam, aku layankan saja. nanti disumpahnya aku jadi pizza lagi la payah.

bab nak meng-order memang aku fail lah kat pizza ni. tapi bab makan memang aku lulus seratus peratus. sehingga menjilat jari. tambah-tambah bila ada cheese yang lekat-lekat kat jari. pergh..


:: baru lepas layan movie 'the next 3 days' serius best giler.
:: aku kat cc ni. habis 3@4 ringgit la jap lagi.

Tuesday, May 10, 2011

Tidak ada apa-apa

malas betul aku nak taip entry pagi ini. kerna aku masih mengantuk dan rasa mahu tidur. sedangkan banyak kerja perlu disiapkan. tapi aku nak tidur sekejap. dalam masa 5 minit. layan lagu tidur kat bawah saja ok. saja-saja mahu kongsi lagu tidur.


sebelum itu aku nak pesan ni. cuaca sekarang panas betul-betull kerana bukan panas main-main. jadi anda semua diminta kuragkan aktiviti luar. banyakkan minum air. jangan pakai baju bewarna gelap. dan jangan suka-suka nak bakor macam usop wilcha.

:: jika mengantuk kita tidur.

Sunday, April 10, 2011

Test Menaip | Edisi Gagal

semalam aku sesaja blogwalking, pastu aku terjumpa satu blog yang entrynya bercerita tentang speedtest untuk menaip. aku begitu teruja nak try juga. maka setelah meregangkan otot-otot jari, aku memulakan ujian ini dengan penuh gayanya. pada permulaannya aku bermula dengan baik sekali. secara tiba-tiba aku hilang konsentrasi kerana taip-an secara ayam mematuk sudah mula perlahan. dan berkali-kali juga kekunci 'backspace' terpaksa bekerja keras kerana aku mula melakukan kesalahan ejaan.

maka secara rasminya keputusan telahpun diumumkan setelah seminit yang diberikan sudahpun tamat. berdebar aku melihat keputusan, dan ianya amat mengecewakan. kah kah kah. dasar menaip seperti ayam mematuk dedak memang la slow.

tetapi yang lebih menariknya apabila aku mula mengesan kesalan ejaan pada keputusan ujian ini. hal ini menunjukkan bahawa pembuat ujian ini juga tidak lulus dalam ujian ini. cuba anda lihat gambar keputusan aku dibawah ini. kesalahan ejaan terletak pada bulatan bewarna merah.


kah kah kah. tak ada la hebat sangat orang yang buat ujian ini. dan ayat ulasan dibawahnya pun sedikit bertabur mungkin kerana menggunakan google translate.

kalau korang nak try ujian ini boleh la berkunjung ke sini

::standard untuk kelajuan menaip adalah pada 60-70 perkataan seminit. tapi aku rasa untuk Bahasa Inggeris kot. sebab BI perkataannya lebih pendek berbanding Bahasa Melayu.


:: setelah mencuba sekali lagi hari ini aku memperbaiki kedudukan kepada posisi 3219 dengan 32 patah perkataan yang betul.

Friday, April 8, 2011

CONTEST : Leen & Kyerull || Janggut vs Muncung




aku sebagai pembela janggut dengan ini mengumumkan bahawa aku nak join kontest ni. hahaha

gambar yang aku kontestkan adalah:
(4,4 orang dalam gambar itu berjanggut dan aku yang berbaju merah putih itu)

"kami sudah berjanggut, anda bila lagi?"


nak join? klik sini


Wednesday, April 6, 2011

Yuyu Zulaikha-Ferrero Random Giveaway


ditengah malam begini aku nak join satu GA yang dianjurkan oleh blogger Yuyu Zulaikha. hadiahnya memang menarik iaitu ferrero Rocher. huh. kalau bab coklat ni memang aku tak akan lepaskan peluang.

sebenarnya blog ni aku jarang nak jenguk sebab aku jeles tengok follower dan yang mengkomen entrynya begitu banyak. sebaba kalau aku komen pun mesti dah jadi pengomen yang terlambat. kah kah kah. tapi disebabkan coklat in aku merajinkan diri untuk menjejakkan kaki keblognya. jadi untuk mengelakkan aku terlepas peluang untuk menjamah coklat yang begitu sedap itu, maka aku pun menjoinkan diri la. harap-harap random.org tu memilih aku sebagai pemenang.haha..

Monday, March 28, 2011

Transformers versi manusia | Edisi Kool


Tadi aku lepad-lepak kat oh!bulan..pastu terjumpa video best ini. pemilik kostum ini Drew Beaumier telah mencipta pelbagai kostum transformer yang lain.


dia juga menggunakan kostum ini untuk pelancong-pelancong mengambil gambar bersamanya. proses membuat kostum ini menelan kos hampir usd300 dan dia sudahpun dapat balik modal dengan kostum itu.

Wednesday, March 16, 2011

Apa yang korang tahu tentang 'Gary The Snail'

entry sempena cuti sekolah!


korang rajin tak tunggu kartun SpongeBob SquarePants setiap petang? kalau korang selalu tengok mesti korang kenal dengan Gary The Snail iaitu haiwan peliharaan SpongeBob. seekor siput yang dibela seperti binatang peliharaan lain. Nama betul beliau adalah Gerald Betram "Gary" The Snail II. dilahirkan pada hari pekerja 1999. dan dia adalah siput jantan.

Gary juga adalah bersaudara dengan Patrick Star kerana ayah Gary adalah seekor tapak sulaiman iaitu Sluggo Star. dan ibu Gary adalah seekor siput. mengikut salah silah keturunan dia dan patrick adalah sepupu.


Gary boleh mengiau seperti kucing. dan dia pernah bercakap dalam beberapa episod. pernah sekali dia menjadi ganas kerana badannya tercucuk dengan sembilu.

Gary pernah melarikan diri dari rumah kerana SpongeBob terlalu obses dengan permainan yang baru dibelinya sehingga terlupa untuk memberi Gary makan. SpongeBob berusaha mencarinya dan begitu menyesal dengan perbuatannya. akhirnya Gary kembali kepangkuan SpongeBob tidak lama kemudian.

Gary lebih matang daripada Squidward dan dia lebih bijak kerana gemar membaca buku dan perkara berkaitan dengan pembelajaran.

walaupun Gary adalah seekor siput tetapi dia mempunyai 10 jari kaki. tapi dia tetap mengesot kerana dia tidak mempunyai kaki.


::SpongeBob setiap
petang jam 5 di TV9

Eddy Ezwan


entry ini aku tulis kerana kekurangan idea. kemudian datang penama diatas dan menyuruh aku menulis tentang dirinya. aku dengan berat hati menaip entry ini sambil menunggu apa yang diucapkannya. disebabkan ayat beliau yang agak berterabur maka ayat yang aku taip ni pon memang berterabur. kalau korang rasa macam nak termuntah sila alihkan pembacaan anda ke-entry lain. sebab aku pun rasa loya dengan entry ini! kah kah kah!

ini adalah mysteryman!

nama pelik sepelik orangnya. kau tulis betul-betul. kau tulis la aku ni giler ke?power main PES11. kitai kau 2-0 ke? mystery man nama gelaran. puuih!!. dia ada kelab namanya sunshine club. jangan tulis dia ada dua awek eh. nanti awek dia mengamuk kalau baca. laptop aku kejap-kejap mati.

dia buat psm sendiri tanpa supervisor. dia seorang yang hebat kerana mampu membuat psm tanpa supervisor. dia hebat kerana dia tak buat kerja sambil tido sahaja. tidurnya sering diganggu oleh zulfadhli pada setiap hari selasa awal sejam dari wakt tidurnya.

dia sering memikirkan tentang masa depan.tentang kereta yang bakal dipandunya, nama anaknya, dan yang paling penting dia tak akan beli henpon untuk anaknya.

dia nak jadi apa eh?kalua dia kaya kan..dia nak buka satu kedai makan dan jadi boss. dia tanak tau hal-hal kedai tu. bila dia datang da nak duduk kat kauner sahaja. dia nak lampu kedai warna kuning tapi bukan lampu pendaflour. da nak buat kedai macam kedai ayam pennyet kat sarawak. dia nak buka kedai tanpa nama.

aku dah penat menaip. tapi dia nak cerita lagi. berbalik kepada kelab sunshine yang dia tubuhkan tu.ahli kelabnya ada 4 orang iaitu zulfadhli, rizal, afiq dan ansharullah. penyokong-penyokong ini sering memberi dia semangat apabila hendak bermain PES11. ayat yang paling dia gemar ucapkan kepada ahli kelabnya adalah "gud morning sunshine!"

dia nak kerja kat power plant. tapi tempat praktikal pon dia tak dapat. 20 resume yang dia hantar cuma satu sahaja yang direspon. itu pun jawapanya adalah mendukacitakan. c***i betul la. bila nak dapat tempat ni?

diharap sesiapa yang membaca entry ini dapat memberi dia tempat praktikal supaya masa depan anak dan isterinya terjamin. dia cakap kalau aku tulis entry pasal dia blog aku akan jadi femes. sebab dia adalah seorang artis yang berwajah iras-iras Safee Sali.


:: sumpah menyampah
aku taip entry ini!

Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER PULAU PINANG


Aku sebenarnya bukan lah blogger Pulau Pinang yang asli. disebabkan perlu diletakkan negeri kelahiran terpaksalah aku meletakkan Pulau Pinang. aku dilahirkan di Hospital Besar Pulau Pinang. menetap disana selama 5 tahun dan kemudian mengikut ayahku berpindah ke Johor. setelah berbelas tahun aku tinggal di Johor, ayah aku sudah pon menjadi lagenda atau lebih mesra dengan gelaran pesara. kemudian aku berpiindah ke Taiping, Perak. disebabkan aku masih belajar di Johor, maka aku sebenarya adalah Blogger Johor. nanti aku boleh jadi Blogger Perak pula. pasni aku nak jadi blogger negeri-negeri lain lak. hahaha..

Profession aku adalah sebagai seorang pelajar yang masih kurang ajar!

Blog feberet aku : sokernet yang gila-gila, conteng-conteng yang sungguh kiut dan d_hatie yang sungguh cun!

Blog paling aku benci : blog yang suka kutuk orang dan blog yang ada muzik atau lagu-lagu yang menganggu playlist yang sedang aku play di pc aku. siapa yang makan cili dia yang rasa pedas.

harapan terhadap blog: semoga blog aku masih dikenang biarpun aku sudah tiada nanti. seperti lagu Hujan "bila aku sudah tiada..simpan semua entry ku, jangan dilupakan aku.."

15 Mac 2011? Aku masih boleh main facebook?



adakah anda sedang bermain facebook. atau facebook anda telah pun tiada kerana facebook telah ditutup oleh Mark Zuckerberg? aku masih lagi bermain facebook ketika ini. dan sedang berseronok menconteng wall orang kerana facebook aku belum ditutup lagi.

berita yang kita dapat pada dua tiga bulan lepas adalah berita palsu yang sangat annoying. kah kah kah! memang lawak betul la orang yang buat cerita tu. tak kan la Zuckerberg tu nak tutup facebook ni macam tu saja. kalau hidup dia dah tak terurus pon baik dia jual Facebook ni kat orang lain. kompom dapat duit.

kalau antara korang yang dah tak boleh buka facebook lagi tolong bagitahu aku ye. kot-kot Zuckerberg terlepas pandang kat Facebook aku ni. ahahaha..

Monday, February 28, 2011

Kenapa Perlawanan Bola Sepak 45 Minit Setiap Separuh Masa

45 biji bola

Kenapa masa perlawanan bola sepak adalah 45minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Didalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.Dia menjawab....

"Sebab mengapa bola sepak dimainkan dalam 45 minit ialah...Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain di setiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain di dalam padang.Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bola sepak yang digunakan di dalam perlawanan.Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah "bola referee"!

:: artikel diatas aku copy dari sini tanpa kebenaran..aku peduli apa?suka hati aku la nak copy!

tambahan: kalau ada tambahan masa selama 5 minit adalah kerana terdapatnya linesman seramai 2 orang. 2x2=4..lagi sebijik tu apabila manager yang terlalu emosi (kerana pasukannya tewas) memasukkan sebelah kaki kedalam padang..akakaka

Sunday, February 20, 2011

Saturday, February 19, 2011

Segmen senyum tak nampak gigi


Dipagi sabtu yang indah ini aku sengsaja tengok blog-blog yang aku follow..kendian aku terjumpa satu segmen best yang disertai oleh amy syaquena tuan kepada blog sinar raudah. sebenarnya segmen ini adalah anjuran muazatul adawiyyah.

cara nya kita perlu letakkan gambar senyum tak nampak gigi sebagai gambar penyertaan. kemudian post link kat blog dia la..macam biasa..tarikh tutupnya adalah 27/2 ni..



jadi inilah gambar senyum tak nampak gigi yang aku pertaruhkan.. dengan senyuman penuuh godaan beserta kopiah haji..haji..haji..mustapha aku membakar sotong dengan jayanya pada raya 2 tahun lepas..


pesanan khidmat masyarakat: aku bukan imam muda yang dicari-cari oleh ustaz hassan mahmud al-hafiz tu..ahhahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails