mata tercelik ketika jarum panjang jam menunjukkan nombor 11 disaat jarum pendek hampir tepat kepada 10. nak bangun mandi tapi niat itu terbantut dek kerana bilik air telah di'book' orang. sambung berbaring atas katil empukku. sambil menyanyi lagu maroon 5 'never gonna leave this bed'.
orang dalam bilik air sudah pun keluar. tapi belum sempat aku mencapai tuala seorang lagi rakanku telah pun memotong disaat akhir. sekali lagi aku berbaring sambil menyanyi lagu selamat malam walaupun hari sudah meningkat.
keluarnya rakanku itu jam telah menunjukkan pukul 10.20 pagi. rasa seperti badan ini sudah sebati dengan tilam tersebut. maka dengan penuh keyakinan aku menyampaikan pesanan kepada soleh supaya dia menandatangankan kehadiran aku dikelas (jangan tiru aksi ini kerana tiada kejujuran).
5 minit selepas tiba-tiba ada aura yang merasuki diri ini untuk pergi kekelas biarpun jam sudah pun pukul 10.30 pagi. segera aku membersihkan diri secepat yang mungkin. kemas beg dan kucapai apa yang patut. berlari aku keluar rumah.
lebih kurang macam ni la helmet aku yang hilang tu
sempat kukunci rumah dan secara tiba-tiba aku baru mendapat tahu bahawa helmet ms88 ku telah pun hilang.hadoi.."camne nak g kelas ni",getuk hatiku. aku buka semula kunci rumah dan masuk dengan perasaan hampa.
duduk kembali dihadapan pc untuk membuat psm ku yang dari semalam belum siap. buka fesbuk dan mengadu nasib disana. taip sedikit entry disini sebelum klik publish post dibawah.
kepada pensyarah yang amat aku sayangi : bukan niatku untuk memonteng, tetapi keadaan yang memaksa..