Berkobar-kobar rasanya aku hendak pergi ke kelas semalam. setelah 2 minggu berturut-turut aku tidak ke kelas a.k.a memonteng, akhirnya aku berjaya juga melangkahkan kaki aku masuk kelas jurutera dan masyarakat. 2 minggu lepas aku memonteng bukan kerana niat 'sahaja aku ponteng kelas kerana sengaja' tetapi secara tidak sengaja aku telah terponteng. ahahaha. disebabkan kelas tersebut tak kena sain atenden maka aku terselamat daripada dikenakan tindakan.
sesampainya aku di kelas, aku nampak pensyarah aku yang cukup kacak tapi pailang telah pun duduk dikerusi hadapan. aku berjalan slow-slow tetapi tidak terjengket-jengket seperti pussy cat tengah cuba menangkap twiity the bird, aku duduk disebelah rakanku. nasib baik pensyarah yang pailang itu cool saja walaupun ramai yang datang lewat.
pensyarah tersebut memulakan pengajarannya, dan point yang paling menarik untuk aku kongsikan disini adalah seperti tajuk diatas. dia cakap perkara ini paling penting dalam kehidupan kita seharian disamping kita hidup dalam berorganisasi.
Hormati Orang Lain Melalui 3 Perkara:
1. Pangkat
Kita perlu menghormati mereka-mereka yang berpangkat lebih besar dari kita kerana mereka berhak keatasnya. Contohnya kita perlulah menghormati bos-bos kita kerana dia bos kita lah.
2.Usia
Kita sebagai orang yang lebih muda perlulah menghormati mereka-mereka yang lebih berusia. Sama lah seperti kita menghormati ibu bapa kita. Biarpun pangkat kita lebih besar daripada mereka, kita perlu menghormatinya.
3.Pengalaman
Dalam berorganisasi pengalaman memainkan peranan penting. Oleh itu kita patut menghormati mereka-mereka yang lebih berpengalaman kerana mereka lebih arif dari kita. Bak kata pepatah 'mereka lebih makan garam dari kita'.
Daripada ketiga-tiga perkara tersebut, ia menjelaskan bahawa kita perlu menghormati semua orang disekililing kita walau apa pun kedudukannya. Saling hormat-menghormati akan membuatkan kehidupan kita lebih mudah kerana tiada rasa meninggi diri dan tiada rasa terlalu merendah diri.
:: aku berazam tak
nak ponteng lagi!
2 comments:
hehe... aku setuju dgn point2 yg ko nyatakan tu...
hormat ni hubungan 2 hala... kalau orang hormat kat kita... kita gak kena hormat kat orang...
anak buah hormat bos... bos pun kena hormat anak buah... :-)
betol tu..saling hormat menghormati..
Post a Comment