manggester

Friday, November 12, 2010

Chinta : Cerita orang mati..


petang semalam (11/11/10) adalah episod terakhir drama bersiri chinta di tv3.kematian chinta canduri menjadi penutup bagi cerita ini..

bagi aku, cerita ni bukan lah salah satu drama terbaik yang aku pernah tonton..tetapi ia tergolong didalam salah satu drama yang berjaya menarik minat aku untuk menonton..sebabnya adalah :

  1. fasha sandha merupakan salah seorang pelakon feberet aku walaupun suaranya agak ke-itik-kan..haha..
  2. ahli rumah sewa aku akan stop semua aktiviti mereka bila terdengar lagu 'sudah la sudah..kuharus pergi..'
  3. nak tau kenapa ramai sangat pelakon nya..

ok..itu adalah beberapa sebab kenapa aku tengok drama ni..tapi bagi korang yang seperti aku iaini yang tak pernah miss tengok cerita ni, mesti korang akan perasan sesuatu dari cerita ni..iaitu pasal mati..kalau korang jenis yang ambil perhatian, drama ni mempunyai lebih daripada 10 siri kematian..contohnya:

  1. chinta - mati kerana penyakit
  2. amar - mati kena langgar
  3. fakri - mati melanggar
  4. osman khabilah - mati sakit tua
  5. ayah chinta - tak ingat dah puncanya (lama dah kowt)
  6. mak chinta - mati eksiden
  7. abang chinta - mati kena tembak
  8. mustika - mati eksiden gak
  9. pelanggan chinta (orang tua berkaca mata) - mati bunuh diri 'tembak kepala sendiri'
  10. lelaki lembut yang offer chinta kerja - mati dipanah petir
  11. geng fakri - mati berbalas tembak
  12. beberapa orang bodyguard chinta - mati ditembak oleh fakri
  13. adik mak chinta - mati ditikam oleh isteri


hah..tengok! berapa orang yang dah mati..kebanyakan yang mati semuanya sebelum chinta bertemu dengan rasul iman..ini bermakna watak-watak yang ramai tu hanyalah sebagai satu laluan berliku untuk menunjukkan bagaimana kesengsaraan chinta..pada pendapat aku, sesetengah watak-watak tu tak begitu penting pun untuk ditunjukkan didalam drama ni..kematian adalah cara paling mudah untuk membunuh watak tersebut tanpa memerlukan pemikiran yang lebih kreatif untuk mematikan watak..

lagi satu cerita ni terlalu mudah untuk menghidupkan seseorang watak..contohnya watak pembaling batu yang muncul secara tiba-tiba saja..penonton seperti tertanya-tanya,sapa lak tu?
dan secara selamba dia menjadi orang suruhan chinta lak..hadoi..

tapi apa-apa pun cerita ni aku kategorikan sebagai 'boleh la' sebab berjaya membuat aku membuang masa selama 28 jam untuk 28 episod...kalau 28 jam tu aku luangkan untuk study mesti berbaloi-baloi agaknya..haha..*rajin ke?*





:: drama seribu kali cinta mula menggantikan chinta start isnin depan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails