manggester

Tuesday, November 16, 2010

Raya haji diperantauan | cerita 5 tahun lepas

ketika aku menaip entry ini masih terngiang-ngiang takbir raya di surau tadi..hujan renyai diluar sedang memandikan lembu-lembu gemuk yang bakal dikorbankan esok..suara celoteh keluargaku diruang tamu mengingatkan aku kisah raya aidiladha 5 tahun lepas..

ketika itu lah aku pertama kali merayakan aidil adha tidak disamping keluarga terchinta..kisahnya ketika aku tahun pertama di uThm..raya haji jatuh pada tengah-tengah hari kuliah..cuti cuma sehari..terpaksa lah aku merayakannya bersama-sama keluarga besar uThm tersebut..

malam sebelum raya aku pergi kesurau untuk bertakbir bersama-sama pelajar-pelajar disana..selepas itu aku mencapai telefon bimbitku dan menekan-nekan lemah kekuncinya..mencari nama ayahku..

tut2..tut2..caller ringtone dulu-dulu..time tu tak ada lagi lagu salam lebaran sebagai caller ringtone..kemudian aku mendengar suara yang jauh nun dihujung talian..ibuku menanyakan khabar aku disini..baik kata ku walaupun hati meronta ingin pulang..maklum la first time beraya sensorang..kekekeke..

pagi raya tu aku bangun subh seperti biasa..jenguk kiri kanan..tak ada pulak bau rendang ayam yang menusuk hidungku..ye aku sedar aku diasrama..!selesai solat subuh aku tidur kembali..ye la..tak kan aku nak g dapur masak rendang ayam lak..jauh sekali nak bakar lemang pagi-pagi raya tu...

tiba-tiba aku terjaga..belek henpon jap! ternyata jam sekarang telah menunjukkan pukul 8.35 minit pagi..bergegas aku kebilik mandi..tak sempat niat mandi sunat aidil adha aku pun selesai mandi..ala kadar je kot..lambat dah ni nak pergi sembahyang raya..

menjengah kebilik kawan seperjuanganku dan dia masih dibuai mimpi makan ketupat dengan kuah kacang..oi! semayang raya..meloncat beliau turun dari katil..lebih cepat dari aku mandinye..kemudian kami kemasjid dengan menaiki motor kawanku..dengan harapan tok imam belom lagi mengangkat takbir yang pertama..

sesampainya disana jam menunnjukkan pukul 9 pagi..dan tok imam seolah-olah mengerti keadaan aku..seperti dia menyambut kehadiran VIP lak..lepas saja aku masuk masjid imam pun baru berada di garisan permulaan solat sunat aidil adha..sempat aku berjemaah..alhamdulillah!

balik keasrama aku bingung..perut lapar..ketupat tak ada..almond london?jauh sangat nak ambil...jadi aku dan kawan ku menggeledah gerobok untuk mencari mee segera..kerana aku pasti tak akan ada kedai makan yang buka raya-raya ni..

selepas redap megi kari tersebut kami kembali berfikir..apa yang perlu kami lakukan..dan jawapan yang paling bagus aku terima adalah..TIDUR! haha..aku tido lagi lepas tu..raya pertama aku diperantauan diisi dengan peniduran yang baik..haha..

walaupun uThm tak jauh mana pun seperti orang-orang yang belajar kat obersea tu..tetapi ia tetap merunsingkan aku jika tidak beraya bersama keluarga..terutamanya bersama ayah dan ibu..tetapi raya haji tahun ni rumah aku ada ramai orang..yeah! seronoknye raya!

mari patahkan papan markah lama..
mari padamkan buku 3 lima..
mari mulakan 0-0 bersama..
dan..
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA"



::: korang bosan membaca?
aku juga bosan menaip..
kerana raya itu adalah
raya yang paling bosan!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails