setelah terlepas menonton drama Tentang Dhia episod akhir semalam, aku mengambil keputusan untuk menonton di youtube malam kelmarin. iya! teknologi benar-benar memberi kemudahan kepada manusia sejagat.
dengan kelajuan unifi, aku tidak perlu menunggu video di buffering dahulu. serta merta cerita itu dimulakan. aku menonton penuh kusyuk tanpa memperdulikan rakan-rakan serumah yang sedang menonton televisyen filem wanted.
hampir separuh aku tonton. tiba-tiba mata aku terasa sedikit pedih. rasa macam ada titisan air dikelopak mata aku yang separuh lentik. aku usha-usha kiri dan kanan. sambil berfikir kenapa mata ini terasa pedih-pedih sahaja.
tiba-tiba tangan aku terasa seperti sedang menghiris sesuatu. halus sahaja bunyinya. aku tunduk untuk melihat. cilaka! macam mana tiba-tiba boleh ada bawang yang sudah hampir separuh terhiris ini. padan lah terasa pedih dan mengalir saja air mata ini.
aku campak bawang ke tepi dan baling pisau ke papan dart. sipi-sipi nak tepat diangka 100. aku sambung layan cerita kembali. tetapi rasa pedih mata ini tetap tidak hilang. aku tak tahu mengapa. cuba korang tengok episod akhir Tentang Dhia dibawah ini dan beritahu aku kenapa mata aku pedih-pedih saja.
10 comments:
hahahaha...alasan je tu
@[k]o{q}i[n]: ashahaaa..serius ar..tetiba je ada bawang..
ececececeehhhh
ckp jela ko mnangis kn brader???
hahaha..malangnya aku tak layan citer ni..
bawang??baik punya cover..
@Gepeng: aku tak tau kenapa ia mengalir..pelik dowh!
@Marcella :buka utiub atau tonton..baik layan..ahahaha..
Kalau O.R tu, ko boleh la paksa bawang tu datang kat mata ko..
Kalau Tentang Dhia, tak payah ada bawang kan?... so touching kan? aku tak kisah tentang ending sbb aku dah boleh agak. Yang touching untuk aku ialah masa Zikir buat isyarat tunjuk yang Dhia kat dalam hati dia (before Zikir keluar pintu nak g nikah tu). dan2 tu jugak la ati aku berhiba2..huwaaaaaaaaaaaaaa :D
p/s:
Zikir Untuk Dhia.
Lisa Surihani Untuk Yusri. Ko dah tak de chance dah...Ko amik Nora Danish je.. kekekeekk
ainzoo : haha..betol2..time tu memnag tetiba je suma bawang ada depan aku..bawang putih..bawang kecik..bawang besar..ntah mana datang ntah aku pon tak tahu..
p/s: aku nak try neelofa lak..ahahaha
ko terpengaruh ngan dakyah yahudi
@soleh : ko lagi banyak terpesong leh..baik ko kembali ke pangkal jalan..ahahaha
Post a Comment