manggester

Saturday, December 31, 2011

Bual Bicara Bersama Bos

setiap petang jam 5 pasti aku sudah di atas motor untuk pulang ke rumah. tapi kelmarin bukan seperti hari-hari biasa. bos aku telah membuat satu sesi Bual Bicara Bersama Bos pada jam 5. aku layankan sahaja. sekali-sekala pulang lewat tidak menjadi masalah fikirku.

setengah jam berlalu, program bual bicara ini masih tiada tanda-tanda hendak berhenti. dari topik kerja pergi ke topik projek hinggalah ke topik percutian beliau ke Jepun. disambungnya lagi dengan soal kesihatan dihari tua. aku keluarkan telefon bimbit dari kocek seluar. siot! hampir jam 6.15 petang. kalau ikotkan masa perjalanan inilah waktu paling ideal bagi aku pulang kerumah sebelum jam 7. kerana perjalanan selama 45minit adalah masa minimun untuk aku tiba di rumah.

jam menunjukkan pukul 6.30 petang. nampak gaya aku seperti akan terlepas drama Tentang Dhia episod akhir hari ini. aku mengeluh kecil tanda kecewa dengan program bual bicara yang dianjurkan oleh bos aku ini. lima minit kemudian program bual bicara ini pun tamat. lega! aku dan 3 lagi rakan sejawat pun mula beredar.

menurut perkiraan kasar aku akan terlepas drama itu hampir kepada 20 minit. ini boleh menyebabkan tahap keseronokkan untuk menonton mula menurun. aku start motor laju-laju dan segera memulas pendikit minyak.

tiba-tiba, tidak sampai 2 kilometer dari pejabat ada satu letupan kecil keluar dari ekzos motor aku. cilaka! dia buat hal lagi. aku menolak motor ke kedai berdekatan. pomen itu kata sudah nazak motor ini. tiada harapan untuk hidup melainkan motor ini diletakkan dibawah penjagaan rapi pakar. aku redha dengan keadaan ini.

aku lirik jam di telepon bimbit. 7.30 malam. memang aku terpaksa melupakan hasrat untuk menonton drama kegemaran aku itu. dan aku pulang kerumah malam itu dengan menggunakan motor rakan sejawat aku. sempat aku menjeling dikedai makan tepi jalan, Nora Danish sedang menangis dibalik pintu. Dhia, aku juga turut bersedih~

2 comments:

ainzoo said...

hahahah.. sian kat ko..
tapi kan...aku mmg tak suka tengok siaran langsung skrg ni..sbb , kalau tngok kat youtube, kita boleh pause, & berulang2 kalli untuk part2 yang kita suka... dan yang paling penting, tak ada iklan2 memotong stim aku yang tgh khusyuk ni . mmg hangen je kalau ikalan2 muncul ditengah2 cerita. ehehe

manggosteen said...

@AINZOO: tu la pasal..tapi kalau line ok boleh ar tengok kat yutiub slalu..kalau pakai berokben kat mesia ni memang macam harem la..ahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails